Thursday, November 11, 2010

November Yang Sibuk

Bulan November merupakan bulan yang agak sibuk. Bermula dengan kursus di IAB, majlis makan malam di PD pada 12 dan 13 Nov, ke Ranau, Sabah pada 14 hingga 16 Nov, Persaraan Pengarah pada 19 Nov, Raya Haji, ke Pendang, Kedah pada 20 dan 21 Nov, mesyuarat takwim di Seremban pada 23 hingga 25 Nov dan mesyuarat SKU/SKT di Kuantan pada 30 hingga 2 Dis begitu memenatkan. Apa yang menjadi kerisauan ialah proposal tesis aku yang masih belum dihantar untuk kelulusan penyelia. Jika ini lewat, bermakna aku tak akan dapat menjalankan soal selidik apabila sesi persekolahan 2011. Semuanya terpaksa aku selaraskan dan pastikan aku akan dapat menamatkan pembelajaran aku mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jikalau tidak, aku terpaksa tangguh satu semester lagi.
Siapalah yang boleh bantu aku ni......... he he he he .....

7 komen:

Kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, hantar le. Boleh saya kongsi bantu dengan ustazah Azian.

Ya ke? Nantilah kalau ada peluang minta tolong, boleh saya panggil untuk bantu. TK kerana sudi membantu.

mohon la kpd Allah pertolongan tu. moga2 diberi kelapangan masa.

mohon kpd makhluk apa yg dapat?

semoga berjaya.

saya ingat nak bawa Faris bawa jalan-jalan hari itu.Tapi masa tak sesuai.Sapa2 member yang ke Sabah tolong bagi tau sya kot2 saya ada masa.Baru2 ni saya ada jumpa Hj Sabri di Kota kinabalu.

anas sabah

Anas,
Sorry tak dapat ikut Anas. Saya telah dijemput oleh pegawai2 JPN Sabah. Pergi makan tengah hari di Gayang dan selepas tu terus ke Ranau. Isnin ke SK Timbua dan Pra sekolah Tumbalang yang masanya 2 jam perjalanan tanah merah. Kemudian terus ke KK dan sampai sekitar jam 7 petang. Hari ni dh balik flight pukul 12.15 tgh hr.
TQ Anas.

Salam Faris,
No telefon ngko dah tak boleh contact lagi. Aku dan Ani nak jemput ngko sekeluarga datang ke rumah aku pada 28/11/2010 (Ahad) ke majlis sambut menantu anak aku (Hadi). Kalau kebetulan balik ke Rompin atau masa laoang untuk hadir jemput ke majlis berkenaan Faris !

Salam Li,
No HP aku tu coverage dia kurang sikit di Putrajaya. Maxis punya coverage kurang memuaskan. Terima kasih di atas jemputan kau tu. Tapi maaf kerana pada tarikh yang sama diadakan majlis perkahwinan anak saudara isteri di Muar. 21 Nov lalu majlis di rumah perempuan di Pendang, Kedah. Minggu ini sambut menantu di Muar. Tak apa Li, ramai lagi anak kau tu, insya-Allah kalau ada kelapangan akan cuba hadir. Jangan serik jemput aku lagi dahlah. Selamat Pengantin Baru Untuk Hadi. Kirim salam aku aje kepada dia.