KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Thursday, July 9, 2009

Google perkenal sistem operasi saingan Windows

09/07/2009 9:15am

SUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi.

Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit.

Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - Reuters

Ini adalah tajuk berita pada hari ini. Kini Windows telah mempunyai persaingan dalam sistem pengoperasian tetapi sejauhmana kekuatan Google Chrome masih tidak dapat dilihat.

Wednesday, July 8, 2009

Alamak!

Setelah selesai semua urusan sepanjang 3 hari ini, barulah terfikir tentang assignment. Ada dua assignment yang perlu disiapkan bagi dibentang pada hari Jumaat ini. Esok dah Khamis, bermakna esok perlu disiapkan kerana hari Jumaat dah nak bertolak ke Tg Malim. Sempat ke ni????? Kena pulun... dan pulun... Tapi.. esok ke pergi ke pejabat Audit di Kg Attap pulak. Pening... pening... Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Inilah padahnya belajar secara part time. He he he he... Cabaran.....

Hari Ini Temuduga

Aku tiba ke rumah dari Kuantan hampir jam 10 malam. Terus buat persiapan serba sedikit dengan membuat pembacaan perkara2 yang dianggap penting atau ditanya oleh panel penemuduga. Pagi ini juga aku membuat pembacaan terakhir bagi memastikan beberapa perkara tidak aku lupa. Sambil2 tu sempat juga menjengah blog bagi mengetahui perkembangan semasa.
Apa yang penting, aku dah baca beberapa akhbar penting menerusi internet bagi mendapatkan maklumat isu2 semasa pada hari ini yang meliputi keputusan PPSMI dan konsep 1Malaysia. Aku berharap laluan aku bertemuduga hari ini akan berjalan lancar. TK.

Monday, July 6, 2009

Ke Kuantan

Tengah hari ini aku akan bertolak ke Kuantan bersama isteri dan anak sulong aku dengan tujuan menghantar anak sulong aku untuk pendaftaran kemasukan ke UIA Kuantan setelah tamat program asasi selama 2 tahun di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya. Anak aku akan memulakan sesi pengajiannya dalam bidang Matematik (Bachelor of Science)bagi tempoh selama 4 tahun. Pendaftaran akan bermula pada jam 8 pagi (7 Julai 2009) dan aku bercadang untuk menyelesaikannya secepat mungkin bagi membolehkan aku kembali ke rumah kerana pada 8 Julai 2009 aku akan menghadiri temuduga pula. Walaupun temuduga itu boleh dikatakan mudah tetapi sedikit sebanyak aku terpaksa membuat persiapan pengetahuan semasa.
Biasanya bila ke Kuantan memang aku tak akan ketinggalan untuk menikmati juadah2 tradisional. Yang pasti aku akan mendapatkan keropok lekor, otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar dan lain-lain lagi. Sebelah malam pula, menu ikan bakar yang segar tidak akan dilepaskan. Huh... cerita bab makan ni memang menyelerakan. Walaupun penyakit ada tapi apa salahnya sekali sekala tidak berpantang.
Aku teringat kepada rakan aku (Sukimin) yang sentiasa memasukkan menu atau hidangan istimewa dalam blognya. Agaknya boleh juga aku berkongsi nanti. He he he..
Aku harap dapat tiba ke Kuantan selewat2nya sebelum Maghrib. TK.

Saturday, July 4, 2009

Banyaknya Assignment

Salam,
Hari ini kuliah dihabiskan awal sedikit iaitu jam 10 pagi dan bukannya 11 pagi. Walaupun habis awal tetapi tidak boleh balik awal kerana terpaksa menyelesaikan perkara2 penting iaitu :

1. Mencari buku di library bagi memilih satu tajuk bagi dibentang dan dikupas dalam kuliah hari Jumaat nanti.
2. Membuat salinan fotostat koleksi jurnal bagi tujuan pembacaan kerana perbincangan tajuk Followership (nasib baik dah baca topik kepengikutan dari Jurnal IAB).
3. Membincangkan proposal kajian penyelidikan berdasarkan tajuk2 yang dipilih.

Bila belajar secara part time ini, masalah yang paling utama ialah menyiapkan tugasan2 yang diberi kerana sesi kuliah minggu berikutnya perlu disiapkan. Tahu-tahu ajelah kerana bila dah balik bekerja, tumpuan kepada kerja terpaksa dilakukan.

Pada hari ini juga aku terpaksa menghadiri 3 jemputan perkahwinan tetapi aku tidak dapat pergi 2 jemputan kerana fokus aku ialah jemputan perkahwinan anak sepupu aku kerana semua kaum keluarga berkumpul disini terutama dari JB.

Banyaknya assignment ni... huh.... nasib baik penilaian kepada semua aktiviti ialah 70% dan final exam cuma 30%. Yang penting ialah aktif dalam bilik kuliah dan yang menjadi beban sekarang ialah aku dilantik sebagai penghulu bagi ketiga2 kelas kuliah.

Insya-Allah. Alang-alang menyeluk pekasam......

Thursday, July 2, 2009

Jadual Kuliah 3 dan 4 Julai 2009

3 Julai 2009 (Jumaat)
3.00 - 6.00 petang : Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (Prof Dr Abd Jumaat)
8.00 - 11.00 malam : Kepimpinan Pendidikan (Hj Nazirmuddin)

4 Julai 2009 (Sabtu)
8.00 - 11.00 pagi : Pengurusan Kualiti Dalam Organisasi (Dr. Abd Raheem)

Wednesday, July 1, 2009

Taklimat Guru Praktikum di IPGM Bahasa Melayu Lembah Pantai

Pada 2 dan 3 Julai 2009 aku terpaksa menghadiri taklimat tersebut di IPGM Bahasa Melayu Lembah Pantai bersama2 dengan guru pembimbing. Bermula jam 9 pagi dan tamat tidak pasti pukul berapa, diharap dapat memberi input2 baru kepada aku dan juga guru pembimbing. Pastinya sekolah perlu memainkan peranan penting bagi melatih guru2 praktikum ini dengan suasana alam persekolahan sebenar dan memberi seberapa banyak pengalaman berharga.
Ini bermakna aku tidak akan berada di sekolah selama 2 hari dan apa yang pasti aku terpaksa bertolak ke UPSI pada 3 Julai itu dari IPGM BM.