KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Wednesday, December 31, 2008

Keputusan Semester Akhir Universiti

Hati sekarang ni berdebar-debar menantikan keputusan semester akhir universiti sama ada dapat second class lower/upper atau first class. Rakan-rakan yang lain semuanya dah dapat seorang demi seorang tetapi aku masih lagi tertanya-tanya. Cuba juga telefon ke pejabat lama di Bahagian Sekolah, KPM takut-takut surat sampai ke situ tetapi hampa juga. Bila posmen datang, tak ada juga. Lagilah bertambah suspen. Walau apapun kepada rakan-rakan yang dah terima keputusan dan beroleh keputusan yang cemerlang diucapkan tahniah.

Bilalah keputusan aku akan dapat............................ Huuuah.....

Sunday, December 28, 2008

Ceramah Agama Hijrah

Malam ini di surau taman perumahan saya diadakan ceramah agama sempena Maal Hijrah. Penceramah jemputan ialah Ustaz Shahrir Long dari Sungai Petani. Di antara isi kandungan ceramah beliau ialah 4 perkara yang perlu seseorang muslim itu melakukan hijrah.

1. Akidah Islamiah - perkukuhkan akidah disamping amalan wajib seperti sembahyang kerana jika akidah tidak betul, sia-sia solat yang dilakukan

2. Akhlak - mencontohi akhlak Rasulullah

3. Syariat - kefahaman mengenai Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan harian seperti sentiasa berniat untuk berjihad ke jalan Allah s.w.t

4. Amal Makruf Nahi Mungkar - menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran seperti menegur pemimpin jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin seperti tidak amanah dan lain-lain.

Beberapa iktibar dari ceramah ini perlu kita renungi, dalami, hayati dan amalkan. Insya-Allah segala usaha dan amalan kita akan beroleh keberkatan Allah s.w.t.

Terima kasih.

Friday, December 26, 2008

5 Asas Hijrah Hadapi Cabaran Era Globalisasi

Lima asas hijrah hadapi cabaran era globalisasi Oleh Sumilah Marto KEDATANGAN tahun baru 1426 Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam. Peristiwa itu bukan saja kerana bermulanya perkiraan takwim hijrah, malah merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsep tersendiri. Rasulullah diperintahkan Allah berhijrah dari Makkah ke Madinah yang berlaku ketika ruang perjuangan Rasulullah terlalu sempit dan terhimpit. Baginda tidak memilih untuk berdoa meminta kelapangan yang sudah tentu Allah kabulkan. Sebaliknya, terpaksa menempuh laluan sukar, berbahaya dan berisiko tinggi kerana diburu musuh untuk mencapai suatu keadaan yang lebih baik.

Melalui perintah hijrah, Rasulullah berusaha merancang dan bertindak.Penghijrahan seumpama Rasulullah dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda. Namun, konsep penghijrahan tetap berterusan di kalangan umat Islam. Ertinya, tiada lagi hijrah kecuali daripada kejahatan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik.

Allah berfirman bermaksud: “Orang yang berhijrah kerana Allah selepas teraniaya akan Kami tempatkan mereka di dunia pada tempat yang baik. Akan tetapi ganjaran akhirat jauh lebih besar, kalau mereka sedar. Iaitu terhadap orang yang sabar dan bertawakkal kepada Tuhan mereka.” (Surah al-Nahl, ayat 41-42). Jika diteliti dan dihayati, konsep hijrah pada era globalisasi mengajak umat Islam untuk kemanfaatan dan mempertingkatkan pelbagai aspek kemajuan. Di samping itu, ia mampu memantapkan keimanan dan jati umat Islam untuk menghadapi pelbagai kemajuan dan cabaran. Umat Islam perlu sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa. Usaha membaiki keadaan kehidupan berterusan ertinya menghayati pengertian hijrah. Sebagai menepati konsep hijrah Rasulullah, pasti terpaksa dilakukan bersungguh-sungguh.

Seseorang itu juga mesti sanggup menempuh jalan penuh risiko. Tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.Antara aspek penting dalam proses hijrah berterusan adalah:

Hijrah iman
Kita perlu mempertingkatkan iman menerusi usaha membersihkan sifat keji (mazmumah) dan melazimkan dengan sifat terpuji (mahmudah). Dengan ini, hati akan disinari cahaya yang akan dapat melihat kebesaran dan keagungan Allah.Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri serta alam akhirat. Hati akan berasa takut dan gentar kepada Allah. Firman Allah bermaksud: “Hai! Tuhanku dudukkanlah diriku dalam kedudukan yang benar dan keluarkan diriku dengan cara yang benar dan kurniakanlah kepadaku kuasa daripada sisi-Mu yang serba membantu.” (Surah al-Isra’, ayat 80)Sembahyang adalah mikraj orang mukmin. Oleh itu, perlu dihayati secara sempurna dan diperbanyakkan sembahyang sunat. Sahabat mendirikan sembahyang sunat sehari semalam purata tiga ratus rakaat. Ini dilakukan di tengah kesibukan pelbagai urusan umat.

Hijrah ilmu
‘Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya’. Rangkai kata indah ini mempunyai pengertian yang mendalam. Bahaya kejahilan tidak perlu diungkap dengan kata-kata lagi. Semua mengakui dan terbukti betapa kejahilan membawa pelbagai natijah buruk kepada manusia.Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah az-Zumar, ayat 9)Umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan, andai konsep hijrah ilmu diamalkan iaitu terus meningkatkan ilmu ke tahap lebih tinggi dan mencapai profesional. Tidak ketinggalan juga, pentingnya umat Islam menguasai pengetahuan am yang luas terutama dalam politik, ekonomi, sosial dan kepemimpinan.Lemah daya fikir umat ada hubung kait dengan kelemahan menguasai ilmu dan pengetahuan. Umat Islam tidak berupaya mengatasi mainan dan tipu muslihat musuh. Malah, tidak mampu menilai budaya itu positif atau negatif. Tidak hairan, apabila remaja Muslim mudah terjebak dengan pelbagai unsur negatif dalam kehidupan.

Hijrah amal
“Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan biarpun sedikit.” maksud hadis Rasulullah. Tetapi sabda Baginda itu bukan meminta mengurangkan amal. Ini membawa pengertian perbandingan yakni amalan sedikit yang istiqamah itu, lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tidak istiqamah (konsisten). Tentu maksudnya lebih baik jika amalan itu banyak berserta istiqamah.Masa yang berlalu tidak akan kembali. Rasulullah memberi amaran melalui sabdanya bermaksud: “Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu ketika muda sebelum datangnya tua, masa lapang sebelum datangnya sibuk, masa senang sebelum datang susah, masa sihat sebelum datang sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.”Peringatan Rasulullah itu bagi mendorong umatnya meningkatkan amalan kebajikan sebelum tiada lagi peluang untuk beramal, terutama apabila kedatangan ajal.

Hijrah nafsu
Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia. Manusia membiak, tamadun berkembang dan bumi semarak kerana manusia memiliki nafsu. Hanya yang ditegah adalah menurut saja nafsu sama ada taraf rendah atau serakah yang membawa keburukan kepada manusia.Oleh itu, umat perlu berhijrah daripada nafsu amarah kepada lawwamah. Seterusnya, mulhimah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah.

Hijrah akhlak
Umat terdahulu hingga ke masyarakat jahiliah mencapai tamadun tinggi, tetapi rosak akhlak. Akhirnya, mereka binasa. Kini dunia Barat juga berada pada keadaan sama. Malangnya, umat Islam yang kebanyakan mundur sudah mengikut jejak langkah akhlak Barat.Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam lemah. Unsur negatif Barat berleluasa di kalangan umat Islam yang juga bertindak kasar, ganas, saling rakus, hasad dengki, menghasut, tidak mempunyai nilai kasih sayang dan perpaduan.Umat Islam perlu berusaha berhijrah daripada tabiat buruk kepada berakhlak mulia seperti dimiliki Rasulullah. Sejak remaja, Baginda bergelar al-Amin, ertinya orang yang sangat dipercayai. Rasulullah juga mengakui dalam sabdanya bermaksud: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Siti Aishah menyebut peribadi Rasulullah sebagai akhlak al-Quran. Begitu juga dengan sahabat Baginda yang sangat berakhlak, bersopan, bertertib, berbudi pekerti luhur, berdisiplin dan bertatasusila dalam segala hal. Peribadi mulia itu ditunjukkan sama ada terhadap Allah, manusia atau haiwan.Umat Islam perlu berhijrah dalam aspek sikap iaitu membuang yang negatif sebaliknya menyuburkan sikap positif. Mengikis sikap pesimis sebaliknya diganti dengan optimis.Andainya kesukaran hidup menjadi gangguan untuk mentaati Allah, maka perlu pula berusaha meningkatkan taraf hidup. Kemajuan dan pembangunan umat juga perlu sentiasa dikembangkan. Sempena awal tahun Hijrah 1426, umat Islam perlu membulatkan tekad baru selaras dengan cita-cita dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhan-ku.” (Surah al-Ankabut, ayat 26)

Petikan ini diambil dari http://wadahwanita.blogspot.com/2005/02/lima-asas-hijrah-hadapi-cabaran-era.html

Tuesday, December 23, 2008

Strategi Samudra Biru (Blue Ocean Strategy)

Pengertian strategi samudra biru menurut W. Chan Kim dan Renee Mauborgne:
“Bagaimana membuat ruang pasar yang belum terjelajahi, yang bisa menciptakan permintaan dan memberikan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan. Intinya, bagaimana bersaing dengan tangkas dalam kompetisi; bagaimana secara cerdik membaca persaingan, menyusun strategi dan kerangka kerja yang sistematis guna menciptakan samudra biru”

Definisi yang dikemukakan diatas menjelaskan bahawa strategi samudra biru bukan strategi untuk memenangkan persaingan akan tetapi strategi untuk keluar dari dunia persaingan dengan mencipta ruang pasaran yang baru dan membuat pesaing dan kompetisi menjadi tidak relevan.

Selain samudra biru ada istilah samudra merah yang menjadi kebalikan dari samudra biru. Kebanyakan samudra biru diciptakan dari dalam samudra merah dengan cara memperluas batasan-batasan industri yang sudah ada.

Setiap strategi pasti berisiko, Strategi selalu melibatkan peluang dan risiko, baik inisiatif samudra biru mahupun samudra merah. Oleh karena itu samudra biru memerlukan kerangka kerja analitis untuk mencipta samudra biru dan prinsip-prinsip untuk mengelola risiko secara efektif.. Kerangka kerja analitis tersebut adalah:

1. Kanvas Strategi
Kanvas strategi adalah kerangka aksi sekaligus diagnosis untuk membangun strategi samudra biru yang baik. Kanvas strategi berfungsi untuk merangkum situasi terkini dalam ruang pasar yang sudah dikenal. Kanvas strategi ini akan memberikan sebuah peta untuk memahami faktor-faktor apa yang menjadi ajang persaingan.

2. Kerangka Kerja Empat Langkah
Kerangka kerja empat langkah merupakan alat untuk memperoleh big value berbasis lower cost dan merekontruksi elemen-elemen pembeli dalam membuat kurva nilai baru. Untuk itu, adaempat pertanyaan kunci untuk memnbuat suatu kurva nilai baru
a. Faktor apa saja yang harus dihapuskan dari factor-faktor yang telah diterima begitu saja olej industri?
b. Faktor apa saja yang harus dikurangi hingga dibawah standard industri?
c. Faktor apa saja yang harus ditingkatkan hingga diatas industri?
d. Faktor apa saja belum pernah ditawarkan industri sehingga harus diciptakan?
Pertanyaan-pertanyaan diatas akan memberikan sebauh wawasan baru untuk menciptakan sebuah kurva nilai baru.

3. Skema Hapuskan-Kurangi-Tingkatkan-Ciptakan
Skema ini adalah alat analisis pelengkap bagi kerangka kerja empat langkah. Skema ini mendorong perusahaan untuk tidak hanya menanyakan empat pertanyaan dalam kerangka kerja empat langkath, tetapi mengimplementasikan keempat pernyataan tersebut untuk menciptakan suatu kurva nilai baru. Skema ini meberikan empat manfaat, yaitu :
a. Mendorong perusahaan untuk mengejar perbezaan (differensiasi) dan biaya (kos) murah secara bersamaan
b. Dengan segera menghentam perusahaan yang hanya berfokus pada upaya meningkatkan dan menciptakan
c. Skema ini dengan mudah akan difahami oleh pengurus di setiap peringkat
d. Skema ini mendorong perusahaan untuk menganalisis setiap factor industri yang menjadi ajang kompetisi

4. Tiga Ciri Strategi yang Baik
Sebagaimana ditunjukan oleh kanvas strategi, kurva nilai memiliki tiga kualitas yang saling melengkapi :
a. Fokus
Setiap strategi yang hebat memiliki fokus, dan suatu profil strategis atau kurva nilai perusahaan harus jelas dengan jelas menunjukkan fokus tersebut.
b. Divergensi/Gerak Menjauh
Dengan menciptakan empat langkah kurangi, hilangkan, tambahkan, dan ciptakan, satrategi ini membedakan profile mereka dari profile umum industri
c. Moto yang Memikat
Sebuah strategi yang baik memiliki moto yang jelas dan memikat.

5. Membaca Kurva Nilai
Kanvas strategi memungkinkan perusahaan untuk melihat masa depan dan masa kini. Untuk bisa melakukan ini, perusahaan hars memahami cara membaca kurva nilai. Yang ada dalam suatu kurva nilai adalah banyaknya pengetahuan strategis mengenai status terkini dan masa depan sebuah bisnis.

Monday, December 22, 2008

Penggunaan Content Management System (CMS)

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk seseorang membangunkan dan menguruskan laman web dengan lebih mudah. Jika dahulu laman web dibangunkan dengan menggunakan teknik HTML kini ramai pengurus laman web telah menggunakan teknik pengunaan CMS didalam membangunkan laman web masing-masing.
CMS atau Content Management System merupakan perisian yang boleh dipasangkan didalam Web server untuk memudahkan proses pengurusan sesebuah laman web.

Diantara perisian CMS yang popular dalah seperti Joomla, Drupal, Mambo, Dotnetnuke dan banyak lagi.

Dengan menggunakan kemudahan CMS pengurus lamanweb boleh menguruskan maklumat laman web dengan hanya menaip maklumat yang hendak dikemaskini kedalam ruang yang disediakan, tanpa perlu mengetahui teknik-teknik pengunaan kod HTML.
Sebelum sesebuah CMS boleh dipasangkan, server yang hendak digunakan perlulah mempunyai kemudahan platform yang boleh menyokong perisian CMS yang hendak digunakan.
CMS ini biasanya menggunakan kemudahan PHP, DotNet atau CFM (Cold Fusion).
Kebanyakan CMS yang popular adalah percuma dan boleh dimuat-turunkan didalam laman web masing-masing.

Beberapa Teknologi ICT Terkini

RFID (Radio Field Identification) didalam bentuk pelekat
RFID didalam bentuk stiker membolehkan kemudahan RFID ditambahkan kepada apa-apa sahaja peralatan. Ianya boleh digunakan untuk kemudahan kad loyalti, membuka pintu dan sebagainya.

Pembaca kad kredit ditelefon bimbit
Ramai daripada pengguna menggunakan kemudahan kad kredit semasa pembelian, dan kini terdapat pula banyak kad debit yang telah dikeluarkan. Namun kebanyakan penjual kecilan seperti pasar malam dan juga pemberi kemudahan tidak boleh menerima pembayaran melalui kad kredit atau debit. Kini terdapat kemudahan peralatan yang membolehkan pembaca kad kredit disambungkan kepada telefon bimbit melalui kemudahan Bluetooth.

Saturday, December 20, 2008

Rakyat Malaysia Mewah

Hari ini menemankan anak ke Berjaya Times Square. Sementara menunggu dia, sempat bersiar-siar di Sungai Wang Plaza dan Low Yatt Plaza yang terletak berhampiran. Ramai sungguh orang di kedua-dua plaza berkenaan. Nampaknya mereka berbelanja sakan. Mungkin dah dapat duit bonus hujung tahun ni. Mengikut pakar ekonomi, ekonomi dunia akan merudum pada tahun depan. Oleh itu kenalah sama-sama beringat untuk berhemah dalam berbelanja.