KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.

Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.

16 Oktober 2009 (Jumaat)
- Bertolak ke Kuantan
- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur
- Bermalam di Kuantan

17 Oktober 2009 (Sabtu)
- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api
- Meraikan Hari Lahir Along
- Menjejak kasih di Kuantan
- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar, keropok lekor dan lain-lain
- Bertolak balik ke Rompin
- Kenduri doa selamat selepas Isyak

18 Oktober 2009 (Ahad)
- Jamuan Rumah Terbuka adik aku
- Petang bertolak balik ke Kajang

Thursday, October 15, 2009

Happy Deepavali



Happy Deepavali to all my Indian friends all over Malaysia. Especially :
1. Valarmathi - Under graduate friend
2. Perumal, Richard, Meganathan, Ravichandran, Thana and all post graduate friends
3. Sreelatha and Saraswathi - my staff (teacher)
4. All my Indian pupils

And all who know me. Happy Deepavali and have a nice celebration. Thanks.

Tuesday, October 13, 2009

Ubah Suai Template

Aku sudah mempunyai sedikit kelapangan waktu dan kelapangan ini aku gunakan bagi melakukan pengubahsuaian blog seperti kita selalu mengubahsuai kereta atau rumah. Matlamatnya supaya lebih kelihatan anggun dan menarik. Mungkin rakan2 boleh memberi sedikit komen dan pengubahsuaian ini masih belum siap sepenuhnya.

Sunday, October 11, 2009

Ketenangan dan Kemerdekaan



Alhamdulillah kerana hari ini aku telah menamatkan paper terakhir exam. Paper hari ini adalah kepimpinan pendidikan dan aku berpuas hati menjawab walaupun masa tidak mencukupi dan jawapan aku masih tidak sempurna lantaran terlalu banyak idea yang nak dititipkan.
Namun begitu aku tidak berpuas hati sewaktu menjawab paper kaedah penyelidikan kerana aku hilang konsentrasi dan banyak point penting aku tak dapat ingat kerana disebabkan kesibukan berkursus, menyiapkan tugasan dan pelbagai lagi. Harapan aku supaya ianya dapat memuaskan hati pensyarah.
Kini aku tenang dari kesibukan belajar dan merdeka buat sementara waktu. Dalam diam rupanya aku telahpun berjaya menamatkan satu semester dan berdebar menantikan keputusannya. Aku akan bergelumang semula pada bulan Disember nanti. Rasanya aku ingin berehat dari keletihan belajar sehingga memulakan semester kedua nanti.


Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Yusof kerana sudi bertemu dengan aku di UPSI, sama2 bermalam dan sama2 bersarapan pagi. Disinilah kenalan2 semakin bertambah walaupun berlainan bidang. Nasi lemak sambal kerang di gerai ni best wow..... Betul tak Sof.

Thursday, October 8, 2009

Terkapai-kapai

Hari ini dah merupakan hari Khamis. Aku masih belum dapat menyiapkan dengan sempurna dua tugasan yang perlu dihantar esok. Yang lebih tertekan adalah bila belum berkesempatan membaca. Ditambah pula dengan kursus yang terpaksa dihadiri.
Alamak!!! Macam mana ni???? Ketenangan diri sahaja yang mampu membuatkan aku mampu melakukannya.
Ini dah kira masuk masa kecederaan jika dalam permainan bola sepak. Pokok pangkalnya semua itu mesti diselesaikan dan akhirnya nanti aku terpaksa menjawab soalan peperiksaan mengikut kadar kemampuan yang tahu sahaja. Inilah susahnya bila belajar secara part time.

Sunday, October 4, 2009

Beberapa Gambar Koleksi Hari Raya

Sebaik pulang dari kampung pada minggu lepas, saudara Yusof dan rakan2nya sempat hadir ke rumah aku. Terima kasih kepadanya kerana sudi hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya.

Saudara Yusof dan rakan2nya sewaktu ke rumah aku pada 26 Sept


Saudara Yusof di rumah aku pada 26 Sept


Pada hari ini, walaupun sibuk dengan persiapan exam, aku masih berkesempatan menziarahi Mak Long aku di Pandamaran, Klang, Selangor sempena aidil fitri. Selepas ke rumahnya, aku membawa keluarga aku ke Pantai Sungai Sembilang, Jeram, Selangor bagi menikmati ikan bakar dan lain2 juadah di situ kerana dah agak lama tak menikmatinya.

Aku, isteri dan anak lelaki di Pantai Sungai Sembilang, Jeram, Selangor


Isteri dan anak2 di Pantai Sungai Sembilang, Jeram, Selangor


Huuh.... sedap dan menyelerakan ikan bakar, sotong bakar dan udang bakar ni.....


Dah licin pinggan dan tinggal tulang2 aje....

Kami tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Walaupun kepenatan dan keletihan, aku terpaksa gagahkan semangat dan mata untuk menaip dan mencari maklumat bagi menghadapi peperiksaan.

Fokus

Mulai 9 hingga 11 Oktober aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1. Pastinya banyak persiapan perlu dilakukan terutamanya study. Memang aku kena pulun study kerana aku masih tidak membuat sebarang persiapan. Selain peperiksaan akhir, aku terpaksa menyiapkan tugasan kumpulan yang juga perlu dihantar pada 9 Okt. Tak boleh tangguh kerana kalau tak hantar, hilang carry mark tu. Dan satu perkara lagi kena jawab dan hantar juga take home test pada 9 Okt juga. Kalau diikutkan tension, memang tension kerana serentak pada minggu ini nanti aku terpaksa menghadiri kursus pada 6-9 Okt di Hotel Concord Inn, KLIA. Beginilah cabaran yang terpaksa aku lalui tetapi aku akan tetap melangkah dengan penuh semangat yang kental.