KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Wednesday, January 13, 2010

Globalisasi

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat"

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat."


Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.


Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia."


Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan dan komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam pelbagai konteks sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:

  • pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara pelbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia.
  • globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara.


Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:

"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."


Bolehlah disimpulkan di sini bahawa globalisasi merupakan salah satu daripada penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasasi dunia dalam segala aspek, sama ada ekonomi, sosial, budaya dan politik. Justeru, tidak hairanlah ada gerakan dari barat sendiri, secara khususnya di negara-negara Eropah yang menentang globalisasi. Beberapa sesi tunjuk perasaan telah mereka buat di bandar-bandar besar dunia untuk mengkritik globalisasi dan mengajak penduduk dunia menentangnya.


Oleh itu perkara ini boleh kita fikirkan dan bahaskan sama ada globalisasi ini mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya. Sesuatu perkara itu akan ada impak positif dan negatifnya yang perlu difahami supaya apa yang terbaik boleh diambil dan segala yang tidak baik perlu dijauhi.


Thursday, January 7, 2010

Alamak... Baru teringat... tak siap lagi rupanya

Esok dah nak ke Tg Malim semula. Baru teringat bahawa satu tugasan masih belum disiapkan. Wah... kena pulun malam ni atau pagi esok. Rasanya tak jadi masalah dan akan cuba siapkannya segera. SPSS.... oooo.. SPSS, nasib baik suruh cari min, mod dan median.

Tuesday, January 5, 2010

Audit.... Selesai, tapi ingat seperkara

Rakan2 yang mengunjungi blog saya,
Hari ini saya telah menghantar semua dokumen audit ke pejabat audit sekolah. Sepintas lalu semakan tak menjadi masalah, cuma beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh rakan2 pemimpin sekolah.
Tahun 2009, bayaran tambahan tidak wajib tetapi perlu juga disertakan semua dokumen seperti tahun2 lalu. Senarai nama murid yang tidak membuat pembayaran tambahan perlu dilampirkan walaupun ia tidak melibatkan ABT. Audit juga tak mahu bayaran tambahan itu di lumpsum kan tetapi perlu diperincikan seperti pakej tahun 2008 kerana dia maklumkan ada sekolah yang berbuat demikian. Bantuan PIBG juga perlu dinyatakan dalam mesyuarat agong PIBG. Kalau tak dinyatakan, boleh juga dalam mesyuarat JK PIBG. Maklumkan pecahan perbelanjaan bantuan PIBG tersebut dalam minit mesyuarat tersebut.
Rumusannya, apabila kita menghantar dokumen tersebut mereka akan fokus terlebih dulu kepada PIBG. Diharap rakan2 mengambilkira perkara ini sewaktu nak menghantar dokumen audit nanti.

Monday, January 4, 2010

Banyaknya Perkara Nak Diselesaikan

Hari pertama persekolahan tahun 2010 ni agak menyesakkan nafas aku. Jika di tahun2 yang lalu sekadar mengurus bank-in duit yuran, memastikan perjalanan P&P, memastikan peralatan mencukupi dan beberapa perkara lain yang asas tetapi ia berbeza di tahun ini. Bermula dengan sesudah subuh apabila kereta isteriku tak dapat dihidupkan kerana bateri lemah, terkejar2 ambil kereta biras aku. Ibu bapa pula ramai lagi yang datang menguruskan bayaran anak2 mereka kerana tak ramai yang datang pada hari Sabtu. Pertambahan kelas menyebabkan ada jadual waktu dan bilik darjah yang terganggu. Pemantau dari PPD pun ada datang tahun ini. Dan yang menyesakkan nafas ialah menyiapkan laporan audit untuk dihantar pada hari esok kerana tahun ini sekolah aku diarahkan hantar awal. Selepas ni nak pergi beli bateri kereta pula. Huh... penat jugak hari ini.

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2010

Hari ini aku dan isteri menghantar anak ketiga (bongsu) memasuki asrama di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi bagi mengikuti Kelas Aliran Agama. Dia mengikut jejak kakak dan abangnya yang tinggal di asrama sejak Tingkatan 1 dan cuma yang beza ialah kakak dan abangnya di asrama Sekolah Berasrama Penuh tetapi dia di asrama harian. Ketiga2 anak aku memang mengikut jejak langkah aku yang mula tinggal di asrama sejak Tingkatan 1 sehinggalah tamat belajar dimana rekod aku ialah selama 9 tahun di asrama. Jika berjaya dipecahkan ialah anak sulong aku yang dah masuk tahun ke-8 dan mungkin akan mencecah 11 tahun jika tidak diminta tinggal di luar semasa di UIAM ini.
Sepertimana anak bongsu aku yang akan memulakan hari pertama persekolahan di sekolah menengah, aku juga akan menghadapi hari pertama persekolahan untuk semua guru dan murid aku bagi tahun 2010 ini. Harapan aku agar kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang akan berjaya dikecapi di tahun 2010 ini dengan perancangan pelbagai program yang lebih agresif.
Kepada semua rakan2, selamat menghadapi hari pertama persekolahan dengan semangat dan iltizam yang sangat tinggi demi kejayaan murid2 yang dididik dan guru2 yang dipimpin.

Saturday, January 2, 2010

National Library



Menjengah dan mencari bahan untuk tugasan merupakan satu kerja yang agak memenatkan terutama apabila dilihat dalam OPAC menunjukkan bahan atau buku tu ada tetapi bila dicari di rak, tak jumpa2 sampai sudah. Rasanya perpustakaan negara ni adalah yang tercanggih. Mungkin aku yang masih tak pandai untuk mencarinya tetapi bahan lain seperti yang tersenarai dalam OPAC ada pula bila dicari. Nampaknya inilah dunia aku yang memaksa diri supaya tidak lekang daripada perpustakaan selagi tak menamatkan pengajian. Alhamdulillah sekurang2nya aku dapat memaksa diri untuk terus membaca dan mencari maklumat dan mengisi kotak fikiran dengan ilmu2 terbaru, bermanfaat dan memperkayakan minda.

Friday, January 1, 2010

Kuliah Analisis Data dan Penafsiran Pada 2 Jan 2010

Aku tak dapat menyambung cuti secara berterusan kerana terpaksa menghadiri kuliah pada hari esok jam 8 pagi. So, bermulalah perjalanan aku sesudah subuh pagi esok menuju ke destinasi dan kembali semula sebelah petang. Setakat ini sejak mula semester satu aku masih tidak ponteng kuliah kerana bagi aku kuliah adalah amat penting kerana sifat aku yang susah sikit nak membaca dan melalui mendengar kuliah aku memperoleh ilmu yang akan di recall semula apabila perlu.

Azam tahun baru juga akan aku teruskan dari mengelak dari ponteng kuliah kecuali disebabkan oleh faktor2 yang tak dapat dielakkan. Aku ingin memahami sepenuhnya kuliah analisis data ini kerana azam aku juga untuk meneruskan pengajian lagi setelah tamat program sarjana ni disebabkan apabila meneruskan pengajian, analisis data ini amat penting bagi digunakan bagi menyediakan tesis. Semoga azam aku akan dapat aku kotakan, insya-Allah.