Kesibukan aku di luar jangkaan. Bermula dengan esok (21 Feb) hingga 23 Feb di Grand Bluewave Shah Alam, aku akan terus ke Pangkor pada 23 hingga 26 Feb. Masalah yang aku hadapi, 25 Feb malam ada mid term pulak. Hush..... pening kepala dibuatnya. Nampaknya aku terpaksa cabut balik awal dari Pangkor. Terpaksalah bawa kereta sendiri supaya dari Lumut boleh terus ke Tg Malim.
Lepas tu baru sambung semula iaitu 28 Feb hingga 3 Mac di Langkawi. So, harapan aku tipis untuk menyelesaikan Kertas Projek aku yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada 17 Mac 2011. Sambunglah aku satu semester lagi nampaknya. Inilah dilema yang dihadapi oleh mereka yang belajar sambil bekerja. Hanya kekuatan minda dan semangat sahaja yang mampu mengatasi segala-galanya. Aku perlu terus kuatkan semangat dan tanamkan tekad supaya tidak timbul rasa putus asa. Bab 1 hingga Bab 3 masih dalam bentuk draf. Nak jalankan soal selidik pun tak boleh lagi. Apakan pulak nak buat Bab 4 dan Bab 5????
Teruskan perjuangan.......
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
3 komen:
semoga berjaya yer...
wow padat betul tu faris. tp kau boleh sattle punye tu,..kacang je tu bagi kau..soal selidik tu tak boleh copy ke hehehe
semoga tidak putus asa...
JM,
Kacang putih atau kacang rebus? Aku jadikan kacang blender untuk kuah kacang. He he he ...
Post a Comment