Monday, February 13, 2012

Akhirnya Tamat ................

Salam,

Setelah hampir 2 tahun lebih bergelumang berbekalkan kudrat dan semangat yang masih ada aku telah berjaya juga menamatkan pengajian. Kemampuan di usia yang agak lewat bukan menjadi penghalang kepada diriku kerana aku bersandarkan kepada semangat juang mereka yang lebih berusia daripada aku.

Kesemuanya 11 kertas dengan 36 jam kredit telah berjaya aku lalui. Dari 11 kertas, aku berjaya memperoleh A bagi 9 kertas dan A- bagi 2 kertas dengan 3 semester mendapat GPA 4. Secara keseluruhannya aku hanya berjaya mencapai setakat 3.93 CGPA dan setakat itulah kemampuan yang dapat aku capai. Apa yang menggembirakan aku apabila status pada slip keputusan akhir menyatakan bahawa ANDA TELAH BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN. Itulah ayat keramat yang memberikan aku kepuasan yang tidak dapat digambarkan kerana aku boleh berjaya seperti orang lain.

Semangat aku sekali lagi dibakar dan diuji supaya meneruskan lagi apa yang aku usahakan. Aku sendiri sedang mencongak dari segi kemampuan kewangan dengan anak-anak yang memerlukan perbelanjaan yang lebih, kesihatan badan yang semakin terbatas, kekuatan fizikal yang semakin menurun dan kekuatan minda yang tidak seberapa. Namun begitu semangat aku sentiasa membara dan hasrat untuk meneruskan ke satu peringkat akhir menjadi perkiraan aku. Mampukah aku??????????

15 komen:

alhamdulillah, tahniah tahniah tahniah!!!!

Cop, terima kasih. Kau bila lagi??? Sambutlah.......

tahniah faris..kau dah berjaya...aku akan menrut jejak langkah kau sebab aku nak...sedut...nota kau kah kah kah...apapun. aku masih mendapat ayat...lulus dan boleh meneruskan pengajian...terus kan ke UKM 9750...sedap kalau panggil Dr Faris

KK, TK byk2. Nota dh tak ada. Semuanya dh ada dlm kepala sejak dh lepas satu tangga lagi. Ha ha ha .... Besar cabaran 9750 tu KK. Kalau MA mcm di hospital tu pun ok juga....... Apa yang penting kau kena capai TAMAT PENGAJIAN tu KK.

faris,
aku dah lama dpt masters la tp bab lain ler.....huhu

Betullah tu Cop. Kau dh dapat 2 sijil....... he he he ..... sijil dot dot dot.

aku pun dapat master juga...tapi masterji je...

tahniah faris.aku percaya ko ...."tentu sikit pun tak tiru kan",,,

ayat ni buat aku teringat kpd pak ya.
dulu dia pernah kata"sikiiiit pun tak tiru...tapi banyaaaaak tu ada le." heheheeeeeeeeee...

salam. tahniah dan semoga berjaya seterusnya.

TG, tak ada peluang meniru kerana tak ada jawapan pun dalam buku atau nota. Semuanya soalan aplikasi dan analisis. Tak ada macam first degree yang perlu menghafal dan mengingat. Kepintaran berhujah dan mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu teori dan situasi semasa adalah intipati.

Oleh itu sesiapa yang menyambung pelajaran di peringkat ini, kepintaran dan kecerdikan bukanlah kunci utama kejayaan. Sebaliknya penggunaan akal adalah menjadi keutamaan. Jika ianya berjaya dilalui tanpa sebarang masalah, tidak menjadi kesukaran jika ingin meneruskan pengajian lagi.

Zaman macam Pak Ya dah tak ada di peringkat ini. Bila lagi kau nak sambung? Insya-Allah aku dan Mahani akan teruskan lagi tetapi kali ini mungkin di U berhampiran dengan rumah dan cukuplah di UPSI.

Ayuh rakan2 lain teruskan perjuangan.

Aisyah, terima kasih dan doa rakan2 adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan saya dan Mahani.

TQ, faris kerana memberi semangat...tapi aku rasa tak sambung kut.
masa aku setiap sabtu dipenuhi dgn menghadiri sedikit pengajian ilmu dunia n akhirat....itu pun kadang kala miss kerana kesibukkan aktiviti sekolah hari sabtu.
tapi ilmu ni tak de master atau phd.Tapi aku rasa tak rugi...sebab ianya tetap ilmu kan,,kan...cuma aku tak pasti ilmu ni guna akai 100%tak? sebab kadangkala ianya tak dapat diterangkan dgn logik akal.
kalau nak berhujah tentang logik akal ni panjang cite nya pulak. heheheeeeee...sekali lagi teringat aku pada kata-kata pak ya "tak ada akai ka?"

Congratulations on yoiur fine performance. It gives a great personal satisfaction. Let this be translated into something more tangible from which others will benefit. Otherwise, as they say ,' ... the path of glory leads but to the grave .....' - syok sendiri.

Tahniah Faris....kau bawa obor kumpulan kita..kami semua tumpang gembira...Boleh teruskan lagi tu..Tenaga ada lagi tu...

Tahniah Faris. Konvo nanti masukkan gambar-gambar kamu dalam blog. kami tumpang gembira kamu dan Mahani dapat Master....Teruskan ke PHD. Saya doakan kamu terus berjaya.

Tahniah Faris. Konvo nanti masukkan gambar-gambar kamu dalam blog. kami tumpang gembira kamu dan Mahani dapat Master....Teruskan ke PHD. Saya doakan kamu terus berjaya.