Sunday, October 4, 2009

Fokus

Mulai 9 hingga 11 Oktober aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1. Pastinya banyak persiapan perlu dilakukan terutamanya study. Memang aku kena pulun study kerana aku masih tidak membuat sebarang persiapan. Selain peperiksaan akhir, aku terpaksa menyiapkan tugasan kumpulan yang juga perlu dihantar pada 9 Okt. Tak boleh tangguh kerana kalau tak hantar, hilang carry mark tu. Dan satu perkara lagi kena jawab dan hantar juga take home test pada 9 Okt juga. Kalau diikutkan tension, memang tension kerana serentak pada minggu ini nanti aku terpaksa menghadiri kursus pada 6-9 Okt di Hotel Concord Inn, KLIA. Beginilah cabaran yang terpaksa aku lalui tetapi aku akan tetap melangkah dengan penuh semangat yang kental.

3 komen:

Tahniah sahabat,

Nampaknya semangat juang mantap dan kental tetapi kesihatan perlu dijaga jugak.

Tegang dan stress adalah perkara biasa bagi seorang dynamist seperti sahabat.

Akupun sering dan sedang mengalaminya demi mahu menjadi dynamist dalam menimba ilmu, kerjaya dan kehidupan.

Teruskan langkah ke arah kejayaan. Sahabat adalah orang yang boleh berada di mana-mana. Di sini mahupun di sana. Tahniah !

go..cikgu faris..go... alah bisa tegal biasa. selamat mengerjakan assigment n study 4 exam. kami exam agi...

faris
maaf nyusahkan kau lagi
url aku http://asemblaj.blogspot.com dah nak buat camana...gatal tangan