Thursday, April 30, 2009

Destinasi

Hujung minggu ini yang bermula esok memberi ruang masa cuti selama 3 hari yang bermula dengan Cuti Hari Pekerja. Destinasi yang dirancang adalah untuk pulang ke Muar (rumah mertua) kerana sudah agak lama tidak pulang ke sana. Tiba-tiba isteri kata tak payah pulak kerana abangnya akan pulang esok bagi mengambil mak mertua aku tu untuk dibawa ke Kajang. So kami mengambil keputusan tidak pulang ke Muar. Tapi ke mana?????? Kebetulan anak lelaki aku pulang dari asrama dan ini bermakna kami dapat berkumpul sekeluarga. Terfikir juga aku untuk membawa keluarga aku ke suatu destinasi untuk tujuan riadah tetapi ke mana? Aku rasa tidak perlu dirancang tetapi mengikut kehendak anak2 aku pada hari esok. Oleh itu destinasi aku masih lagi menjadi tanda tanya...... Ke mana?? Berapa lama?? Tujuan apa?? Hanya esok soalan ini dapat dijawab. Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di seluruh Malaysia terutama rakan2 ku semua.
TK.

2 komen:

Hang pi kat air terjun gabai...picnic situ ris....petang singgah surau dusun tua..hang celup pulak budak budak tu dalam air panas.. tak jauh tapi best...tayar kereta botak..aku kena tukar..jadi kau faham faham saja lah kan..hahaha

abeh kau dah berada kat mane sekarang ni faris? moga bergembira bersama keluarga dan bertambah2 lg kemesraan dan kasih sayang terutama kat isteri kau tu...

jgn2 nakal2, hehehe