KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, October 22, 2010

Break and Paper Proposal

Cuti setelah menghadapi exam telahpun bermula. Cuti dari bekerja tiada. Cuti semester ini aku terpaksa membuat kertas cadangan kajian dan juga melakukan penulisan dengan harapan aku dapat mengedarkan soal selidik sebaik sahaja sesi persekolahan tahun 2011 bermula. Seterusnya membuat analisis data dan membuat rumusan dapatan. Aku harap dapat melaksanakan dan meyelesaikannya sebelum bulan April 2011. Kalau tak, alamat tak konvo lah aku bulan Oktober nanti.
Aturan kerja perlu aku fikirkan dari sekarang supaya segala2nya tidak tergendala. Cabaran paling utama adalah tugas hakiki yang menuntut komitmen tinggi di penghujung tahun bagi menyelesaikan segala2nya untuk menamatkan tahun 2010.

Friday, October 15, 2010

Intipati Bajet 2011

  1. Semua jenis telefon bimbit dikecualikan cukai jualan
  2. RM576 juta dalam bentuk biasiswa untuk guru yang ingin melanjutkan pengajian
  3. Peruntukan RM213 juta untuk ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan pengetua, ...guru besar, guru cemerlang
  4. Program rebat bayaran elektrik bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 diteruskan, libatkan peruntukan RM150 juta
  5. Skim Rumah Pertamaku untuk golongan muda yang baru bekerja, tawar jaminan kerajaan untuk bayaran pendahuluan
  6. Kadar tol 4 lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta
  7. A new landmark, Warisan Merdeka, expected to be completed in 2020, will include a 100-storey tower, tallest in M'sia.
  8. Penjawat awam wanita diberi fleksibiliti tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari
  9. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan
  10. PTK dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai untuk penjawat awam menjelang Jun 2011

Tuesday, October 5, 2010

Exam Fever


Minggu exam dah hampir tiba. Walaupun dah berusia, demam peperiksaan tidak dapat dielakkan. Dah jadi lumrah agaknya dalam diri setiap orang yang sentiasa merasa gusar dan tertekan apabila tiba masa menghadapi peperiksaan. Diharap ianya memberi ketenangan kepada diri aku untuk menempuhinya.

Friday, September 24, 2010

Enam (6) Golongan Wanita Yang Dielakkan Dari Berkahwin Dengannya

Assalamualaikum..

Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK.

Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-

1. Wanita Al-Ananah:

* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)

2. Wanita Al-Mananah:

* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"

* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.

3. Wanita Al-Hunanah:

* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”

* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Al-Hudaqah:

* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga)

5. Wanita Al-Buraqah:

* Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
* Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
* Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek

6. Wanita Al-Salaqah:

* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Glosari:
1. Lagha : sia-sia

Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.

Tuesday, September 21, 2010

Dalam Kesibukan, Dah nak habis semester ini

Semester ini merupakan semester yang agak kalut dan kelam kabut bagi diri aku. Perubahan tempat bertugas sedikit sebanyak mengganggu iklim pembelajaran. Pendek kata tangan tak tercapai dengan kepelbagaian. Apa yang aku harapkan ialah dapat menamatkannya dengan jaya. Jika semester ini berjaya ditamatkan, itu bermakna hanya tinggal satu semester sahaja lagi yang akan bermula Disember ini hingga April 2011. Itupun jika tidak ada sambungan semester talian hayat kerana sedikit sebanyak bergantung kepada masalah teknikal melibatkan perkhidmatan.

Biasalah... apabila nak berakhir semester, pasti sibuk dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diberi. Baik tugasan yang diberi awal ataupun akhir, di saat akhir juga disapkan. Ha ha ha ... Aku turut berjuang dengan anak2 yang menuntut di IPTA juga yang sedang sibuk dengan final exam mereka. Berikanlah aku kekuatan dan semangat kental.

Wednesday, September 15, 2010

Kenangan AIdil Fitri



Aidil Fitri dahpun dihadapi. Kegembiraan dan keriuhan datang dengan perginya kerahmatan. Semoga Aidil Fitri di tahun mendatang akan dapat disambut lagi dengan keizinan Allah s.w.t.

Saturday, September 4, 2010

Salam Aidil Fitri



Salam,

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua kenalan di blog. Semoga kehadiran Aidil Fitri akan memberi kebahagiaan. Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap selama bersama dalam berceloteh dan berbual.

Terima kasih.