Aku mula terasa bahawa waktu selama 24 jam tidak mencukupi kerana banyak perkara tidak sempat untuk aku lakukan. Antara tugas, belajar dan rehat merupakan sesuatu yang teratur kini dalam hidup seharian aku sehingga aku gagal menyiapkan tugasan untuk dihantar esok dan terpaksalah minta tangguh dengan pensyarah terlibat.
Disamping itu, aku terpaksa menghadapi date line untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar minggu depan (21 Julai 2010 dalam bengkel yang diadakan) dan ini bermakna rancangan aku untuk ke Sarawak tak dapat dilaksanakan. Adakah aku efisien sekarang? Atau aku gagal mengurus masa dengan sebaik mungkin? Apa yang pasti, aku terpaksa menanggung kerja yang tidak disempurnakan oleh orang terdahulu.
Kesempatan yang sekelumit ini aku ambil bagi melakukan updating blog aku ni. Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
5 months ago
15 komen:
Tarik nafas, lakukan ikut perancangan yang telah dibuat. Itu bukan gagal namanya, cuma keadaan jadi begitu sebab kerja terlalu banyak. Take ur time
faris,
ko tak cukup 24 jam sehari ye, ko nak bape jam lagi?, meh dtg jumpa aku kat sekolah kampung ni, nt aku bagi ler ko beberape jam....
hehe
ada sebuah hadis yg berbunyi lebih kurang begini.."bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya".
maksud hadis ni yg aku belajar ialah kerja dunia boleh ditangguhkan kerana lama lagi akan hidup tapi kerja akhirat jgn ditangguh2 kerana mati itu terlalu dekat. cth sembahyang bila masuk je waktu terus buat, jgn tunggu hingga nak msk asar. begitulah dlm hal2 lain.
jadi buatlah pilihan yg tepat.
ada..ada lebih dari 24 jam. ko pakai jam jenama 25 hours. ada la 25 jam pada ko.
24 jam tu ko bahagi dgn 3, maka ko akan dpt 8 jam. 8 jam utk kerja profesion ko, 8 jam utk kerja master ko dan lapan jam lagi utk keluarga ko ( termasuk rutin harian ) kan cukup kan...kan...
aku mmg pandai bahagi kan masa utk org lain,tapi kekadang aku pun tak ada masa. heheeee biasalaaaaa.
Cikgu Aida,
Dah tarik nafas panjang2 tapi kadang kala terputus juga. Sedang cuba sebaik mungkin sekarang ni. Thanks for your support.
Cop,
Aku percaya kau boleh bahagi lebih dari 24 jam berdasarkan pengalaman kau di dua rumah. Nnti aku dtg menuntut. He he he ...
Betul tu PPGB05, amalan wajib jangan ditinggalkan.
Orang biasa,
Kat mane nk beli jam jenama 25 hour tu? Kalau boleh tolong belikan, lagi bagus. Ha ha ha...
kat kedai jam le. tak kan kat kedai keropok kut.
hehheheeeee.
biasalah faris..kau dalam proses penyesuaian tu.lama kelamaan stabil lah tu.kalau tak ada keje pun tak best jg kan...
orang biasa,
sekarang ni dh byk multi market. tak pelik kalau di kedai keropok ada jual jam tu. he he he ....
JM,
Masih dlm penyesuaian lagi. Tak tahan sekrg ni menanggung kerja2 yang tak disiapkan org sebelum ini. Byk sgt nk diperbaiki.
faris..senang aje nak settle tu semua. mana pegi org lama tu? dlm nota serah tugas tu ada dinyatakan ke tidak tugas2 yg lum diselesaikan.
bior dia aje yg selesaikan. kalau tak boleh minta tolong zorro zaaapkan.mana pegi zorro ni haaa.
orang biasa,
pergi tinggal bodoh aje. nota serah tugas pun ringkas aje.
tu lah kalau kje tak betul2..asik tinggal tahi jg kat org belakang.tak pe faris.kau kan pakar clear...hehehe
Post a Comment