Salam rakan2,
Agak lama aku tak melakukan pengemaskinian blog aku ni disebabkan beban tugas yang bertali arus. Hari ini aku mengambil kesempatan untuk melakukan pengemaskinian dengan tajuk ini. Inilah ruang kerja aku yang baru setelah hampir dua bulan berada di sini. Nampak bersih, kemas dan ceria, tetapi mungkin ia akan berbeza setelah genap setahun atau bertahun2 nanti.
Inilah pintu masuk ke bilik aku yang masih tidak mempunyai tanda nama lagi.
Inilah meja kerja aku dan dah boleh lihat kertas2 bertaburan di atas meja. Oleh kerana aku menggunakan petang Jumaat sebagai ruang untuk aku menghadiri kuliah, sewajarnya aku melakukan kerja2 pada hari Ahad atau cuti lain bagi menampung kekurangan waktu bekerja aku. Sebab itu hari Ahad pun aku terpaksa ke pejabat.
Kepada rakan2 yang ada kesempatan datang ke Putrajaya, bolehlah singgah di tempat aku.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
23 komen:
Tak nampak pun kertas-kertas bertaburan atas meja. Kemas je meja tu... Yelah kan nak masuk blog. Apapun nampak special bilik tu.
CG Aida,
Bertaburan tu taklah sampai tak nampak meja. Kalau konsep 5S, sepatutnya tak ada kertas atas meja tu.
Bilik special dan ramai yang jeles sebab I'm the only one DG41 yg dpt bilik sebagai Ketua Unit. Others semuanya DG44. Kalau byk komplen, I keluar dari bilik tu..... he he he ...
Tahniah sekali lagi Faris. Memang sibuk sungguh kita, sehinggakan tak kesempatan duduk minum bersama di upsi.
Che Hassan,
Memang pun. Aku, kau dan Yusof pun tak sempat duduk sama. ALmaklum assignment dh bertimbun2 dan bertalu2. Lagipun dah pun hampir separuh semester dan byk yg nk dibereskan. Semester ni aku mmg kelam kabut dgn tugas2 hakiki di pejabat. Bergantung aje dgn rakan2 utk assignment group. Malam Sabtu mmg aku free tak ada kelas tapi hari Sabtu tu, smpi pukul 2 ptg baru habis.
mamat faris...
apapun aku akan tidurkan kau kat surau upsi setiap malam sabtu..aku akan ke PUtra Jaya esok..26/7 aku akan ke pejabat kau mengesahkan gambar kau tu...hahahaha..aku sampai lebih kurang jam 11 dan aku cuti untuk uruskan masalah aku dgn bedah kat bsm tu...harap positif semuanya.
che hasan tu kalau tak minum dengan kita pun tak per...dia ramai awek...kita mana ada ris..kita ahli surau dia ahli hotel.
eheeeehhhhhh....masterji2 ni sampai tak ada masa pulak.masa mmg ada...kena cari le masa tu.
luas la bilik ko faris.....nt bila2 aku ke putrajaya mesti aku singgah!
hehe
cantik bilik kau faris.boleh tumpang nt. kertas esaimen ke bertaburan tu...banyak tu esaimen..
tahniah ris..kau duduk kerusi 44 tu. cepat naik nt hehe
KK,
Kau dah pun datang dan mengesahkannya. TK kerana sudi singgah pejabat aku.
Orang Biasa,
Betul tu mmg tak ada masa. Byk perkara nk dibuat. Kalau sudi datanglah ziarah untuk kepastian. he he he ...
YBS,
jemputlah, jgn malu dan segan.
JM,
Cantik atau tidak, aku hanya menumpang. Selagi orang suka, bila orang dah tak suka nanti, aku carilah tempat lain. Esaimen mmg sdg kalut ni. Atas meja tu urusan kerja, esaimen di rumah.
kalu aku ke putra jaya,boleh le aku tumpang menginap dibilik ko. boleh kan...kan...
faris aku dengar usup rompin dah dpt perlantikan dg41. ye ke?
ko masukkan entri berita ini dlm blog kita.gerenti member2 lain akan memberi respon. kalu dg41 punya hal banyak akan respon aku yakin.tau2 lah member kita ni.ada kepentingan baru nak respon.kalu tak ada kepentingan diam aje.
Orang Biasa,
Aku dah tahu lama. Yusof dapat surat lantikan DG41 tu pada 19 Julai lagi. Member2 di WP KL pun dah dapat tapi senyap2 aje.
Kalau kau nak datang menginap di bilik aku ni, no problem. Mesti booking dulu.... he he he ....
member2 kita dah ada yg dpt ke? knape mereka senyap aje...?
ada nyamuk tak bilik ko tu? bkn apa kalau ada, aku nak bawa kelambu sekali. heheheh
antu gerenti ada kut......heeeee
Orang biasa,
Belum cuba belum tahu. Kau cubalah dulu sama ada bilik tu ada nyamuk, hantu atau lain2 lagi. Aku bagi kau cuba free. He he he ....
ris...org biasa nak free je. kau cas lah sikit.jadi pejabat pelancongan..hehehe
kalau ada hantu kau panggil je hafiz..dia tau macam mana nak satel ...
Jm, tak payah panggil hafiz ko pun boleh settle kan. kan ke ko pernah bagi penyepak kat antu2 di iab genting dulu. tak kan tak ingat kut?
bilik ko tu faris single atau twin sharing. hehheeeeee.
antu kt genting ari tu dah pindah kat aku.mgkin ada saki baki lagi tu.hehehe
wahhh...jm. skrg ko dah jadi bapak antu le ??!!... heheeee.
agaknye di pulau redang lagi banyak le antu2 tu...sebab berbapak. heeee.
tak boleh nak jadikan anak antu2 tu ,orang biasa..tak boleh tukar surat beranak.
yang satu tu macam bin kan kau orang biasa hehehe
iyalah jon, aku rasa orang biasa ni bkn orang la, lama dah dia jadi antu....tu sbb dia tak berani letak nama kat sini!
p/s: orang biasa jgn marah ye, gurau jer, pg2 jumaat ni!
Post a Comment