KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Tuesday, March 31, 2009

Kad Pengenalan Anak


Hari ini aku mengambil cuti rehat bagi menguruskan kad pengenalan anak aku yang genap usianya 12 tahun pada 25 Mac lalu (minggu lepas). Aku hampir terlupa kerana kali terakhir proses kad pengenalan anak ialah 5 tahun lalu. Jika melebihi dari sebulan, akan dikenakan denda. Ingatkan prosesnya lama tetapi siap lebih kurang 45 minit sahaja. Aku dan isteri dengan kod 01 di tengah bagi menunjukkan negeri kelahiran ialah Johor, anak sulong aku 08 yang lahir di negeri Perak dan anak kedua dan ketiga dengan kod 06 yang lahir di Pahang. So, kami sekeluarga dari pelbagai negeri.
Aku juga mengambil kesempatan untuk bertanya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara tentang kes murid aku yang sama surat beranaknya dengan murid SK Jalan Bukit sewaktu semakan data Sistem Maklumat Murid dilakukan. Kedua2 surat beranak adalah cabutan (satu tahun 2006 dan satu lagi tahun 2008). Pihak JPN sedia membantu menyemak keesahan surat beranak tersebut kerana aku berpendapat salah seorang penjaga telah menggunakan surat beranak palsu atau melakukan penipuan. Aku telah mengemukakan masalah ini kepada pegawai unit HEM di PPD tetapi buat tak kisah sahaja kerana dia tidak memikirkan implikasi yang akan ditempuhi. Implikasi pertama sewaktu murid ini membuat pendaftaran UPSR nanti. Implikasi kedua membiarkan penipuan berterusan atau mungkin penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara. Implikasi ketiga, jika salah seorang bukan pemilik yang sah surat beranak tersebut maka ia dikira sebagai bukan warganegara dan GB yang membenarkan murid bukan warganegara bersekolah tanpa membayar fees boleh dikenakan tindakan surcaj. Nak kata pegawai PPD ni tak cerdik tak tahu nak kata atau mungkin malas nak menguruskan perkara yang dianggap remeh tetapi sebenarnya amat penting.
Terlanjur bercuti aku mengambil kesempatan ke sekolah rakan di Bandar Tun Hussein Onn bagi membantu makmal komputer sekolahnya. Setelah dikenalpasti masalah dan jalan penyelesaian, aku sekali lagi terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu ini dengan melakukan kerja2 penyelenggaraan di makmal komputer sekolahnya bagi membolehkan ianya digunakan bagi faedah murid2. Itulah kerja2 yang boleh aku lakukan demi membantu rakan2.
TK.

Sunday, March 29, 2009

Hari Minggu

Aku memenuhi masa terluang pada hari ini dengan ke Low Yatt Plaza selepas Zohor. Sepanjang perjalanan keadaan lalu lintas agak lengang dan ia berbeza apabila aku mula memasuki Jalan Imbi. Sudahlah jalan sesak dan ditambah pula kawasan tempat letak kereta penuh. Apabila aku memasuki Low Yatt Plaza, keadaan dalam plaza tersebut amatlah sesak dengan manusia yang menghabiskan masa hujung minggu di plaza ini. Tujuan aku hanyalah untuk menghantar komputer saudara Yusof Rompin untuk dibaiki. Setelah memasuki plaza ini aku mengambil kesempatan meninjau teknologi IT terkini dan bertanya harga laptop yang terbaru kerana anak sulong aku berhajat untuk membeli sebuat laptop. Pelbagai pilihan telah dilihat dan terpulanglah kepadanya untuk membuat keputusan dan setelah diputuskan barulah boleh pergi beli. Ini boleh dilakukan sewaktu aku pergi mengambil komputer saudara Yusof yang sudah siap nanti dalam tempoh seminggu.
Apa yang hendak aku highlightkan disini ialah keadaan ekonomi yang dikatakan merosot sebenarnya tidak meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Ia memberi kesan kepada negara barat dan rakyat negara kita tidak merasai kesannya.

Thursday, March 26, 2009

Diari Minggu Ini

Minggu ini aku agak tidak berkesempatan mencoretkan sesuatu di blog aku. Bermula dari hari Isnin yang sibuk dengan hari pertama persekolahan setelah cuti, Selasa dan Rabu yang terpaksa mengurus dan mengelola kejohanan bolasepak zon, Rabu yang terpaksa menghadiri mesyuarat juga, Khamis (hari ini) yang terpaksa memberi sokongan kepada pasukan KTQ sekolah ke pertandingan peringkat daerah, esok (Jumaat) menghadiri mesyuarat LDP dan seterusnya Sabtu memberi sokongan pula kepada pasukan kawad kaki dalam pertandingan serta serentak perlu mengambil biras yang balik dari US pada petang Sabtu ini.
Keterpaksaan yang aku maksudkan bukanlah sesuatu yang tidak mahu dilakukan tetapi merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan disamping memberi dorongan dan sokongan kepada organisasi.
Oleh itu aku tidak dapat menulis lanjut tentang sesuatu yang boleh dikongsi bersama. Insya-Allah ada kesempatan aku akan mencoretkan sesuatu di blog aku ini.

Tuesday, March 17, 2009

Syukur Alhamdulillah

Monday, March 16, 2009

Aku dan Sabri

Konvokesyen On 16th. Mac 2009

Friday, March 13, 2009

Maulidur Rasul, Majlis Perpisahan Dan Tugas Seterusnya

Hari ini aku menganjurkan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Hajat tu nak berarak tetapi tidak kesampaian kerana cuaca hujan sehingga waktu tengah hari. So, aktiviti berlegar sekitar dalam dewan sahaja. Disamping itu badan kebajikan guru sekolah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk 3 orang guru dan 1 orang staf yang telah bertukar dan akan bertukar sama ada setara dan naik pangkat.
Selesai solat jumaat, aku terus terpaksa menghadiri mesyuarat PKG yang membincangkan pelaporan aktiviti 2008 dan perancangan aktiviti 2009. Seterusnya esok aku akan terus ke Pusat Kokurikulum Negeri Selangor untuk memastikan tugas jawatankuasa kecil urus setia dan pendaftaran yang dipertanggungjawabkan kepada sekolah aku dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh PK Kokurikulum dan ahli jawatankuasanya kerana esok merupakan hari ketibaan semua kontinjen negeri. Yang pastinya malam ini aku keseorangan kerana isteri dan anak aku pulang ke kampung di Muar serta aku tidak dapat menemaninya. Inilah kali pertama isteri aku memandu sendiri untuk pulang ke kampung tapi tidak merisaukan aku kerana anak sulong aku menemaninya dan boleh bergilir memandu. Semoga mereka selamat tiba dan kembali. TK.