Tuesday, December 7, 2010

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Kepada Arwah Bapaku



ALFATIHAH!


Ini merupakan gambar terakhir bersama arwah ayahku sewaktu hari raya Aidil Fitri yang baru lalu. Arwah ayahku telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2010 jam 6.15 petang akibat kegagalan organ berfungsi disebabkan kuman telah memasuki ke dalam saluran darah yang berpunca daripada penyakit kencing manis.

Alhamdulillah segala urusan arwah sebaik sahaja meninggal dunia berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan. Bermula dengan kematiannya, memandi dan mengkafankan jenazahnya, membawa pulang dari Hospital Serdang ke kampung, mengebumikannya dan sehingga tamat kenduri dan tahlil arwah selama 3 hari.

Selaku anak sulong dan lelaki tunggal dalam adik beradik, kini segala-galanya terpaksa aku pikul setelah pemergian arwah. Satu tanggungjawab yang amat berat dan besar. Yang maha berat ialah tanggungjawab terhadap ibuku yang kini keseorangan dan tinggal bersama-sama adikku di rumah peninggalan arwah. Insya-Allah, aku akan cuba memikul segala tanggungjawab ini dan semoga Allah memberi kekuatan kepada diriku.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkannya di kalangan orang-orang soleh dan beriman. AMIN.

8 komen:

di antara perbuatan yg mendatangkan pahala..memandang wajah ibu. Selalu-selalu lah jenguk die..

Takziah Faris,

Maaf hari itu tidak dapat ziarah kerana tahu lewat dan berada di Keratong. Ada sahabat yang hadir sewaktu pengkebumian arwah menelefon memberi tahu. Kalau ada di Kuala Rompin mungkin aku sempat hadir. walau bagaimana syukur kerana semua berjalan lancar. Dan semoga bersabar menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh arwah. Arwah seorang yang baik dan sangat mesra dengan aku jika berjumpa di mana-mana>

takziah faris...menjadi satu2nya anak lelaki mmg tjawab berat.aku memahaminya kerna aku juga anak lelaki tunggal dlm keluarga.

apa yg aku bimbangkan kan ttg kesihatan ayahanda ku yg kini berada di hsptl sultanah bahiyah di AS.dah 2 kali aku menemaninya menginap dihsptl tu.

semoga roh ayahanda kau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn org yg soleh.

JM,
Betul tu. Insya-Allah, bonda yang tinggal tu akan dijenguk sentiasa.

YBS,
TK.

Sazili,
Tak mengapa kerana tak dapat hadir. Tempoh masa pun tak lama sebab nak kebumikan sebelum solat Jumaat. Memang arwah suka berbual dan bercerita dengan sesiapa sahaja yang dia temui.

Emzex,
Betul tu. Didoakan ayahanda saudara cepat sembuh dan diberi kerahmatan oleh Allah. Temaninya sepanjang masa jika kelapangan.

ayah mz sakit pe tu...
selalu menemaninya..boleh beri semangat sikit.Insyaallah

salam. takziah faris. sabar dan banyaklah berdoa untuk arwah ayah yang tercinta.saya kehilangan ayah 23 tahun yang lalu. arwah ayah saya meninggal kerana sakit dalam usia 56 tahun. sebagai anak, insya Allah kita jadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Al-fatihah semoga ditempat kn besama org2 yg soleh dn beriman