Aku dan anak lelaki aku telah pun membuat semakan keputusan kemasukan ke IPTA. Walaupun sebelum ini dia telah ditawarkan memasuki Matrikulasi Kuala Pilah pada 10 Mei 2010 tetapi sasaran utama dia adalah sains komputer di UIAM. Alhamdulillah kerana dia berjaya juga mendapat tawaran tersebut. Ini bermakna dia akan menjejaki Kak Long dia yang melalui laluan tersebut tetapi bidang yang berbeza. Diharap anak lelaki aku akan memulakan pembelajaran dia semula dengan lebih semangat dan usaha yang lebih gigih kerana dia telah mula melangkah ke satu alam yang baru iaitu alam pengajian tinggi.
TAHNIAH kepada Angah.
TAHNIAH kepada Angah.









