KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Saturday, February 27, 2010

Kuantan

Salam,
Masih lagi di Kuantan. Malam semalam diraikan oleh sahabat lama sejak zaman persekolahan dan baru balik dari Mekah pada bulan Januari 2010 lalu iaitu Haji Razali Mustafar yang kini di JPN Pahang. Seterusnya dikunjungi juga oleh sahabat sama belajar iaitu Saudara Saupi Jusoh. Kami bertiga melepak dan berbual di Restoran Satay Zul iaitu Jalan ke Teluk Cempedak sehingga hampir tengah malam.
Hari ini aku menunggu ketibaan Haji Sabri dari Kemaman yang berjanji nak datang menemui aku dan menziarahi orang tua aku. Haji Sabri juga rakan sesama belajar dan dari Kemaman ke Kuantan tidaklah begitu jauh. Itu di antara rakan2 yang sempat aku maklumkan kerana kalau nak maklumkan kepada rakan2 yang lain, memang tak keputusan kunjungan semasa aku di Kuantan ini.
Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menziarahi orang tua aku dan seterusnya mengunjungi aku sepanjang berada di Kuantan pada penghujung minggu ini.
Wassalam

Monday, February 22, 2010

Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-12

Pada 21 Februari 2010 telah berlangsung sukan sekolah aku. Apa yang penting segalanya berjalan lancar dan satu aktiviti dalam kalendar sekolah telah dapat dilaksanakan.




YDP PIBG sedang meniup wisel bagi permulaan acara tarik tali.


Sukaneka bagi murid tahap 1


Pelajar2 sedang menarik tali dalam acara tarik tali.

Sunday, February 21, 2010

Kuantan Specialist Hospital

Aku terpaksa mengambil cuti bagi menguruskan ayahku kerana keadaan kesihatannya yang tidak sihat akibat diabetes. Setelah berjumpa doktor pakar di KSH, keputusan diambil dengan persetujuan aku selaku anak sulong untuk memotong jari anak kaki kirinya dan membuang sedikit daging di kaki kanannya. Sebab itu aku tidak berkesempatan untuk mengunjungi blog dan membuat updating mahupun memberi respon. Kesemua adik2ku turut bersama kecuali emakku yang tidak sihat dan terpaksa ditinggalkan di rumah. Dalam usianya 73 tahun, keadaan jantungnya pun tak normal dan doktor menjelaskan mungkin ada risiko stroke ataupun lumpuh. Jika tak dibedahpun, kuman telahpun meresap ke dalam darah.

Dari kiri; isteriku, adikku no 2, aku dan adik aku no 3. Kami sedang menunggu di luar dewan bedah.

Seterusnya aku terpaksa pulang juga malam tadi dan tiba di rumah pagi ini jam 2.30 pagi kerana menghadiri sukan tahunan sekolah. Aku terpaksa menghadirkan diri kerana ia merupakan acara rasmi sekolah dan tambahan pula pada tahun lepas aku tak dapat bersama dalam sukan tahunan sekolah ini.


Keadaan ayahku pada hari ini seperti gambar yang dikirim pada hari ini oleh adik iparku melalui facebook.

Menurut doktor, jari tengah kaki tangannya pula ada sedikit komplikasi setelah pembedahan. Keputusan doktor masih dinanti.

Aku doakan semoga ayahku cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang komplikasi lain.

Wednesday, February 17, 2010

Lagi Menu Tradisional

Salam,
Sewaktu perjalanan pulang dari Penang, saya sempat singgah di Kuala Kangsar bagi menikmati Laksa Kuala Kangsar yang selama ini saya dengar popularitinya. Apabila ditanya2, dikatakan Laksa Pak Ngah adalah yang terawal di sini dan paling sedap. Alamak!!! Pak Ngah lagi. Agaknya Pak Ngah ni memang ada bakat memasak kerana baru semalam menikmati Mee Udang Sungai Dua milik Pak Ngah juga. Apa yang penting, layan aje kerana menu2 tradisional ini tidak begitu diminati dan digemari golongan muda dan remaja masa kini. Aku harapkan anak bongsu aku akan menyukainya dengan memperkenalkan kepadanya menu2 ini.


Laksa Pak Ngah


Disediakan secara bergerak kerana permohonan memperoleh gerai tidak diluluskan oleh Majlis Daerah


Inilah Laksa Kuala Kangsar


Saya meneruskan perjalanan lagi dan kali ini singgah pula di Ipoh. Tidak lupa kami sekeluarga singgah di kedai Mee Rebus Ramli yang popular di Ipoh.


Mee Rebus Ramli di depan Jubilee Park, Ipoh. Tempat aku selalu lepak sewaktu di kolej di Ipoh zaman bujang dulu.

Nampaknya tema aku bercuti kali ini ialah menikmati segala bentuk menu berunsurkan mee aje. Bermula dengan Mee Kuah di rumah Rofidah, Mee Udang di Penang, Laksa di Kuala Kangsar dan ditutup dengan Mee Rebus di Ipoh. Cuma sekali aje aku menikmati nasi iaitu Nasi Kandar dan Nasi Beriani di Restoran Hameediyah di Jalan Campbell, Penang.

Alamak!!! Berat badan dah semakin meningkat. Lepas ni kena control sikit. Selamat menjamu selera sambil bercuti.

Tuesday, February 16, 2010

Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang

Cuti Tabun Baru Cina tahun 2010 ini aku sekeluarga memulakan perjalanan ke utara semenanjung bagi menguruskan segala urusan pertunangan anak saudara isteri di Pendang, Kedah. Sewaktu di Pendang, berkesempatan pula bertemu rakan sekuliah (Rofidah) di rumahnya. Dalam perjalanan pulang, aku sekeluarga singgah bermalam di Pulau Pinang. Sebelum cari hotel untuk bermalam, hasrat nak makan Mee Udang yang terkenal di Pulau Pinang akhirnya tercapai setelah berusaha mencarinya dengan bantuan rakan sekuliah (Mahani). Kalau rakan2 nak singgah menikmati juadah ini, saya terakan papan tanda kedai berkenaan seperti gambar.

Kalau dari lebuhraya, susur keluar sikit saja dah pun jumpa.


Ruang kedai dalamannya agak simple kerana stail kampung. Orang sentiasa penuh dan nak cari ruang meja makan yang kosong pun payah.


Beginilah rupa Mee Udang yang sedia dimakan. Soal harga???? Bergantung kepada udangnya sama ada udang laut atau ternak atau udang galah. Aku menikmati udang laut dan bila dikira, kosnya sepinggan lebih kurang RM14.00 sahaja. Memang menyelerakan dan kalau sesiapa nak tahu bagaimana rasanya, bolehlah menikmatinya. Saya difahamkan juga, ada cawangan di Tesco Seberang Jaya.

Banyak lagi menu makanan yang nak dicuba tapi.... perutnya terhad. Lupa segala pantang untuk kesihatan seketika. Selepas ini perjalanan menuju ke Ipoh pula.

Wednesday, February 10, 2010

Google perkenal "Buzz" tandingi Facebook, Twitter

SAN FRANCISCO: Google kini memperkenalkan perkhidmatan emal percuma "Buzz", menjadi satu lagi rangkaian sosial yang bakal menandingi platform terkemuka Facebook dan Twitter.

Pengurus Produk Google Buzz, Todd Jackson menyifatkan penawaran platform baru itu sebagai "pembaharuan secara total dalam Gmail”.

Produk "Buzz" dilancarkan semalam di ibu pejabat Google di Mountain View, California.

Buzz bermula semalam dengan semua pengguna laman web emal Google - Gmail dihubungkan secara online dengan rakan mereka termasuk perkongsian maklumat terkini, video, gambar dan produk tambahan lain.

Langkah Google itu berikutan berdepan persaingan dengan rangkaian sosial lain seperti Facebook dan Twitter, yang membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman, aktiviti dan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara serta isu semasa. - AFP

Adakah dunia perlumbaan ini akan terus meningkatkan pembudayaan ICT di Malaysia? Atau adakah ia akan terus melekakan masyarakat sehingga 'soft skills' akan terabai dan hasrat kerajaan akan tidak tercapai?

Monday, February 8, 2010

Pemohonan Online Kemasukan Pasca Siswazah UPSI

Untuk makluman rakan2 sekalian. Sekiranya berminat untuk menyambung pelajaran di UPSI, permohonan online sudah dibuka sekarang. Sila klik di hyperlink di bawah :

PERMOHONAN ONLINE UPSI


Semoga semangat juang untuk belajar mengatasi segala2nya. Terima kasih.

Saturday, February 6, 2010

Mesyuarat Agong PIBG SK Kajang Utama - 7 Februari 2010

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.


Tujuan-tujuan PIBG adalah:

  1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah
  2. Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
  3. Untuk membolehkan IBG dalam Sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai pendidikan
  4. Untuk memberi peluang kepada IBG dalam Sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya
  5. Untuk membolehkan IBG dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi peranan PIBG adalah:

  1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
  2. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat
  4. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
  5. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  6. Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah.
  7. Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah.
  8. Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah.
  9. Tindakan PIBG membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.
  10. Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah


Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.


Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan.

Wednesday, February 3, 2010

Penyakit/Amalan Negatif Dalam Organisasi

Melalui pencarian dan pembacaan dalam internet, aku tertarik dengan satu petikan yang membicarakan tentang penyakit atau amalan negatif dalam sesebuah organisasi. Apabila diamati dan diteliti secara halus, aku dapat melihat kesannya begitu sinonim dengan senario yang berlaku pada masa kini dalam sesebuah organisasi. Diantaranya faktor2nya ialah seperti berikut:

  1. Anggap tugas memajukan organisasi adalah terletak atas bahu pimpinan sahaja.
  2. Anggapan bahawa mesyuarat/perjumpaan adalah medan mengkritik pimpinan.
  3. Suka menangguhkan kerja/lambat bertindak kerana anggap kerja dan tugas tidak penting.
  4. Menghadiri mesyuarat dengan kepala kosong/tidak bersedia memberi pendapat/idea.
  5. Mesyuarat memakan masa yang panjang tanpa keputusan konkrit.
  6. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari tidak berfungsi dan gagal menggerakkan exco dan ahli.
  7. AJK tidak mempunyai tanggungjawab yang khusus dan gagal berfungsi/memahami tugas.
  8. Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi dan dilaksanakan. Program tidak dikaji keberkesanan dan tiada “follow up”
  9. Kebanyakan tugas mesyuarat terbeban ke atas satu pihak sahaja seperti Setiausaha/Presiden dan exco sahaja.
  10. Tiada ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan.
  11. Menggunakan jawatan untuk bermegah-megah atau bukan atas dasar amanah.

Tuesday, February 2, 2010

Watikah Perlantikan Pegawas


Ucapan Perhimpunan Rasmi sempena perlantikan pegawas sekolah, pusat sumber, briged ICT dan ketua serta penolong ketua kelas.


Ketua Pengawas SK Kajang Utama sesi 2010


Penyampaian watikah perlantikan

Monday, February 1, 2010

PRINCIPLES OF EFFECTIVE CHANGE: Curriculum Revision That Works

Within the literature on curricular revision, three major premises were identified.
  1. First, the society and culture served by an educational community dictate the needs, obligations, and responsibilities expected of the educational program.
  2. Second, society perpetuates itself with educational programming, i.e. the content and methodology of instruction referenced as educational curriculum.
  3. Third, systemic change, as in the form of transitioning educational curriculum, is often difficult at best and controversial at worst.
These three elements combine to offer a strong foundation from which educators can begin to address what is taught at all levels, the needs of a respondent society, and the changing roles of classroom practitioners.

Judy A. Johnson, Ed.D.

Assistant Professor

Educational Leadership and Counseling

Sam Houston State University