Saturday, July 3, 2010

Musim Bola Sepak Piala Dunia Dah Nak Sampai Ke Puncak

Musim bola sepak Piala Dunia 2010 dah nak hampir sampai ke puncak. Pasukan2 yang bertanding telah menunjukkan kehebatannya. Beberapa pasukan pilihan dah ada yang tewas. Pasukan2 yang menonjol telah menunjukkan kewibawaannya. Baik dimana jua, siapa saja dan pada bila2 masa semua orang membicarakannya.
Aku tidak terkecuali. Sedikit sebanyak telah mengganggu gugat konsentrasi kuliah yang aku hadiri dan melewatkan tugasan yang perlu disiapkan. Oleh kerana kehebatannya hanya datang sekali dalam tempoh 4 tahun, aku tidak ketinggalan untuk menontonnya.
Apa yang penting, disinilah kita boleh lihat kepimpinan seseorang jurulatih dalam mengemudi pasukannya. Bagaimana semangat pasukan membantu dalam mencapai kejayaan. Bagaimana pula juga seseorang mengawal emosi dan perasaannya sebagai pemain dan juga kita sebagai penonton. Kemunculan acara2 sampingan yang bertujuan mengaut keuntungan juga tidak dapat dielakkan seperti judi, perniagaan cenderamata, penaja2 yang ingin melariskan barangan mereka dan tidak dapat dielakkan pengurus2 pasukan yang meninjau untuk membeli pemain bagi pasukan mereka. Itulah bola sepak yang mempunyai nilai komersil yang begitu tinggi sehingga semua pihak dapat mengaut keuntungan, memuaskan hati dan perasaan, menangguk di air keruh dan apa saja yang boleh memberi manfaat. Tidak kurang juga yang memberikan impak negatif hasil daripadanya.
Selamat menonton perlawanan2 sehingga ke final dan jangan lupa fikirkan bersama kesan2 sampingannya,

6 komen:

siapa yg reka permainan ni haa. satu bole ramai2 rebut.wat apa...bagi seorg satu bola, pakat bawa ramai dan cuba skor....baru leh test power gol keeper. tak gitu....? heheheheee.

mai kita cuba ubah peraturan permainan bole ni.....

hand ball,
cuba cipta satu permainan baru untuk cadangan ini. perkenalkan dan jadikan dia acara peringkat dunia. baru ada kreativiti... he he he ...

isyk..isyk..mana boleh peringkat dunia. peringkat dlm bilik boleh le. heheheee...

Head Ball,
Kalau dh guna nama head ball, mmg sah boleh dlm bilik. Ha ha ha

mari ramai2 kita lihat...sapa yg kena? si paul sotong kurita tu betul atau silap ramal.

kalau silap siap le kau sotong.. nanti dibuat sotong ball le kau tu.