KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Tuesday, February 17, 2009

Tugas Bermula di Perkhemahan

18 Februari 2009 adalah hari bermulanya perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Selangor dan ini bermakna bermulalah tugas yang digalaskan di bahu aku. Alhamdulillah kerana segala rintangan setakat ini telah dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya. Aku berterima kasih kepada guru-guru aku yang sanggup mengerah keringat dan tenaga bagi mempastikan ianya berjalan seperti yang dirancang.
Aku bercadang untuk berkhemah sama tetapi nampaknya hajat tu mungkin tak tercapai kerana pada 19 Februari aku terpaksa menghadiri mesyuarat di JPN Selangor. Disamping itu banyak tugas2 lain yang perlu diselesaikan di pejabat. Mungkin akan cuba semasa perkhemahan peringkat kebangsaan pada 14 hingga 19 Mac. Cuma halangan ialah terpaksa menghadiri konvokesyen pula. Bukannya apa, khemah aku dah lama tersimpan dan tak digunakan.
Selamat berkhemah kepada semua peserta2 dari negeri Selangor dan selamat bertugas kepada semua guru-guru yang terlibat dalam semua jawatankuasa kerja.

Antara Tugas dan Tanggungjawab

Minggu ini benar2 menguji aku kerana dibebani dengan antara tugas dan tanggungjawab. Tugas yang dipertanggungjawabkan amat berat kerana terpaksa mengurus setia perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Selangor bermula 18-21 Februari 2009. Segala persediaan dan persiapan bagi memastikan kelancaran program ini terletak di bahu aku. Serentak dengan itu aku berdepan dengan tanggungjawab mengurus isteri yang baru selesai menjalani pembedahan Carpel Tunnel Syndrome pada 13 Februari 2009 lalu. Demi tanggungjawab terhadap isteri aku telah mengambil cuti pada hari semalam dan hari ini. Walaupun bercuti aku terpaksa menghadiri meeting pada petang semalam disamping kerap menelefon Penolong Kanan Kokurikulum bagi memastikan tiada masalah.
Kesibukan pada minggu lepas dengan sekolah ganti pada 14 Februari dan ke SK Subang Bestari pada 15 Februari dan akan berterusan sehingga 21 Februari menyebabkan aku tidak dapat berehat dan ditambah dengan gusi aku yang membengkak dan sukar untuk makan. Beginilah cabaran dalam menghadapi kehidupan. Insya-Allah segala cabaran itu akan aku galas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Wassalam

Sunday, February 15, 2009

SK Subang Bestari

Hari minggu ini aku dan rakan ke Sk Subang Bestari iaitu sekolah Encik Aziz rakan belajar di UPSI. Tujuan adalah bagi menaiktaraf makmal komputer sekolahnya dengan perisian pembelajaran dan menyemak rangkaian di makmal. Diharap ianya dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Friday, February 13, 2009

Ghazal - Muzik Tradisional Yang Dilupakan



Pada minggu lepas aku, isteri dan abang serta kakak ipar aku ke rumah kenduri kahwin saudara isteri aku di Sri Medan, Batu Pahat. Lauk pauk yang dihidangkan adalah tradisional dan sungguh menyelerakan. Apa yang lebih menarik ialah hiburan muzik tradisional yang sukar didapati pada ketika ini iaitu muzik ghazal. Aku berpeluang menyaksikan persembahan ghazal di majlis perkahwinan ini yang nampaknya masih kekal berterusan di negeri Johor. Sayangnya hanya generasi tua saja yang mendendangkannya dan tidak kelihatan generasi muda untuk menyambung seni warisan tradisional melayu ini.

Saturday, February 7, 2009

Selamat Hari Thaipusam

Selamat Hari Thaipusam kepada rakan2 dan staf berbangsa India. Cuti hujung minggu yang panjang selama 3 hari juga dipenuhi dengan pelbagai perkara. Hari ini sahaja terpaksa ke bengkel membaiki kereta isteri yang tahu bawa sahaja. Petang ini pula terpaksa balik ke Muar atas urusan keluarga sebelah isteri dan seterusnya menghadiri majlis perkahwinan saudara isteri di Batu Pahat pada hari Ahad. Selepas itu balik semula ke rumah dan diharap peluang untuk berehat pada hari Isnin dapat dinikmati sepuas2nya.
Mulai Selasa terpaksa bergelumang semula dengan tugas2 lain yang dahpun menanti. Tiga mesyuarat perlu dilaksanakan pada hari Selasa sampai ke petang. Rabu terpaksa menghadiri satu lagi mesyuarat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Jumaat pula kena mempengerusikan mesyuarat perkhemahan badan beruniform peringkat negeri Selangor.
Jumaat merupakan satu hari yang merumitkan kerana dua perkara serentak dan sukar membuat pilihan. Antara tanggungjawab terhadap tugas dan menguruskan isteri yang akan menjalani pembedahan???? Aku terpaksa mempertimbangkan sebaik2nya. Insya-Allah.
Terima kasih.

Wednesday, February 4, 2009

Anugerah Sekolah Cemerlang Lonjakan Saujana

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Bermula dari hari Isnin, semua Pengetua dan Guru Besar dipanggil mesyuarat dan kebetulan Pengarah telah mengadakan lawatan mengejut ke beberapa sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Selasa aku berpeluang berada di sekolah tetapi terpaksa menerima Pembantu Tadbir N26 yang baru ditempatkan di sekolah aku. Banyak perkara yang ditaklimat dan dibincangkan. Hari ini (Rabu) tiba2 aku dipanggil untuk mesyuarat ASC Lonjakan Saujana kerana pencapaian UPSR melebihi 10%. Kerja tambahan ialah terpaksa menyiapkan profil sekolah untuk pencalonan tersebut. Walaupun berat aku terpaksa menerimanya kerana itu harapan PPD. Esok (Khamis) sekali lagi terpaksa menghadiri mesyuarat Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan seterusnya ke Stadium Bukit Jalil untuk penutupan rasmi olahraga. Dah habis satu hari untuk esok. Jumaat pula terpaksa menghadiri mesyuarat lagi tetapi kali ini di SK Kuala Pomson kerana telah diamanahkan menjadi urus setia Perkhemahan Badan Beruniform peringkat negeri Selangor dan seterusnya nanti di peringkat kebangsaan. Minggu ini saja dipenuhi dengan jadual yang padat. Kesibukan yang tak terlepas akan bersambung pada minggu depan kerana sekali lagi aku diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bola sepak peringkat zon. Nasib baik aku dah menamatkan pengajian aku di UPSI dan boleh memberi tumpuan penuh kepada tugas2 yang dipertanggungjawabkan.
Aku harap aku akan dapat melakukan yang terbaik untuk diri aku dan juga sekolah aku. TK.

Sunday, February 1, 2009

Mesyuarat Agong PIBG

Hari ini aku telah berjaya melaksanakan mesyuarat agong tersebut dan segala keputusan berkaitan usul bayaran pakej tambahan, program tahun 6 dan program tahun 5 telah dapat diluluskan dalam mesyuarat agong tersebut. Tindakan seterusnya ialah mendapatkan kelulusan pendaftar sebelum kutipan dapat dilakukan secepat mungkin.
Insya-Allah pada bulan Mac segala kutipan bayaran dapat dilaksanakan dan segala program yagn dirancang dapat dilaksanakan dengan segera.