KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Friday, October 30, 2009

Hari Keluarga - 31 Oktober hingga 1 November 2009

Tanggal 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 merupakan Hari Keluarga sekolah aku yang akan diadakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson. Kata orang hari keluarga sekadar untuk suka2. Ada orang kata juga hari keluarga buat menghabiskan duit aje. Dan ada juga orang kata hari keluarga hanya untuk glamour.

Adakah kita memikirkan matlamat dan objektif di sebaliknya? Apa yang dihasratkan oleh teori organisasi? Jika dipandang dari aspek untuk keseronokan, memang ia akan menyeronokkan tetapi apa yang lebih penting ialah dari aspek pembangunan organisasi. Melalui hari keluarga inilah semangat setiakawan, sepasukan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan hubungan intim dalam aspek urusan kerja dapat diwujudkan. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif, sudah pasti ini merupakan platform utama untuk berinteraksi dan menghakiskan perasaan syak wasyangka serta boleh saling mengenali dengan ahli keluarga yang lain supaya wujud rasa kepercayaan dalam membangun dan memajukan organisasi. Jika ada diantara ahli yang berfikiran negatif, maka selama2nya mereka yang terus menyendiri kerana mereka sendiri yang mengasingkan diri mereka dan tidak berusaha untuk memasuki kumpulan.

Kepada semua warga sekolah yang terlibat, semoga menghadirkan diri dan menjalani segala aktiviti yang diatur. Bergembiralah dan lupakan seketika beban kerja yang sentiasa tak akan putus dalam kerjaya kita. SELAMAT HARI KELUARGA.

Wednesday, October 28, 2009

Panduan Cara Ubah Template Blog

Salam rakan2,
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak permintaan supaya diberitahu dan diajar cara untuk mengubah template blog. Atas rasa semangat setiakawan dan inginkan rakan2 dapat ilmu pengetahuan, saya telah meluangkan masa untuk menggubal panduan tersebut dan diharap rakan2 dapat memanfaatkannya. Jika tak boleh juga, sila emailkan kepada saya atau komen dalam entri blog ini.

Sila klik di bawah untuk download. Pastikan juga rakan2 mempunyai perisian Adobe Reader.

Panduan Cara Nak Ubah Template Blog

Selamat Mencuba. Terima kasih.

Tuesday, October 27, 2009

Tukar Template Lagi......



Aku masih lagi tercari-cari template yang bagus, menarik dan efektif. Oleh itu aku sering membuat penukaran template dari masa ke semasa. Apa yang penting aku nak juga rakan aku si Ucop turut sama selari dengan perkembangan aku. Takkan nak duduk di takuk lama aje. Oleh kerana si Ucop ni dah iktiraf aku sebagai Sifu dia, kenalah dia bergerak ke arah pergerakan yang sama dengan aku. Ucop, setakat tukar warna aje buat apa. He he he... Ko datang KL nanti, jumpa aku.

Sunday, October 25, 2009

Selesai Tanggungjawab

Salam,
Sabtu telah membawa aku ke Kuantan bagi menyelesaikan tanggungjawab bagi menyiapkan borang permohonan biasiswa JPA anak aku. Aku mengambil kesempatan untuk bertolak pada sebelah pagi dan pulang sebelah petang dengan menaiki bas sahaja. Ini disebabkan kepenatan untuk memandu dan rasanya sudah lama aku tidak menaiki bas.
Kemudahan pengangkutan awam iaitu bas ini memang selesa pada ketika ini. Aku ke Kuantan dengan menaiki Transnasional dan pulang dengan menaiki Sani Ekspress. Sewaktu perjalanan pulang bas yang aku naiki adalah bertaraf eksekutif. Fulamak, selesanya mengalahkan naik kapal terbang iaitu dengan tempat duduk yang lebih empuk, ruang kaki yang lebih luas, dua tingkat dan pelbagai lagi.

Satu dapatan pemerhatian yang aku peroleh pada hari Sabtu ialah sikap pemandu bas yang berdisiplin dan memandu dengan mematuhi had laju kerana syarikat bas ini memang terkenal. Biasanya syarikat bas yang tidak terkenal menggaji pemandu yang tidak berdisiplin. Pengajarannya ialah apabila kita hendak menggunakan bas, pilihlah syarikat yang telah ternama dan tidak didengari kemalangan melibatkan syarikat bas tersebut.

Terima kasih kepada sahabat2 ku yang sudi menyambut aku di Kuantan yang bermula dengan Saupi, walaupun sibuk dan nak bertolak ke Terengganu tetapi masih sempat membantu aku. Terima kasih juga kepada Khalid iaitu sahabat aku ketika sama2 di JPN Pahang dulu yang menyambut aku selepas Saupi. Tidak lupa juga kepada rakan sekolah aku dulu saudara Razali yang sudi menjadi saksi dan akan berangkat ke Tanah Suci pada 18 November ini.

Alhamdulillah kerana semakin banyak tanggungjawab, Allah s.w.t telah mempermudahkannya. Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Etika Berbicara

MENGINGATKAN DIRI SENDIRI

Hendaknya pembicaraan selalu di dalam kebaikan. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).

Hendaknya pembicaran dengan suara yang dapat didengar, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu rendah, ungkapannya jelas dapat difahami oleh semua orang dan tidak dibuat-buat atau dipaksa-paksakan.

Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagimu. Hadis Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyatakan: “Termasuk kebaikan islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Janganlah kamu membicarakan semua apa yang kamu dengar. Abu Hurairah Radhiallaahu ‘anhu di dalam hadisnya menuturkan : Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang iaitu apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar”.(HR. Muslim)

Menghindari perdebatan dan saling membantah, sekalipun kamu berada di pihak yang benar dan menjauhi perkataan dusta sekalipun bergurau. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari pertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bergurau”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa. Aisyah Radhiallaahu ‘anha. telah menuturkan: “Sesungguhnya Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila membicarakan suatu pembicaraan, sekiranya ada orang yang menghitungnya, nescaya ia dapat menghitungnya”. (Mutta-faq’alaih).

Menghindari perkataan keji. Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang mu’min itu pencela atau pengutuk atau keji pembicaraannya”. (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Mufrad, dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Menghindari sikap memaksakan diri dan banyak bicara di dalam berbicara. Di dalam hadis Jabir Radhiallaahu ‘anhu disebutkan: “Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan yang paling jauh dariku di hari Kiamat kelak adalah orang yang banyak bicara, orang yang berpura-pura fasih dan orang-orang yang mutafaihiqun”. Para shahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa arti mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR. At-Turmudzi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Menghindari perbuatan menggunjing (ghibah) dan mengadu domba. Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain”.(Al-Hujurat: 12).

Mendengarkan pembicaraan orang lain dengan baik dan tidak memotongnya, juga tidak menampakkan bahawa kamu mengetahui apa yang dibicarakannya, tidak menganggap rendah pendapatnya atau mendustakannya.

Jangan memonopoli dalam berbicara, tetapi berikanlah kesempatan kepada orang lain untuk berbicara.

Menghindari perkataan kasar, keras dan ucapan yang menyakitkan perasaan dan tidak mencari-cari kesalahan pembicaraan orang lain dan kekeliruannya, kerana hal tersebut dapat mengundang kebencian, permusuhan dan pertentangan.

Menghindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang berbicara. Alloh Subhaanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan). (Al-Hujurat: 11).

(Sumber: Kitab “Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari” By : Al-Qismu Al-Ilmi-Dar Al-Wathan)

Dipetik dari http://etikaislam.wordpress.com/2007/07/15/etika-berbicara/#more-11

Tuesday, October 20, 2009

Album Hujung Minggu

Hari Ahad merupakan hari terbuka hari raya rumah adik aku di kampungku. Memang agak ramai tetamu jemputannya sehingga melebihi 500 orang dan dah jadi macam kenduri kahwin pulak. Beberapa tetamu jemputan aku turut hadir dan diantaranya ialah saudara Yusof dan Ismail.

Cikgu Yusof, Aku dan Cikgu Ismail

Sudah menjadi kebiasaan dan rutin apabila aku balik ke Kuantan tempat makan yang dituju adalah medan ikan bakar di Tanjung Lumpur dan lokasinya ialah Kedai Ana Ikan Bakar Petai. Namun begitu ada beberapa menu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan bahan mentahnya. Di antara beberapa menu pilihan kami ialah :

Ikan Aji Bakar Petai


Ikan Kerapu Masak 3 Rasa


Sotong Goreng Tepung

Friday, October 16, 2009

Jadual Hujung Minggu

Hujung minggu ini aku cuba memenuhi jadual dan program untuk keluarga aku sendiri dengan hasrat dan harapan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kadangkala kesibukan kita menjadi penghalang kepada mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan adalah wajib bagi kita mencari kesesuaian masa bagi menjalinkannya.

Kepada semua kenalan, rakan dan staf semua diucapkan selamat berhujung minggu dan sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja berada terutamanya sewaktu di jalan raya.

16 Oktober 2009 (Jumaat)
- Bertolak ke Kuantan
- Bercadang menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur
- Bermalam di Kuantan

17 Oktober 2009 (Sabtu)
- Juadah pagi - mesti cari nasi dagang di Tanjung Api
- Meraikan Hari Lahir Along
- Menjejak kasih di Kuantan
- Menikmati juadah pantai timur - mesti cari otak2, satar, bahulu panas, kuih bakar, keropok lekor dan lain-lain
- Bertolak balik ke Rompin
- Kenduri doa selamat selepas Isyak

18 Oktober 2009 (Ahad)
- Jamuan Rumah Terbuka adik aku
- Petang bertolak balik ke Kajang