KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Sunday, August 30, 2009

Soalan Nilai Tambah UPSR

Salam rakan2,

Saya telah memperoleh soalan tersebut hasil dari sumbangan saudara Sabri. Saya telahpun scan dan email kepada beberapa rakan yang sering ada rangkaian dengan saya. Kepada rakan2 lain yang inginkan soalan tersebut, sila email kepada saya di afarisj@yahoo.com dan saya akan emailkan soalan tersebut.

Terima kasih.

Friday, August 28, 2009

Berbuka Puasa

Aku baru selesai menghadiri kolokium. Sementara menanti waktu berbuka, aku cuba menjengah blog dan mencoretkan sesuatu. Hari ini terpaksa berbuka puasa di Tg Malim aje. Apa menu yang hendak dibuat berbuka tak tahu lagi. Kejap lagi ingatkan nak ronda2 bazar Ramadhan di Tg Malim ni tapi tak tahu dimana. Ah... cari ajelah. Berbuka sendirian sekadar makan apa sahaja yang ada. Dan yang paling mudah, order aje menu di kedai. Malamnya pula aku bercadang untuk mengerjakan solat tarawikh di masjid Tg Malim. Inilah peluang bagi aku meninjau keadaan di masjid ini.
Selamat Berbuka Puasa kepada semua rakan2 yang mengenali.

Thursday, August 27, 2009

Kolokium Pengajian Siswazah

Kuliah pada petang dan malam esok ditiadakan tetapi diwajibkan menghadiri kolokium pengajian siswazah yang bermula pukul 2.45 petang hingga 5.00 petang. Yang diralatkan ialah kuliah pada pagi Sabtu tetap berjalan seperti biasa. Ini bermakna terpaksa stay back juga dan tak boleh balik. Jadi, aku terpaksa berbuka puasa di kedai saja esok atau di masjid aje. Malamnya pula kerana tiada kuliah, kesempatan bagi aku bersolat tarawikh di masjid Tanjung Malim aje.
Kolokium ini adalah bagi mereka yang hendak Viva dan terpaksa membentangkan tesis mereka. Inilah peluang kalau nak tanya macam-macam sampai mereka terduduk tak boleh jawab. Tapi... kesian juga ya. Nanti bila tiba giliran kita, tercungap2 nanti. Semoga perjalanan aku pada minggu ini akan lancar selancar perjalanan bulan Ramadhan ini.

Tuesday, August 25, 2009

Fadhilat Zikir

Sewaktu menghadiri solat tarawikh di surau taman aku, tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan dengan zikir. Lantas sebelum aku memulakan menaip assignment aku, aku cuba mencari sedikit maklumat tentang fadhilat zikir ini dan aku terjumpanya dalam salah satu blog yang aku rasa agak penting dan perlu sama2 kita membacanya.


Hadis 1

Abu Hurairah . a memberitahu bahawa Rasulullah s. a. w pernah bersabda, ALLAH s. w. t berfirman: Sesungguhnya. Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.

Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. ALLAh berfirman:”Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya.” maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari ALLAH s. w. t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat ALLAH s. w. t. Kemungkinan besar ALLAh s. w. t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

Hadis 2

Baginda Nabi s. a. w menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul-maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, “Apakah hal kamu ini?” Jawabnya, ” Ya Rasulullah aku mengharapkan rahmat ALLAH dan aku takut denganNya kerana dosa-dosa ku.” Sabda Baginda,” Jika kedua-dua ini (yakni harapan dan ketakutan) didapati di dalam keadaan seperti ini, maka nescaya ALLAH s. w. t mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti.”(JAMI’UL FAWA’ID)

Diberitahukan di dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap terhadap maksiatnya, seolah-olah orang itu berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka yang menganggap terhadap dosanya, seolah-olah seekor lalat yang berada di sampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, yakni orang itu tidak memperdulikan langsung mengenai dosa-dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu mestilah merasa takut terhadap maksiat menurut keadaan maksiat-maksiat itu dan juga mengharapkan rahmat menurut keadaannya pula.

Hadis 3

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat . a berkata: “Ya Rasulullah s. a. w hukumhukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku,” Baginda s. a. w bersabda:” Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah.”

Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz . a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:” Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda:”Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia.”

Semasa berpisah maksudnya ialah baginda s. a. w mengtus hazrat Muaz . a selaku gabenor ke Yaman untuk menyampaikan dakwah dan taklim di sana. Di waktu Muaz . a hendak berangkat, baginda s. a. w memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah kepada baginda s. a. w termasuklah masalah yang tertera di atas.

Hadis 4

Di dalam satu hadis dilaporkan bahawa baginda s. a. w ada bersabda: “Barang siapa yang di dapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Pertama, lidah yang senantiasa basah dengan berzikir. Kedua, hati yang senantiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota-anggota tubuh yang senantiasa menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya.” Mengkhianati maruah maknanya mengerjakan sesuatu kemaksiatan. Lidah yang basah maksudnya telah pun diterangkan oleh ulama-ulama sebagai membanyakkan. Ini adalah merupakan simpulan bahasa, menurut kebiasaan, apakala seseorang memuji atau menyebut nama seseorang yang lain dengan sebanyak-banyaknya, maka dikatakan bahawa lidah sifulan telah dibasahi dengan memuji sianu.

Tetapi pada pandangan saya yang hina-dina ini, jika seseorang jatuh dalam percintaan maka lidahnya akan merasai kemanisan dan kelazatan hanya dengan menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini tentu dirasai oleh orang yang pernah jatuh dalam percintaan. Oleh itu, maksudnya sudah jelas iaitu hendaknya menyebut nama ALLAH yang Maha Suci sehinggalah kelazatannya dapat dirasai oleh lidah orang yang menyebutnya.

Hadis 5

Abu Darda . a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya . a. “Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?” Sabdanya:”Zikrullah.”

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

Hadis 6

Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi
(zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah).Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terkontek (terhubung) dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala inadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Hadis 7

Abu Said Al-Khudri . a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s. a. w pernah bersabda: “Berappa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s. w. t di kasur yang empuk yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga.”

Mengenai penderitaan dan kesulitan di dunia menyebabkan (manusia) mendapat darjat yang tertinggi di alam akhirat. Sebanyak penderitaan yang dialami di dunia ini kerana agama. Setinggi itulah martabatnya dipernaikkan di akhirat kecuali zikrullah yang maha suci yang keberkatannya menyebabkan (manusia) mencapai ketinggian martabat walau dikerjakan di atas kasur-kasur yang empuk sekalipun.

Rasulullah s. a. w juga pernah bersabda: “Jika sekiranya kamu senantiasa dengan berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan denganmu dijalan-jalan dan tempat tidur kamu.”

Hadis 8

Dilapurkan dalam sebuah hadis lagi bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: ” Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri.” Para sahabat bertanya: “Siapakah yang unggul sendiri ya Rasulullah?” baginda Rasulullah s. a. w bersabda:” Ialah mereka yang menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya (yakni orang-orang yang senantiasa sibuk dengan zikrullah).”

Dengan memandangkan hadis ini ulama-ualama tasauf menulis bahawa tidaklah harus seorang pemerintah dan para hartawan ditegah daripada zikrullah kerana dengan zikrullah itu mungkin mereka mencapai ketinggian martabat (pada sisi ALLAH).

Hazrat Abu Darda . a berkata:” Kamu hendaklah mengingati ALLAH dalam kesenangan dan kelapangan nescaya ALLAH akan mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan.”

Hadis 9

Abu Musa . a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: “Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.”

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s. a. w bersabda: “Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s. w. t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka.”

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: “Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya.”

Sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah tertuju kepada laba dan ruginya yakni barang siapa yang menyakiti orang yang berzikir itu adalah seperti menyakiti orang yang hidup, maka ia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat perbuatannya itu. Dan barang siapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang menyakiti oarang yang sudah mati yakni orang yang sudah mati itu tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu.

Hadis 10

Abu Musa . a memberitahukan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: “Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan (kerana ALLAH) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih utama (daripada oarang yang membelanjakan wangnya kepada jalan ALLAH).”

Sunguhpun membelanjakan harta pada jalan ALLAH adalah satu amalan yang terafdal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaanya pada jalan ALLAH dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati ALLAH s. w. t. Di dalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa ALLAH s. w. t juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kekurniaan yang lebih besar daripada taufik untuk berzikir.

Hadis 11

Dilapurkan dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: “Sebaik-baik hamba ALLAH ialah yang senantiasa mengawasi peredaran bulan, matahari, bintang-bintang dan bayang-bayangannya buat menentukan waktu untuk berzikir.”

Sesungguhnya dewasa ini manusia menggunakan jam, taqwim dan lain-lainnya namun peredaran masa menerusi peredaran bulan dan matahari lebih manafaat. Jika sekiranya jam rosak atau waktunya tidak tepat maka boleh menggunakan taqwim syamsi tadi agar masa yang

Sunday, August 23, 2009

Fadhilat Tarawikh Bulan Ramadhan

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.


Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: “ Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “ Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” ( Majalis )Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen.

Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar.Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه


Maksudnya: “ Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ( pahala daripada Allah ), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama inu turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak



Esok semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Suatu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan disamping ibadah2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku terpaksa menghadapinya dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apa yang aku doakan agar diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia ini bagi melakukan ibadah mengikut kemampuan diri.

Kepada semua rakan2 yang mengenali diriku secara dalaman atau luaran, aku mengambil kesempatan memohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang kita mengenali satu sama lain, sepanjang berblog, sepanjang masa berbual, sepanjang masa bersama dan sepanjang bersama2 dalam apa jua keadaan.

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak. Amin.

Thursday, August 20, 2009

Penghayatan Bulan Kemerdekaan Ke-52

Aku menghadiri program tersebut yang diadakan di Kg Jawa, Batu 18, Hulu Langat yang melibatkan sasterawan negara Datuk A. Samad Said, Pegawai Daerah dan ketua-ketua agensi kerajaan di peringkat daerah. Kumpulan sasar yang hadir pastilah guru dan murid sekolah yang senang dikerah ke sana dan kemari. Program sangat meriah dan menarik.

Kehadiran tetamu yang ramai.