Sunday, August 15, 2010

Apakah Petandanya?

Sewaktu perjalanan pulang dari Tanjung Malim, aku terkandas di Batang Kali. Alhamdulillah tidak di tengah2 hutan ataupun lebuhraya. Itulah agaknya nasib baik di bulan Ramadhan ini. Sebaik sahaja tiba di trafik light Batang Kali, temperature kereta aku melonjak kepada maksimum. Aku dah syak mesti masalah tangki air. Kebetulan di simpang tiga Batang Kali terdapat bengkel dan aku terus membelok ke arah bengkel tersebut. Jam dahpun menunjukkan pukul 3 petang.
Bila di check oleh mekanik, memang sah tangki air aku punya problem. So, terpaksalah aku tersadai di bengkel tersebut sehingga jam 6.30 petang baru aku boleh bergerak. Dah terlanjur masuk wad, aku terus buat keputusan untuk tukar mounting enjin terus. Setelah dicongak-congak untuk pembayaran, hampir mencecah RM1000.00 ringgit juga. Nampaknya merosotlah sedikit rezeki untuk hari raya nanti.

Adakah itu menandakan rezeki aku tak ada untuk bulan Ramadhan ini? Adakah itu juga petanda bahawa kereta aku dah semakin uzur setelah dilanyak dan dilasak sepanjang pengajian? Adakah itu juga petanda bahawa kereta aku dah mula merajuk apabila aku asyik menelaah dan meneliti kereta lain dalam laman Mudah.com bagi mencari kereta baru???

Inilah gambar tangki air kereta aku. Jika dibuat di bengkel yang sesuai, pasti kosnya tidaklah setinggi itu tetapi disebabkan dalam keadaan terdesak, kita perlu akur sahaja dengan harga yang ditetapkan.

30 komen:

Itulah harga sebuah perjuangan. Berkorban material dan mental. Tapi Insya Allah habuannya berlipat ganda.

Terima kasih Cikgu Aida. Inilah yang menjadi kenangan abadi dalam sejarah kehidupan yang bakal diberitahu kepada anak2 betapa susahnya untuk mendapatkan ilmu.

kerosakan kecil tu faris.. ade hati nak tukar kereta kot. hehehe
dalam kecemasan tu macam tu lah faris.kat genting dulu kereta aku berasap..pecah paip getah.regenya rm15 tapi kena cas rm100.bayo je lah ....
kesibukan kita dok ke sana ke mari lupa nak cek kereta.tak pe dah rezeki makanik tu..

asam garam perjuangan faris....!

JM,
Kenapa ya ada manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Dah adat dunia agaknya bila semua orang mengejar kebendaan.

YBS,

Asam, garam, kunyit, aji-no-moto ..... itulah yang menjadikan kita matang dan dewasa. Macam kau lagilah Cop, sbb dah ada cucu.

ris...apasal tak call aku...aku baru tukar radiator tu..baru rm 400..samalah kita menggunakan keta yang manja dan mengada ngada...WAJA BUATAN MALAYSIA...tandanya kau memang layak pakai keta baru...yang kecil dan mudah ..

KK,
Aku hanya tukar radiator cover yang harganya RM180+RM95(upah)+RM20(coolant). Bakinya aku tukar engine mounting yang sepatutnya dah lama aku tukar tetapi dh alang2 masuk bengkel, aku tukarlah terus.

Jangan tunggu, beli kereta baru je faris ! Aku sokong !

Ha ha ha ... Li, nk beli kereta baru tak jadi masalah. Yang jadi masalahnya ialah bila nak bayar bulan-bulan tu aje. Anak2 pulak perlukan duit untuk belajar. Ingat lagi Datsun Tonggek kau tu, nostalgia betul.

biasa la tu bagi org yg ada keta. kalau keta meragam kita senang2 aje keluarkan duit, sebab kita nak naik dia..tapi kalau isteri meragam..kita minta tangguh atau buat dono saja... tapi dia tetap kita naik juga (ehhh melalut pula dlm bln posa ni).heeee.

bln sudah aku juga terpaksa habiskan rm 4500 repair keta juga.mkn juga sebab dok intai2 keta lain...mcm ko juga faris.keta ni sensitif lebih dari bini.kadang mcm nak percaya juga.entah lah mkn org lain mengalami perkara yg sama juga.

mcm mana pula kalau kita intai2 mencari isteri baru, entah apakan jadi?(cop boleh jawab kut)

tapi pun mkn gaji yg kita dpt atau duit simpanan kita tu bukan rezeki kita. redo saja lah faris dan aku juga. heheheeeee.

Guru Biasa,
Kereta dan isteri kau sama-sama kan.... Isteri tetap satu... lainlah Cop. JAWAB COP soalan Guru Biasa ni.

Rezeki tu mmg tak ada agaknya. Atau dia tahu tak lama lagi nk dpt tunggakan. He he he ....

nape mesti tanye aku, nape tak tanye sabri ke bolhassan ke....????

grrrr....

leh tak aku tlg jawab utk faris? kalu tanya sabri dan bolhassan jawabnya tak ada jawapan sampai bila2 pun.mereka mana ade berblog.

ko ....dah sah dah akan jawab. tak gitu. hheeeeeee.sabor..sabor bulan posa ni.

sabor lah faris.selagi kerete tak jd masalah sgt..pakai je lah.banyak dah jasa dia.hehe.
asik repair ganti spare part..dah jd mcm kerete baru pulak ye.

YBS dan Guru Biasa,
Apa yg jadi persoalan dah terjawab. Ha ha ha ....

Joni,
Betul tu cakap kau. Tak jadilah aku tukar. OK kan.

kalu nak murah pegi aje jpj, tukar no plate... jadi le kete baru. heheeee.....

Good Idea Orang Biasa. Kau buat dulu, nanti aku follow. he he he ...

bagus idea orang biasa.kereta baru ni sedap naik seminggu je.lpas tu dah jadi macam biasa jgk.hehehe

Betul tu Joni. Macam juga isteri baru. Cuba tanya Ucop, Sabri dan Bol..... he he he.....

isteri baru tak yah cakap le. tapi isteri lama kalau di servis,
dioverhaul dan digremball jadi juga mcm kereta baru. hehheheeeee.

entah2 lagi pickup lebih.eeeerrrrr.

Orang biasa,
Pasal tu, boleh turunkan ilmu dan petuanya tak? He he he ...

tak payah le petua2 tu. aku takut nanti dua2 tak pegi keja.

asyik dok memerap dirumah saja.kan nanti banyak keja tak selesai. hehheheeeeee..

Dalam perjalan ke upsi, 3 minggu lepas saya pun kena mcm tu di lebu raya dekat ipoh, tapi alhamdulilah, kena pada tempat, masa dan orang yang dtg membantu, seorang pomen tak jauh dari situ, bila dia nampak keta saya tersadai. Rosaknya kecil, paip getah bocor, jadi kosnya kecil jugalah. Ada hikmahnya Faris. Selamat berjaya.

CH itu hos murah aje.....kalau sesak boleh pinjam hos paip air tak?

Orang Biasa,
Petua kau tu nak pakai sorang aje. Tak nak kongsi ye.

Che Hassan,
Itulah perjuangan yang terpaksa ditempuh. Pahit manis perjuangan itu adalah sesuatu yang kekal diingatan.

laaa ko faris nak juga petuanye... biar aku bagi. senang aje...ko bawa misus ko ke spa ke,saloon ke ,senam areobik ke dan jangan lupa tempat2 spt london body shape seminggu sekali. hasilnya tentu meletup2. poket ko juga boleh meletup. heheeheeeee.tu saja petua nya.....

mampir nich...
menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
salam....