
ALFATIHAH!Ini merupakan gambar terakhir bersama arwah ayahku sewaktu hari raya Aidil Fitri yang baru lalu. Arwah ayahku telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2010 jam 6.15 petang akibat kegagalan organ berfungsi disebabkan kuman telah memasuki ke dalam saluran darah yang berpunca daripada penyakit kencing manis.Alhamdulillah segala urusan arwah sebaik sahaja meninggal dunia berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan. Bermula dengan kematiannya, memandi dan mengkafankan jenazahnya, membawa pulang dari Hospital Serdang ke kampung, mengebumikannya dan sehingga tamat kenduri dan tahlil arwah selama 3 hari.Selaku anak sulong...