Tuesday, November 24, 2009

Ibadah Korban

Dalam kita semua melakukan ibadah korban, falsafah utama disebaliknya perlu dihayati. Perkara utama disebalik ibadah ini ialah ia adalah manifestasi taqwa kepada Allah SWT. Rugilah jika kita melakukan korban kerana sudah menjadi adat sebagai orang yang mampu berkorban, menunjuk-nunjuk atau apa sahaja alasan yang lain daripada kerana mendapat keredhaan Allah Taala. Allah Taala menjelaskan tentang taqwalah yang menjadi tuntutanNya dalam pelaksanaan ibadah ini. Firman Allah dalam Surah al-Hajj, Ayat 36-37 yang bermaksud

Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya ketika terikat; maka apabila ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan beri makanlah kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.


Selamat menjalani ibadah Korban.