KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, September 24, 2010

Enam (6) Golongan Wanita Yang Dielakkan Dari Berkahwin Dengannya

Assalamualaikum..

Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK.

Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-

1. Wanita Al-Ananah:

* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)

2. Wanita Al-Mananah:

* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"

* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.

3. Wanita Al-Hunanah:

* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”

* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Al-Hudaqah:

* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga)

5. Wanita Al-Buraqah:

* Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
* Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
* Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek

6. Wanita Al-Salaqah:

* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Glosari:
1. Lagha : sia-sia

Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.

Tuesday, September 21, 2010

Dalam Kesibukan, Dah nak habis semester ini

Semester ini merupakan semester yang agak kalut dan kelam kabut bagi diri aku. Perubahan tempat bertugas sedikit sebanyak mengganggu iklim pembelajaran. Pendek kata tangan tak tercapai dengan kepelbagaian. Apa yang aku harapkan ialah dapat menamatkannya dengan jaya. Jika semester ini berjaya ditamatkan, itu bermakna hanya tinggal satu semester sahaja lagi yang akan bermula Disember ini hingga April 2011. Itupun jika tidak ada sambungan semester talian hayat kerana sedikit sebanyak bergantung kepada masalah teknikal melibatkan perkhidmatan.

Biasalah... apabila nak berakhir semester, pasti sibuk dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diberi. Baik tugasan yang diberi awal ataupun akhir, di saat akhir juga disapkan. Ha ha ha ... Aku turut berjuang dengan anak2 yang menuntut di IPTA juga yang sedang sibuk dengan final exam mereka. Berikanlah aku kekuatan dan semangat kental.

Wednesday, September 15, 2010

Kenangan AIdil Fitri



Aidil Fitri dahpun dihadapi. Kegembiraan dan keriuhan datang dengan perginya kerahmatan. Semoga Aidil Fitri di tahun mendatang akan dapat disambut lagi dengan keizinan Allah s.w.t.

Saturday, September 4, 2010

Salam Aidil Fitri



Salam,

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua kenalan di blog. Semoga kehadiran Aidil Fitri akan memberi kebahagiaan. Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap selama bersama dalam berceloteh dan berbual.

Terima kasih.

Thursday, August 26, 2010

Selamat Menghayati Nuzul Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.

Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA DAN MENJADIKAN IA SEBAGAI PERINGATAN SUPAYA KITAB ALLAH MENJADI PEGANGAN KITA.

Sunday, August 15, 2010

Apakah Petandanya?

Sewaktu perjalanan pulang dari Tanjung Malim, aku terkandas di Batang Kali. Alhamdulillah tidak di tengah2 hutan ataupun lebuhraya. Itulah agaknya nasib baik di bulan Ramadhan ini. Sebaik sahaja tiba di trafik light Batang Kali, temperature kereta aku melonjak kepada maksimum. Aku dah syak mesti masalah tangki air. Kebetulan di simpang tiga Batang Kali terdapat bengkel dan aku terus membelok ke arah bengkel tersebut. Jam dahpun menunjukkan pukul 3 petang.
Bila di check oleh mekanik, memang sah tangki air aku punya problem. So, terpaksalah aku tersadai di bengkel tersebut sehingga jam 6.30 petang baru aku boleh bergerak. Dah terlanjur masuk wad, aku terus buat keputusan untuk tukar mounting enjin terus. Setelah dicongak-congak untuk pembayaran, hampir mencecah RM1000.00 ringgit juga. Nampaknya merosotlah sedikit rezeki untuk hari raya nanti.

Adakah itu menandakan rezeki aku tak ada untuk bulan Ramadhan ini? Adakah itu juga petanda bahawa kereta aku dah semakin uzur setelah dilanyak dan dilasak sepanjang pengajian? Adakah itu juga petanda bahawa kereta aku dah mula merajuk apabila aku asyik menelaah dan meneliti kereta lain dalam laman Mudah.com bagi mencari kereta baru???

Inilah gambar tangki air kereta aku. Jika dibuat di bengkel yang sesuai, pasti kosnya tidaklah setinggi itu tetapi disebabkan dalam keadaan terdesak, kita perlu akur sahaja dengan harga yang ditetapkan.

Thursday, August 5, 2010

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

Salam kepada rakan2 sekalian,

Alhamdulillah kerana pada tahun ini kita dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan dengan azam dan iltizam untuk meningkatkan amalan dan mengumpul pahala demi keberkatan Allah s.w.t.

Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak.