KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Sunday, October 25, 2009

Selesai Tanggungjawab

Salam,
Sabtu telah membawa aku ke Kuantan bagi menyelesaikan tanggungjawab bagi menyiapkan borang permohonan biasiswa JPA anak aku. Aku mengambil kesempatan untuk bertolak pada sebelah pagi dan pulang sebelah petang dengan menaiki bas sahaja. Ini disebabkan kepenatan untuk memandu dan rasanya sudah lama aku tidak menaiki bas.
Kemudahan pengangkutan awam iaitu bas ini memang selesa pada ketika ini. Aku ke Kuantan dengan menaiki Transnasional dan pulang dengan menaiki Sani Ekspress. Sewaktu perjalanan pulang bas yang aku naiki adalah bertaraf eksekutif. Fulamak, selesanya mengalahkan naik kapal terbang iaitu dengan tempat duduk yang lebih empuk, ruang kaki yang lebih luas, dua tingkat dan pelbagai lagi.

Satu dapatan pemerhatian yang aku peroleh pada hari Sabtu ialah sikap pemandu bas yang berdisiplin dan memandu dengan mematuhi had laju kerana syarikat bas ini memang terkenal. Biasanya syarikat bas yang tidak terkenal menggaji pemandu yang tidak berdisiplin. Pengajarannya ialah apabila kita hendak menggunakan bas, pilihlah syarikat yang telah ternama dan tidak didengari kemalangan melibatkan syarikat bas tersebut.

Terima kasih kepada sahabat2 ku yang sudi menyambut aku di Kuantan yang bermula dengan Saupi, walaupun sibuk dan nak bertolak ke Terengganu tetapi masih sempat membantu aku. Terima kasih juga kepada Khalid iaitu sahabat aku ketika sama2 di JPN Pahang dulu yang menyambut aku selepas Saupi. Tidak lupa juga kepada rakan sekolah aku dulu saudara Razali yang sudi menjadi saksi dan akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November ini.

Alhamdulillah kerana semakin banyak tanggungjawab, Allah s.w.t telah mempermudahkannya. Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Etika Berbicara

MENGINGATKAN DIRI SENDIRI

Hendaknya pembicaraan selalu di dalam kebaikan. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).

Hendaknya pembicaran dengan suara yang dapat didengar, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu rendah, ungkapannya jelas dapat difahami oleh semua orang dan tidak dibuat-buat atau dipaksa-paksakan.

Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagimu. Hadis Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyatakan: “Termasuk kebaikan islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Janganlah kamu membicarakan semua apa yang kamu dengar. Abu Hurairah Radhiallaahu ‘anhu di dalam hadisnya menuturkan : Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang iaitu apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar”.(HR. Muslim)

Menghindari perdebatan dan saling membantah, sekalipun kamu berada di pihak yang benar dan menjauhi perkataan dusta sekalipun bergurau. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari pertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bergurau”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa. Aisyah Radhiallaahu ‘anha. telah menuturkan: “Sesungguhnya Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila membicarakan suatu pembicaraan, sekiranya ada orang yang menghitungnya, nescaya ia dapat menghitungnya”. (Mutta-faq’alaih).

Menghindari perkataan keji. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang mu’min itu pencela atau pengutuk atau keji pembicaraannya”. (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Mufrad, dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Menghindari sikap memaksakan diri dan banyak bicara di dalam berbicara. Di dalam hadis Jabir Radhiallaahu ‘anhu disebutkan: “Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan yang paling jauh dariku di hari Kiamat kelak adalah orang yang banyak bicara, orang yang berpura-pura fasih dan orang-orang yang mutafaihiqun”. Para shahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa arti mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR. At-Turmudzi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Menghindari perbuatan menggunjing (ghibah) dan mengadu domba. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain”.(Al-Hujurat: 12).

Mendengarkan pembicaraan orang lain dengan baik dan tidak memotongnya, juga tidak menampakkan bahawa kamu mengetahui apa yang dibicarakannya, tidak menganggap rendah pendapatnya atau mendustakannya.

Jangan memonopoli dalam berbicara, tetapi berikanlah kesempatan kepada orang lain untuk berbicara.

Menghindari perkataan kasar, keras dan ucapan yang menyakitkan perasaan dan tidak mencari-cari kesalahan pembicaraan orang lain dan kekeliruannya, kerana hal tersebut dapat mengundang kebencian, permusuhan dan pertentangan.

Menghindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang berbicara. Alloh Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan). (Al-Hujurat: 11).

(Sumber: Kitab “Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari” By : Al-Qismu Al-Ilmi-Dar Al-Wathan)

Dipetik dari http://etikaislam.wordpress.com/2007/07/15/etika-berbicara/#more-11

Tuesday, October 20, 2009

Album Hujung Minggu

Hari Ahad merupakan hari terbuka hari raya rumah adik aku di kampungku. Memang agak ramai tetamu jemputannya sehingga melebihi 500 orang dan dah jadi macam kenduri kahwin pulak. Beberapa tetamu jemputan aku turut hadir dan diantaranya ialah saudara Yusof dan Ismail.

Cikgu Yusof, Aku dan Cikgu Ismail

Sudah menjadi kebiasaan dan rutin apabila aku balik ke Kuantan tempat makan yang dituju adalah medan ikan bakar di Tanjung Lumpur dan lokasinya ialah Kedai Ana Ikan Bakar Petai. Namun begitu ada beberapa menu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan bahan mentahnya. Di antara beberapa menu pilihan kami ialah :

Ikan Aji Bakar Petai


Ikan Kerapu Masak 3 Rasa


Sotong Goreng Tepung

Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.

Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.

16 Oktober 2009 (Jumaat)
- Bertolak ke Kuantan
- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur
- Bermalam di Kuantan

17 Oktober 2009 (Sabtu)
- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api
- Meraikan Hari Lahir Along
- Menjejak kasih di Kuantan
- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar, keropok lekor dan lain-lain
- Bertolak balik ke Rompin
- Kenduri doa selamat selepas Isyak

18 Oktober 2009 (Ahad)
- Jamuan Rumah Terbuka adik aku
- Petang bertolak balik ke Kajang

Thursday, October 15, 2009

Happy Deepavali



Happy Deepavali to all my Indian friends all over Malaysia. Especially :
1. Valarmathi - Under graduate friend
2. Perumal, Richard, Meganathan, Ravichandran, Thana and all post graduate friends
3. Sreelatha and Saraswathi - my staff (teacher)
4. All my Indian pupils

And all who know me. Happy Deepavali and have a nice celebration. Thanks.

Tuesday, October 13, 2009

Ubah Suai Template

Aku sudah mempunyai sedikit kelapangan waktu dan kelapangan ini aku gunakan bagi melakukan pengubahsuaian blog seperti kita selalu mengubahsuai kereta atau rumah. Matlamatnya supaya lebih kelihatan anggun dan menarik. Mungkin rakan2 boleh memberi sedikit komen dan pengubahsuaian ini masih belum siap sepenuhnya.

Sunday, October 11, 2009

Ketenangan dan Kemerdekaan



Alhamdulillah kerana hari ini aku telah menamatkan paper terakhir exam. Paper hari ini adalah kepimpinan pendidikan dan aku berpuas hati menjawab walaupun masa tidak mencukupi dan jawapan aku masih tidak sempurna lantaran terlalu banyak idea yang nak dititipkan.
Namun begitu aku tidak berpuas hati sewaktu menjawab paper kaedah penyelidikan kerana aku hilang konsentrasi dan banyak point penting aku tak dapat ingat kerana disebabkan kesibukan berkursus, menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Harapan aku supaya ianya dapat memuaskan hati pensyarah.
Kini aku tenang dari kesibukan belajar dan merdeka buat sementara waktu. Dalam diam rupanya aku telahpun berjaya menamatkan satu semester dan berdebar menantikan keputusannya. Aku akan bergelumang semula pada bulan Disember nanti. Rasanya aku ingin berehat dari keletihan belajar sehingga memulakan semester kedua nanti.


Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Yusof kerana sudi bertemu dengan aku di UPSI, sama2 bermalam dan sama2 bersarapan pagi. Disinilah kenalan2 semakin bertambah walaupun berlainan bidang. Nasi lemak sambal kerang di gerai ni best wow..... Betul tak Sof.