KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Thursday, April 30, 2009

Destinasi

Hujung minggu ini yang bermula esok memberi ruang masa cuti selama 3 hari yang bermula dengan Cuti Hari Pekerja. Destinasi yang dirancang adalah untuk pulang ke Muar (rumah mertua) kerana sudah agak lama tidak pulang ke sana. Tiba-tiba isteri kata tak payah pulak kerana abangnya akan pulang esok bagi mengambil mak mertua aku tu untuk dibawa ke Kajang. So kami mengambil keputusan tidak pulang ke Muar. Tapi ke mana?????? Kebetulan anak lelaki aku pulang dari asrama dan ini bermakna kami dapat berkumpul sekeluarga. Terfikir juga aku untuk membawa keluarga aku ke suatu destinasi untuk tujuan riadah tetapi ke mana? Aku rasa tidak perlu dirancang tetapi mengikut kehendak anak2 aku pada hari esok. Oleh itu destinasi aku masih lagi menjadi tanda tanya...... Ke mana?? Berapa lama?? Tujuan apa?? Hanya esok soalan ini dapat dijawab. Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di seluruh Malaysia terutama rakan2 ku semua.
TK.

Friday, April 24, 2009

Kepengikutan

Kelly (1992) menyatakan para pengikut merupakan kuasa penting di belakang produktiviti organisasi. Lundin dan Lancaster (1990) menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak boleh berjaya kecuali mereka boleh mewujudkan satu kumpulan pengikut yang taat, berkebolehan dan berpengetahuan.
Saya tertarik dengan pandangan Kelly (1992) yang mengkategorikan pengikut kepada LIMA kumpulan yang berbeza iaitu :
1. "alienated" - berfikiran bebas & kritikal ttpi kurang dlm perhubungan akibat daripada perasaan tidak puas hati dengan persetujuan kerana kekecewaannya terhadap pemimpin dan organisasi. Disokong oleh Brown dan Thornborrow (1996), mereka ini berfikiran bebas dan kritikal tetapi begitu pasif dlm melaksanakan tugasnya. Ia merupakan pengikut yang "switch off" dan jarang menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap kepimpinan.
2. "conformist" - berlawanan dgn "alienated". Kdg2 disebut pak sanggup atau lurus bendul. Kumpulan ini lebih ceria. Bergantung sepenuhnya kepada pemimpin untuk memperolehi inspirasi.
3. "pragmatist" - berlegar-legar di pertengahan jalan. Kurang mempersoalan pemimpinnya. Berpegang kepada slogan lebih baik selamat daripada menanggung penyesalan. Bijak ikhtiar hidup dlm keadaan yang berubah. Dikenali juga sebagai kumpulan yg duduk di atas pagar seolah2 seperti seekor chameleon
4. "passive" - tidak berfikir utk diri sendiri malah tidak langsung aktif di dalam organisasi. Tidak kritikal, kurang inisiatif serta kurang bertanggungjawab.
5. "exemplary" - ciri2 pengikut contoh. Pemikir kritikal yg tetap dan sememangnya terlibat secara aktif dlm organisasi. Pengikut efektif dan mempunyai kebolehan berfikir serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tenaga dan asertif yang tinggi. Mereka selalunya "risk takers" dan "self-starters" yang boleh menyelesaikan masalah bersendirian

Ini adalah sebahagian bacaan jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang telah saya dapat dan dikongsi bersama. TK.

Thursday, April 23, 2009

Komunikasi

Terdapat 126 definisi komunikasi yang dapat dikumpulkan oleh Frank E.X. Dance. Semuanya setelah dirangkum dapat dikategorikan kepada 15 komponen konseptual iaitu:
1. Simbol/verbal/ujaran, komunikasi adalah pertukaran fikiran atau gagasan secara verbal. (Hoben, 1954)
2. Pengertian/pemahaman, proses di mana kita memahami dan difahami orang lain. Komunikasi merupakan proses yang dinamis dan secara konstan berubah sesuai dengan situasi yang berlaku. (Anderson, 1959)
3. Interaksi/hubungan/proses sosial. Interaksi adalah pewujudan komunikasi. Tanpa komunikasi tidak akan terjadi interaksi. (Mead, 1963)
4. Pengurangan rasa ketidakpastian. Komunikasi timbul didorong oleh keperluan untuk mengurangi ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego. (Burnland, 1964)
5. Proses, komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dll. melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka dll.
6. Pengalihan/penyampaian/pertukaran. Penggunaan kata komunikasi menunjuk pada pengalihan dari suatu perkara atau orang ke perkara atau orang lainnya menjadi bermakna. Misal kata pohon mewakili objek pohon.
7. Menghubungkan/menggabungkan. Komunikasi adalah proses yang menghubungkan satu bahagian kehidupan dengan bahagian lainnya.
8. Kebersamaan. Komunikasi adalah proses yang membuat sesuatu yang semula dimiliki seseorang menjadi milik dua orang atau lebih.
9. Saluran/jalur/alat. Komunikasi adalah alat pengirim pesan. Misalnya telegraf, telefon, radio, dll.
10. Replikasi memori. Komunikasi adalah proses mengarahkan perhatian dengan memerah ingatan.
11. Tanggapan Diskriminatif, komunikasi adalah tanggapan pilihan atau terarah pada suatu stimulus.
12. Stimulus, setiap tindakan komunikasi dipandang sebagai penyampaian informasi yang berisikan stimulus diskriminatif, dari suatu sumber terhadap penerima.
13. Tujuan/kesengajaan, komunikasi pada dasarnya penyampaian pesan yang disengaja dari sumber terhadap penerima dengan tujuan mempengaruhi tingkah laku pihak penerima.
14. Waktu/situasi, komunikasi merupakan suatu transisi dari suatu struktur keseluruhan situasi atau waktu sesuai pola yang diinginkan.
15. Kekuasaan/kekuatan, komunikasi adalah suatu mekanisme yang menimbulkan kekuatan atau kekuasaan.

Kelima belas komponen konseptual tersebut di atas merupakan kerangka acuan yang dapat dijadikan dasar dalam menganalisis fenomena peristiwa komunikasi. Komponen-komponen tersebut baik secara tersendiri, secara gabungan atau secara keseluruhan dapat dijadikan sebagai fokus perhatian dalam penelitian.

Monday, April 20, 2009

Integriti, Akauntabiliti dan Legaliti

Hari ini sekolah saya telah diarah menghantar segala dokumen bagi tujuan audit tahun 2008. Dah terlanjur bercakap tengan kewangan, saya telah mengambil beberapa perkara penting melalui buletin yang diterbitkan oleh INTAN berkaitan dengan Integriti dan Akauntabiliti.

INTEGRITY and ACCOUNTABILITY are buzzwords in the current public administration. These words are often heard and repeated by various quarters. Integrity and accountability are extremely important elements in ensuring good financial management in any entity, be it public or private. What do these terms actually mean?

Integrity as defined in the Oxford Dictionary is quality of being honest and upright in character. Collin English Dictionary, it is defined as adherence to moral principles, honesty, wholeness and soundness. Integrity is often misunderstood or interpreted as only encompassing corruption. Corruption is actually only one of the elements that affect integrity. It encompasses a wide range of elements such as honesty, trustworthiness, adhering to proper code of conduct and having good values and ethics.

Accountability as defined in the Oxford Advanced Learners dictionary means a requirement to give an explanation of one’s actions, expenditures. Accountability refers to the ability to call public officials, private employers or service providers to account, requiring that they be answerable for their policies, actions and use of funds. Jabbra and Dwivedi said “Accountability is the fundamental pre-requisite for preventing the abuse of delegated power and for ensuring instead that power is directed towards the achievement of broadly accepted national goals with the greatest degree of efficiency, effectiveness, probity and prudence”.

Penjawat awam yang cemerlang dan berkualiti seharusnya mengetahui, memahami, mengamalkan, menghayati dan menjiwai nilai-nilai integriti dan konsep akauntabiliti yang bersandarkan kepada kesahihan legaliti.

Sesiapa yang telah dilantik bagi menguruskan sesuatu tugas dan dibayar gaji, maka sesuatu yang diambil selain gaji tidak lain melainkan penipuan.
Whoever is hired to do a task and be paid, whatever is received other that that is squandering.
al-Hadith

Petikan ini tidak lain dan tidak bukan sekadar peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa melaksanakan integriti, akauntabiliti dan legaliti dalam pengurusan kewangan. TK.

Sunday, April 19, 2009

Motivasi

Semalam sekolah saya mengadakan program motivasi kepada murid tahun 6 dan ibu bapa mereka. Lantas saya terbaca satu artikel oleh Tajdin Suhaimin yang mengulas dan mentakrif motivasi. Saya paparkan bagi renungan dan bacaan bersama tentang pengertian, definisi dan takrifan beliau.
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh berterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat
4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini
5. Motivasi adalah suatu pemangkin yang menimbul dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.
Beliau mengkritik apabila ada pendapat menyatakan bahawa sekiranya keinginan itu tercapai, faktor motivasi itu bukan lagi menjadi faktor. Pernyataan beliau ialah :

A satisfied need, in actuality still has its motivational functions. The motivational functions shall be; to nurture and sustain what is or are being possessed or hold.

Oleh itu perlu bagi kita supaya tidak berasa kita telah melakukan sesuatu untuk memotivasi ibu bapa dan murid maka ia dikira sudah dilaksanakan dan diabaikan sedangkan ia merupakan fungsi utama yang boleh terus digalakkan.

Thursday, April 16, 2009

Bengkel Konfigurasi Rangkaian Makmal Komputer

Aku dan rakan telah berjaya mengadakan bengkel untuk guru penyelaras makmal komputer dalam zon PKG Bangi. Walaupun tempoh 2 hari pada 15 & 16 April adalah terlalu singkat dan tidak mencukupi tetapi dirasakan cukup untuk bekalan ilmu bagi mereka menyelesaikan masalah makmal komputer sekolah masing2.
Itulah khidmat dan ilmu yang boleh aku kongsi bersama dengan mereka yang memerlukan dengan harapan ia akan membantu mereka.

Sunday, April 12, 2009

PC Fair

Hari ini aku mengambil kesempatan bersama keluarga ke PC Fair di KLCC. Seperti biasa musim PC Fair, orang punyalah ramai sehingga sukar untuk bergerak. Tujuan aku hanya untuk membeli sebuah laptop bagi kegunaan sekolah. Entah bagaimana aku sekeluarga terpikat dengan promosi LCD TV Panasonic yang ditawarkan diskaun dan harganya murah daripada harga pasaran biasa. Fikir punya fikir akhirnya aku sekeluarga bersetuju membelinya. Punyalah letih untuk mengangkutnya ke kereta kerana terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari KLCC iaitu sekitar masjid KLCC. Nasib baik kami sekeluarga dan boleh bergilir-gilir.
Rupa-rupanya memang sifat manusia walaupun tiada niat untuk membeli tetapi jika kempen yang dibuat oleh syarikat atau juru jual menyebabkan kita menukar keputusan asal kita. Itulah nafsu namanya. Tapi aku rasa memang patut pun aku membelinya kerana tv aku yang dirumah memang sudah lama dan sudah dua tiga kali dibaiki. Sekurang2nya mengikuti perkembangan TV LCD yang banyak dipasaran sekarang. So malam ini aku sekeluarga menonton ABPBH dengan tv baru. Seronok juga.........