KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Sunday, July 25, 2010

Ruang Kerja Baru Aku

Salam rakan2,

Agak lama aku tak melakukan pengemaskinian blog aku ni disebabkan beban tugas yang bertali arus. Hari ini aku mengambil kesempatan untuk melakukan pengemaskinian dengan tajuk ini. Inilah ruang kerja aku yang baru setelah hampir dua bulan berada di sini. Nampak bersih, kemas dan ceria, tetapi mungkin ia akan berbeza setelah genap setahun atau bertahun2 nanti.


Inilah pintu masuk ke bilik aku yang masih tidak mempunyai tanda nama lagi.


Inilah meja kerja aku dan dah boleh lihat kertas2 bertaburan di atas meja. Oleh kerana aku menggunakan petang Jumaat sebagai ruang untuk aku menghadiri kuliah, sewajarnya aku melakukan kerja2 pada hari Ahad atau cuti lain bagi menampung kekurangan waktu bekerja aku. Sebab itu hari Ahad pun aku terpaksa ke pejabat.

Kepada rakan2 yang ada kesempatan datang ke Putrajaya, bolehlah singgah di tempat aku.

Terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

Masa!? Kesukaran membahagikan masa.

Aku mula terasa bahawa waktu selama 24 jam tidak mencukupi kerana banyak perkara tidak sempat untuk aku lakukan. Antara tugas, belajar dan rehat merupakan sesuatu yang teratur kini dalam hidup seharian aku sehingga aku gagal menyiapkan tugasan untuk dihantar esok dan terpaksalah minta tangguh dengan pensyarah terlibat.
Disamping itu, aku terpaksa menghadapi date line untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar minggu depan (21 Julai 2010 dalam bengkel yang diadakan) dan ini bermakna rancangan aku untuk ke Sarawak tak dapat dilaksanakan. Adakah aku efisien sekarang? Atau aku gagal mengurus masa dengan sebaik mungkin? Apa yang pasti, aku terpaksa menanggung kerja yang tidak disempurnakan oleh orang terdahulu.
Kesempatan yang sekelumit ini aku ambil bagi melakukan updating blog aku ni. Terima kasih.

Saturday, July 3, 2010

Musim Bola Sepak Piala Dunia Dah Nak Sampai Ke Puncak

Musim bola sepak Piala Dunia 2010 dah nak hampir sampai ke puncak. Pasukan2 yang bertanding telah menunjukkan kehebatannya. Beberapa pasukan pilihan dah ada yang tewas. Pasukan2 yang menonjol telah menunjukkan kewibawaannya. Baik dimana jua, siapa saja dan pada bila2 masa semua orang membicarakannya.
Aku tidak terkecuali. Sedikit sebanyak telah mengganggu gugat konsentrasi kuliah yang aku hadiri dan melewatkan tugasan yang perlu disiapkan. Oleh kerana kehebatannya hanya datang sekali dalam tempoh 4 tahun, aku tidak ketinggalan untuk menontonnya.
Apa yang penting, disinilah kita boleh lihat kepimpinan seseorang jurulatih dalam mengemudi pasukannya. Bagaimana semangat pasukan membantu dalam mencapai kejayaan. Bagaimana pula juga seseorang mengawal emosi dan perasaannya sebagai pemain dan juga kita sebagai penonton. Kemunculan acara2 sampingan yang bertujuan mengaut keuntungan juga tidak dapat dielakkan seperti judi, perniagaan cenderamata, penaja2 yang ingin melariskan barangan mereka dan tidak dapat dielakkan pengurus2 pasukan yang meninjau untuk membeli pemain bagi pasukan mereka. Itulah bola sepak yang mempunyai nilai komersil yang begitu tinggi sehingga semua pihak dapat mengaut keuntungan, memuaskan hati dan perasaan, menangguk di air keruh dan apa saja yang boleh memberi manfaat. Tidak kurang juga yang memberikan impak negatif hasil daripadanya.
Selamat menonton perlawanan2 sehingga ke final dan jangan lupa fikirkan bersama kesan2 sampingannya,

Thursday, June 24, 2010

Monolog Antara Harapan dan Realiti

Dalam meneruskan kerjaya, kita seringkali akan berhadapan dengan dua perkara yang menjadi tumpuan fikiran. Antara harapan dan realiti. Harapan adalah bagi memenuhi impian baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Sesuatu harapan yang menggunung tinggi memerlukan usaha yang gigih untuk menggapainya. Usaha yang gigih mestilah tanpa mengenal jemu supaya ianya tidak terhenti di pertengahan jalan. Harapan perlu direalisasikan menjadi ia suatu yang realiti. Harapan dalam kerjaya perlu disusun dengan sebaik mungkin supaya ia berada di landasan yang betul kerana silap percaturan akan membawa diri ke arah kekecewaan. Harapan dalam kerjaya memerlukan kita cemerlang dalam kerjaya berserta dengan kenaikan pangkat mahupun gaji. Harapan dalam diri untuk menggapai kepuasan diri menjadikan diri semakin tekad. Adakah aku mampu menjadikan harapan itu suatu realiti???

Sesuatu yang realiti tidak semestinya berakhir dengan kejayaan. Keupayaan diri menempuhi realiti menjadikan diri kita tabah supaya realiti itu adalah realiti kejayaan dan bukannya kekecewaan. Kejayaan memerlukan diri terus mendaki ke puncak. Persoalan dalam diri dan fikiran sering bermain di kotak fikiran. Apa yang pasti segala yang ditempuhi adalah merupakan suatu yang ditentukan oleh Allah s.w.t kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang harapan untuk menjadikan ia realiti. Dalam memikirkan harapan dan realiti, aku telah cuba mengatur perancangan seterusnya apabila apa yang aku harungi sekarang telah tamat atau tiba di penghujung. Aku harus terus mengatur langkah seterusnya. Insya-Allah.

Thursday, June 17, 2010

Bermulanya Semester 3

Pejam celik,,,, pejam celik..... dah pun melangkah ke semester 3. Aku cuba gagahi kudrat dan mental untuk melangkah terus tanpa menoleh ke belakang. Kepada rakan seperjuangan, misi dan visi kita dahpun separuh jalan dan akan menamatkan separuh lagi sekiranya tiada talian hayat yang diperlukan. Harap2 tiadalah talian hayat diperlukan. Keputusan semester 2 sedikit sebanyak memberikan aku semangat dan kekuatan untuk berjuang dengan lebih gagah. Kepada rakan2 yang menyahut cabaran, semoga akan melangkah tanpa menoleh ke belakang.
Disinilah semangat juang kental diperlukan walaupun kadang kala merasa hampir tewas. Dalam suasana persekitaran kerja yang baru dengan meneruskan pengajian, aku terpaksa menyesuaikan kembali jadual2 kerja dan belajar kerana ia berbeza dengan situasi 2 semester lepas yang telah aku lalui. Insya-Allah akan cuba digagahi segala perjuangan ini.

Monday, June 14, 2010

Sedih Yang Amat

Aku begitu sedih yang amat disebabkan perkara yang tidak diduga telah berlaku. Terasa aku kehilangan sesuatu yang amat berharga kerana apabila aku cuba menyelamatkannya tetapi tak berjaya. Apa yang aku maksudkan adalah hard disk laptop aku yang dimakan virus sedikit demi sedikit sehingga tak boleh berfungsi. Segala data dan maklumat yang aku simpan hilang begitu sahaja. Apa yang paling aku sedih segala nota dan bahan2 master yang baru aku kumpul dua semester yang lalu. Mana aku nak cari??? Proposal awal pun turut hilang, dan aku terpaksa memulakan semuanya dari kosong semula. Ingatkan nak backup tapi disebabkan kesuntukan masa sampai aku tak sempat nak buat backup.
Pengajaran kepada semua rakan2, apabila nak melakukan sesuatu tu janganlah tangguh2 kerana akibatnya begitu besar. Ambillah iktibar dari apa yang telah aku alami walaupun sudah hampir dua atau tiga kali aku mengalaminya. Sedih yang amat2 sangat....... hu hu hu.....

Wednesday, June 9, 2010

Jun Yang Sibuk

Sejak memulakan tugas baru, aku tidak mempunyai kelapangan masa yang banyak.
Pertamanya aku terpaksa menelaah segala prosedur baru di tempat kerja baru.
Keduanya menyelesaikan segala perkara yang tidak diselesaikan oleh orang terdahulu.
Ketiganya banyak mesyuarat2 perlu aku hadiri selaku Ketua Unit.
Keempatnya, minggu depan aku dah kena mula out station tapi nasib baik sekitar KL aje.
Kelima, aku terpaksa membuat analisis persekitaran bagi mengenal hati budi orang2 baru kerana orang2 lama dah tak jadi masalah kepada aku.

Persoalannya, aku punya proposal masih belum siap. Rancangannya nak siapkan sebelum naik sem ni untuk ditunjukkan kepada penyelia. Entah sempat atau tidak, aku kena berusaha. Apa yang penting aku terpaksa menyesuaikan masa baru aku dengan tugas dan belajar.