Saturday, May 1, 2010

Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer

Aku dan anak lelaki aku telah pun membuat semakan keputusan kemasukan ke IPTA. Walaupun sebelum ini dia telah ditawarkan memasuki Matrikulasi Kuala Pilah pada 10 Mei 2010 tetapi sasaran utama dia adalah sains komputer di UIAM. Alhamdulillah kerana dia berjaya juga mendapat tawaran tersebut. Ini bermakna dia akan menjejaki Kak Long dia yang melalui laluan tersebut tetapi bidang yang berbeza. Diharap anak lelaki aku akan memulakan pembelajaran dia semula dengan lebih semangat dan usaha yang lebih gigih kerana dia telah mula melangkah ke satu alam yang baru iaitu alam pengajian tinggi.
TAHNIAH kepada Angah.

22 komen:

tahniah tahniah tahniah faris atas kejayaan anak ko tu....

Tahniah juga buat ibu bapa Angah

YBS,
Terima kasih banyak2. Nampak gayanya anak2 aku ni jadi warga UIAM semuanya. Nanti yang bongsu pun nk suruh masuk UIAM juga. He he he ... Tak ada yang nak ikut masuk UPSI.

CG Aida,
Terima kasih juga. Harapan semoga mereka berjaya dengan result yang cemerlang.

Tahniah...
Nampaknya anak kita nanti satu kuliah....anak saya pun dapat kursus yang sama di universiti yang sama....
Insyaallah jumpa di sana nanti...

Tahniah diucapkan kepada anak Cikgu Roslaini. Mengikut pengalaman anak saya yang sulong sewaktu asasi UIAM 3 tahun lepas, course asasi kejuruteraan di PJ juga. Yang di Nilai ialah Perakaunan dan Kemanusiaan. Kalau ada perubahan pulak, tak pasti lagi.

salam...saya seusia dgn angah...saya juga mendapat twaran seperti angah iaitu mtrx di k.plah dan asasi yang sama ngan angah..so saya nk tnye...plihan mne y terbaik???

saya juga dpt offer yg same dr uiam..tp rmai yg masih tidak fhm tentang course asasi kejuruteraan dan sains komputer neh...menimbulkan byk kekeliruan..boleh xplain briefly x pasl neh kalo tahu....tq.

saya juga dpt offer yg same dr uiam..tp rmai yg masih tidak fhm tentang course asasi kejuruteraan dan sains komputer neh...menimbulkan byk kekeliruan..boleh xplain briefly x pasl neh kalo tahu....tq.

onenownazrin,
Kursus ini akan berfokus kepada bidang pembangunan komputer sama ada menerusi programming, multimedia, pembangunan perisian dan lain2. Ianya memudahkan pasaran pekerjaan sekiranya lebih fokus kepada programming dan pembangunan perisian.
Seperkara, jika ikut laluan Matrik, selepas itu kena mohon untuk memasuki mana2 IPTA lain berdasarkan keputusan matrik dan kesesuaian subjek yang cemerlang. Manakala jika ikut laluan Asasi UIAM ni, tempat dah terjamin di UIAM untuk meneruskan bidang yang sama kecuali jika gagal dan tidak mencapai kecemerlangan maka sukar untuk mendapat tempat bagi meneruskan pengajian dan mungkin merugikan tempoh masa di Asasi. Oleh itu jika memasuki Asasi, pastikan kejayaan dalam sesi tersebut supaya tidak tercicir. TK.

Taufiqkadir,
Sila rujuk jawapan yang telah saya berikan kepada onenownazrin tadi. Diharap penjelasan saya dapat membantu.

tahniah papa n mama angah tu...berjaya bg dorongan.angah ikut papa lah tu.suka komputer hehe

aik, sama macam saya. saya pun dapat kat uia course ni and saya jugak dpt matrik negeri sembilan :)

tapi dilema lagiii

JM,
TK. Kita sebagai ibu bapa hanya menggalakkan dan membantu mana yang patut. Ikut papa tu, maybe lah.

Zida,
Nanti mungkin sekelas dengan Angah. Selamat belajar.

yg sorg lg tu kau antar upsi je.baru balance.2 UIAM 2 UPSI...

JM,
Insya-Allah. Yang no 3 nanti nk suruh jadi cikgu dan hantar ke UPSI. Tapi kena tunggu 5 tahun lagi kerana baru form 1.

macma kat sekolah...apa cikgu buat reflek pada GB dan apa anak kita buat reflek pada ibubapa....anak kau berjaya...adalah indikator kau dan isteri kau juga berjaya faris...tahniah...semoga angah terus berjaya kedestinasi akhirnya

KK,
TK. Ini baru permulaan dan perjalanan masih jauh. Diharap anak aku tu tak lupa diri dan khayal dalam kejayaan.
Anak kau bagaimana? Dah dapat tawaran ke mana setakat ni? Tahniah juga kepada anak kau.

salam..maaf mengganggu...sy ad sedikit kekeliruan tntang bgaimna untuk mngisi borang untuk program asasi yang sama dengan angah..parents o angah sndiri ada fcebook x??bleh add saya x??law xde pun xpe..bleh trangkan mlalui blog ni..~~
nurna_azrin@yahoo.com

Borang yang mana? Kalau borang kemasukan ke UIAM tu, isi maklumat sendiri. Kalau borang pinjaman, isi 3 salinan, beli setem hasil dan matikan setem. Borang akuan pendapatan penjamin, ibu / bapa kena isi.
TQ.

semoga saye dpt bertemu dgn ank encik sbb saye pon dpt kos ini juge di uia..