KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Saturday, January 29, 2011

Growing Teacher Leaders in a Culture of Excellence

Budaya bagi membentuk guru sebagai pemimpin harus dilakukan kerana setiap pemimpin bukanlah dilahirkan tetapi juga boleh dibentuk. Itulah pentingnya peranan budaya organisasi yang cemerlang.

This teacher realized that her previous opinion of leadership was based on a faulty philosophy that leaders are born, not made (Lunenburg & Ornstein, 2004). “I have always looked at leadership as something that people had or didn’t have. I hadn’t ever really thought that leadership is something that can grow in a person. This process really made me more aware of how I think of myself and how others view me as a leader.”

Viewing teachers as leaders requires a paradigm shift about the concept of leadership in a school system. As Dufour, Dufour, Eaker, and Many (2006) state, these shifts often make teachers uncomfortable. Such paradigm shifts associated with developing teachers as leaders may include moving from isolation to collaboration, from privatization of practice to open sharing of practice, and from independence to interdependence.


Benar atau tidak, hubungan yang signifikan akan ditentukan hasil dari dapatan kajian ini.

Sunday, January 9, 2011

School Culture - Searching Information for Project Paper

High commitment and high performance seem to be distinguishing features of schools with a healthy organizational culture and high staff well-being (Sergiovanni, 2006).

Tim Tilmone, (2002) states that changing a toxic school culture into a healthy school culture that inspires lifelong learning among students and adults is the greatest challenge of instructional leadership.

A working definition from Roland Barth defines school culture as "how we do things around here,"(Delisio, 2006). Wagner expands on that definition. School culture, he says, is shared experiences both in and out of school, such as traditions and celebrations, a sense of community, of family and, team."

A school leader today is supposed to act as an entrepreneur, a person of vision, able to inspire, empower and motivate his staff (Aelterman et al., 2008). In explaining the leadership role of a principal, (Edward Redalen, 2007) states that what seems to be emerging is the need for leaders, at any level, to combine clear aspirations of what the organization is trying to become, with skills and dispositions to energize a productive staff and constant attention on meeting or exceeding the needs of students and the parents/community.




Thursday, December 30, 2010

Horey!!! 31 Disember 2010 - Cuti Umum

Alhamdulillah kerana walaupun gagal bercuti tetapi dapat pula cuti umum. Inilah peluang untuk berehat. Terima kasih kepada PM dan juga kepada pemain bola sepak Malaysia yang menyebabkan cuti diperoleh.

Selamat Bercuti semua...... Ke mana destinasi ya???

Saturday, December 25, 2010

Gagal Untuk Bercuti

Rancangan adalah untuk bercuti di hujung tahun begini tapi apakan daya semakin bertambah-tambah beban tugas dan kerja yang perlu dibereskan. Sepanjang cuti persekolahan ini aku tidak berkesempatan untuk bercuti. Nampaknya banyaklah cuti yang terpaksa aku bawa ke tahun hadapan. Walau apapun aku akan mencuba lagi untuk bercuti pada minggu depan jika berkesempatan.
Penat juga menyelesaikan segala tugas dan kerja di penghujung tahun ini. Tambahan untuk menyelesaikan peruntukan2 yang diperoleh di saat2 akhir. Prosedur perlu dipatuhi. Kepada rakan2 yang bercuti, selamat bercuti diucapkan.

Tuesday, December 14, 2010

Semester Akhir atau .......................????

Bermulalah kembali sesi seterusnya bagi diri aku. Jika mengikut jadual pembelajaran, ini merupakan semester terakhir. Adakah ia merupakan semester terakhir??? Aku mesti usahakan supaya ia memang menjadi semester terakhir tapi....... jika ada aral, aku tidak mampu menolaknya. Berdasarkan progres semasa, aku terpaksa bergerak laju sekarang sepantas Porsche atau F1. Itu adalah usaha dan tekad yang mesti ditanam dalam diri. Alamak???? Proposal masih tertangguh lagi. Bangun dan bangun dari tidur!!!!
Jumaat ini bermulalah ia.................................

Tuesday, December 7, 2010

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Kepada Arwah Bapaku



ALFATIHAH!


Ini merupakan gambar terakhir bersama arwah ayahku sewaktu hari raya Aidil Fitri yang baru lalu. Arwah ayahku telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2010 jam 6.15 petang akibat kegagalan organ berfungsi disebabkan kuman telah memasuki ke dalam saluran darah yang berpunca daripada penyakit kencing manis.

Alhamdulillah segala urusan arwah sebaik sahaja meninggal dunia berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan. Bermula dengan kematiannya, memandi dan mengkafankan jenazahnya, membawa pulang dari Hospital Serdang ke kampung, mengebumikannya dan sehingga tamat kenduri dan tahlil arwah selama 3 hari.

Selaku anak sulong dan lelaki tunggal dalam adik beradik, kini segala-galanya terpaksa aku pikul setelah pemergian arwah. Satu tanggungjawab yang amat berat dan besar. Yang maha berat ialah tanggungjawab terhadap ibuku yang kini keseorangan dan tinggal bersama-sama adikku di rumah peninggalan arwah. Insya-Allah, aku akan cuba memikul segala tanggungjawab ini dan semoga Allah memberi kekuatan kepada diriku.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkannya di kalangan orang-orang soleh dan beriman. AMIN.

Thursday, November 11, 2010

November Yang Sibuk

Bulan November merupakan bulan yang agak sibuk. Bermula dengan kursus di IAB, majlis makan malam di PD pada 12 dan 13 Nov, ke Ranau, Sabah pada 14 hingga 16 Nov, Persaraan Pengarah pada 19 Nov, Raya Haji, ke Pendang, Kedah pada 20 dan 21 Nov, mesyuarat takwim di Seremban pada 23 hingga 25 Nov dan mesyuarat SKU/SKT di Kuantan pada 30 hingga 2 Dis begitu memenatkan. Apa yang menjadi kerisauan ialah proposal tesis aku yang masih belum dihantar untuk kelulusan penyelia. Jika ini lewat, bermakna aku tak akan dapat menjalankan soal selidik apabila sesi persekolahan 2011. Semuanya terpaksa aku selaraskan dan pastikan aku akan dapat menamatkan pembelajaran aku mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jikalau tidak, aku terpaksa tangguh satu semester lagi.
Siapalah yang boleh bantu aku ni......... he he he he .....