KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Wednesday, September 21, 2011

Data Entry


Soal selidik yang dihantar dah pun sampai di tangan. Pergelutan hebat sedang dilakukan demi memastikan data entry dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mengejar masa. Setakat ini dah hampir 230 responden punya dah di key-in dengan setiap responden melibatkan 77 item. Dah musim sampai kemamar biji mata kerana terpaksa tidur hampir pukul 1.00 pagi. Ada sesiapa nak tolong???????

Sunday, September 11, 2011

Final Task

By hook or by crook, sebelum pertengahan Disember 2011 aku mesti menyiapkan segala yang perlu dalam Bab 4 dan Bab 5. Semua soal selidik sedang dalam pengumpulan dan key-in dlm SPSS. Bermakna aku hanya ada masa dalam 2 bulan sahaja lagi. Tambahan di penghujung tahun banyak pula kerja-kerja yang perlu aku bereskan. Hopefully masa mengizinkan aku kerana semangat dah memang kuat tetapi kekangan masa yang menjadi penghalang.

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Salam kepada semua rakan-rakan yang mengenali,

Sempena Syawal yang akan kita sambut, sama-samalah kita menghulurkan tangan saling bermaafan di atas segala keterlanjuran tutur kata, perbuatan, bahasa dan tingkah laku baik yang disedari ataupun tidak.

Kesedihan dalam meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini, usahlah kita berduka dalam menyambut ketibaan Syawal.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

buat semua rakan tersayang.

Saturday, July 30, 2011

Berpesan-pesan dan Ingat Mengingati

Bulan Ramadhan akan muncul lagi pada tahun ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadah kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam dengan harapan sama-sama kita beroleh rahmatNya.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Sesiapa yang mendirikannya (puasa) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Setiap amalan anak Adam (melainkan puasa) baginya maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan isterinya) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Sunday, July 24, 2011

Durian

Nampaknya musim durian di Muar menjadi-jadi. Kesempatan balik atas urusan pertunangan anak saudara memanggil aku ke dusun durian atas pelawaan biras yang mempunyai dusunnya sendiri. Jika dilihat atas pokok tu, memang puas untuk dimakan.



Tak cukup dengan makan di dusun, siap packing dalam tupperware lagi untuk dibawa balik. Walaupun aku berpantang bagi mengelakkan pelbagai penyakit, akhirnya tewas juga. Malamnya kena double makan pil kolesterol.


Ada lagi tak rakan2 yang nak ajak makan durian??? Kena beringat-ingat kesan terhadap penyakit dan jangan sampai lupa diri. Selamat menikmati buah-buahan tempatan.

Friday, July 1, 2011

Realiti atau Dongengan???

Salam Rakan2,

Pastinya ramai di antara kita yang akan ternanti-nanti bajet 2011 dan juga PRU13. Saban tahun ia sinonim dengan pemberian atau anugerah kerajaan kepada kakitangan awam. Adakah ianya akan menjadi suatu realiti kepada kakitangan awam? Atau semata-mata omongan kosong bagi mendapatkan sokongan kakitangan awam?
Walau apapun tafsiran dan tanggapan, dari sumber-sumber yang tak rasmi bahawa melalui bajet 2011 golongan guru atau semua kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji baru iaitu sistem gaji sebaris yang melibatkan hampir 80 tangga gaji. Yang membezakan adalah starting point mengikut kelayakan akademik. Apa yang saya nampak di sini, kakitangan awam tidak akan menghadapi masalah berada di tangga gaji maksimum sebelum bersara. Manakala bagi mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran, difahamkan akan mendapat kenaikan satu gred atau beberapa tangga jika sistem gaji sebaris. Bagi yang mempunyai ijazah sarjana, difahamkan akan memperoleh elaun di atas usaha peningkatan ilmu.
Itu adalah di antara desas desus berita. Sekiranya tidak menjadi kenyataan, anggaplah ia sebagai salah satu usaha yang telah dilaksanakan bagi menaiktaraf perkhidmatan awam.

Terima kasih.