Tanggal 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 merupakan Hari Keluarga sekolah aku yang akan diadakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson. Kata orang hari keluarga sekadar untuk suka2. Ada orang kata juga hari keluarga buat menghabiskan duit aje. Dan ada juga orang kata hari keluarga hanya untuk glamour.
Adakah kita memikirkan matlamat dan objektif di sebaliknya? Apa yang dihasratkan oleh teori organisasi? Jika dipandang dari aspek untuk keseronokan, memang ia akan menyeronokkan tetapi apa yang lebih penting ialah dari aspek pembangunan organisasi. Melalui hari keluarga inilah semangat setiakawan, sepasukan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan hubungan intim dalam aspek urusan kerja dapat diwujudkan. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif, sudah pasti ini merupakan platform utama untuk berinteraksi dan menghakiskan perasaan syak wasyangka serta boleh saling mengenali dengan ahli keluarga yang lain supaya wujud rasa kepercayaan dalam membangun dan memajukan organisasi. Jika ada diantara ahli yang berfikiran negatif, maka selama2nya mereka yang terus menyendiri kerana mereka sendiri yang mengasingkan diri mereka dan tidak berusaha untuk memasuki kumpulan.
Kepada semua warga sekolah yang terlibat, semoga menghadirkan diri dan menjalani segala aktiviti yang diatur. Bergembiralah dan lupakan seketika beban kerja yang sentiasa tak akan putus dalam kerjaya kita. SELAMAT HARI KELUARGA.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
6 komen:
buat di mana? nape tak gi pulau jon?
biasalah dlm mengurus manusia ni, tak semua yg akan sami'na wa ato' na.
aku tak paksapun anak buah aku. cuma aku galakkan semua hadir. masalahnya staf perempuan. mungkin dia nak sangat pegi tp suami dia tak nak join.
tak kisah berapa bil.. yg penting jadi. selamat bergembira
mudah2an tercapai segala tujuan dan maksud program tsb dilaksanakan.... aku tak penah pun buat hari keluarga kat sekolah aku, hehehe.... kan dah hari2 bersama keluarga, kan kan?
MPMN,
Sorrylah, aku baru masukkan tempatnya iaitu di Hotel Corus Paradise, Port Dickson
Itupun tak semuanya hadir. Setakat ni 50 daripada 85 yang hadir.
YBS,
Yang tiap2 hari bersama keluarga tu ialah keluarga sendiri. Keluarga ahli organisasi kita tu perlu juga kita kenal.
hari keluarga maknanya semuenya kena hadir.laki die,suami die , anak ank die. sb kite nak kumpulankan mrk yg tak berapa suke masuk kumpulan. betul tak. kos memanglah tinggi.tapi yang penting objektif implisit dpt dicapai.kena paksa lah sikit.
Jon,
Ini kali pertama dan julung2 kalinya. Pendekatan berhemah. Lain tahun baru boleh masukkan unsur2 paksaan. Ingat lagi tak kuasa2 yang ada pada pemimpin? Ni belum guna kuasa sah lagi. He he he...
Post a Comment