KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Tuesday, September 29, 2009

Bimbingan, Bantuan dan Panduan Rakan2

Aku dalam dilema. Dilema yang menyebabkan aku di persimpangan. Dilema yang memerlukan pemikiran yang luwes dan analitik. Aku telah dilamar. Lamar? Mungkin ada yang tertanya2. Maksudku sekali lagi aku menerima panggilan telefon yang inginkan jawapan pasti daripada aku sama ada menerima lamaran atau tidak?

Sebenarnya aku telah diminta oleh TKPPM untuk kembali semula ke KPM apabila beberapa kali terjumpa dengannya dan kali terakhir seminggu sebelum hari raya. Rakan2 ku di KPM dan lain2 inginkan kepastian aku supaya mereka boleh proceed ke BPSM. Tambahan pula aku dicadangkan oleh TKPPM ke Bahagian SBP & Kluster. Tetapi pagi ini aku dicadangkan balik semula ke unit lama (ICT) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Dilema yang menyelubungi aku ialah adakah aku kekal di sekolah? Atau aku kembali semula ke KPM? Semuanya berkait rapat dengan kesan jangka panjang iaitu kenaikan ke gred yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Jika difikirkan peluang kenaikan gred, aku perlu berada di sekolah. Jika difikirkan kemahiran dan sumbangan yang boleh aku berikan, aku perlu berada di KPM.

Solat isthikarah? Perlu dilakukan. Nasihat? Siapa boleh beri? Panduan? Rasanya aku dah dapatkan maklumat dari BPSM sendiri. Karier dan kerjaya? Aku rasa akan lebih mudah di KPM bila aku nak terus menyambung pelajaran dan buat kajian.
Aku harap rakan2 sekalian yang sudi memberi pandangan, bimbingan, panduan, nasihat dan sokongan dapat menyatakannya kepada aku supaya aku boleh membuat penaakulan analitikal. Terima kasih.

Sunday, September 27, 2009

Silatur Rahim Keluarga dan Kenangan Hari Raya 2009

Hari ini merupakan tamat cuti sekolah dan cuti hari raya. Esok merupakan hari bekerja. Segala persiapan bekerja perlu dilakukan pada hari ini. Namun begitu aku mengambil kesempatan hari ini untuk mengumpul saudara mara aku yang berada di sekitar KL dan Selangor untuk berhimpun dan berkumpul di rumah aku. Maksudnya open house untuk saudara mara terdekat aje pada hari ini. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan silatur rahim sesama saudara sendiri yang walaupun dekat tetapi sukar untuk bertemu disebabkan kesibukan tugas masing2.


Aku dan isteri tercinta


Anak2 kesayangan aku


Ibu Bapa, Aku dan adik2 bersama pasangan masing2. Seorang lagi tak balik.

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Mohon Kemaafan



Kepada Semua Rakan dan Kenalan,

Saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata dan kesilapan yang disedari serta tanpa disedari sempena bulan Ramadhan yang mulia dan kehadiran Syawal yang ceria. Semoga kita menjadi insan yang sentiasa memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap diri kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Wassalam.

Ikhlas daripada,

AHMAD FARIS BIN HAJI JOHAN
RUHIBAH BINTI HAJI SHAFEI
IFFA NUR SYAFIQAH
AHMAD FAKHRUL
IFFA NUR SYAQIRAH

Friday, September 11, 2009

Dugaan dan Cabaran

Dalam menuntut ilmu seharusnya pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Segala-galanya menuntut kesabaran dan keikhlasan hati demi secebis kejayaan. Alhamdulillah kerana setakat ini segala dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu telah dapat ditempuhi, diharungi dan dicapai. Apa yang penting sekarang ialah semoga Allah s.w.t. sentiasa memberikan kesihatan yang baik sepanjang masa.
Untuk minggu ini bagi dua assignment yang dipertanggungjawabkan telah dapat aku lunaskan dengan setiap satunya melebihi 50 muka surat walaupun saranan lebih kurang 6000 patah perkataan sahaja. Betul juga kata sesetengah pensyarah, cikgu ni jangan diberi peluang bercakap, pendek kata sukar nak berhenti. Begitu juga dengan penulisan, semasa nak mula tu memang sukar tetapi bila dah bermula dah jadi meleret-leret pula bicaranya. Adakah semua guru sebegitu????
Harapan aku semoga kuliah minggu hadapan dibatalkan kerana sedang sibuk dengan persiapan untuk balik raya. Oleh itu, minggu ini kena approach pensyarah betul2. Insya-Allah, kerana pensyarah pun nak balik beraya juga.
Terima kasih.

Wednesday, September 9, 2009

Waduh..... waduh....

Alamak! Hari ini dah Rabu. Kedua2 assignment ni baru tiga perempat siap. Esok dah Khamis dan hanya esok sahaja masa yang ada untuk disiapkan. Sempat ke tidak? Kena pulun dan pulun. Sekali sekala, tension jugak. Apakan daya, itulah jalan yang dipilih berbekalkan semangat waja. Insya-Allah, kedua2 assignment ni akan siap juga.
Minggu depan yang sedang menunggu ialah lagi satu assignment. Itupun belum mula lagi. Agaknya ini bahana bila mengambil mod A (coursework) kerana banyak sangat courseworknya.
Akan ku tempuhinya jua.

Sunday, September 6, 2009

Tazkirah Ramadhan

Walaupun lucu, tetapi perlu dilihat kepada maksud yang tersirat. Klip video ini menceritakan segala2nya.

Pasar

Jadual biasa bila tiba hari minggu adalah ke pasar bagi mendapatkan bahan mentah untuk tempoh seminggu. Kalau pada minggu lepas aku ke pasar borong Selangor di Puchong, tetapi hari ini aku ke pasar Semenyih aje kerana agak kepenatan dan inginkan rehat. Sejak kebelakangan ni, ikan2 di pasar kurang menyegarkan. Tetapi jika dibandingkan dengan kampung aku, ikan segar begitu menyelerakan dan aku begitu teringinkan ikan segar sekarang. Bila begini, terasa pula ingin balik bertugas di kampung tetapi apakan daya anak-anak semua di sini.