KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEDAMAIAN PANTAI

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

KEHENINGAN MALAM

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Ha.. ha... ha....

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Tuesday, September 11, 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015


Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.
·          Meningkatkan kualiti guru
·          Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
·          Kualiti dalam latihan perkhidmatan
·          Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

Meningkatkan kepimpinan sekolah.
·          Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
·          Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

Meningkatkan kualiti sekolah.
·          Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
·          Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
·          Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
·          Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
·          Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
·          Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
·          Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
·          Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
·          Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
·          Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
·          Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.
·          Satu peristiwa bersejarah akan dicatatkan apabila dilancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025 yang akan dilancar tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik, pelan ini juga akan digunapakai pada tahun 2020. Bagaimana pula dengan intipatinya nanti? Selepas pelancaran nanti pandangan dan cadangan masih lagi diperlukan dan orang ramai masih berpeluang untuk mengemukakan pendapat sebelum dimukatamadkan pada penghujung tahun 2012 nanti. Untuk pengetahuan, sebahagian cadangan laporan awal nanti adalah diperoleh daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang mana telah diadakan diseluruh negara. Sumber : Utusan Malaysia 8 September 2012

Wednesday, June 13, 2012

Kali Ke-3 Dalam Sejarah Perkhidmatan - Syukur Alhamdulillah





Friday, April 13, 2012

Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPSI



7 hingga 9 Mei 2012

Monday, February 13, 2012

Akhirnya Tamat ................

Salam,

Setelah hampir 2 tahun lebih bergelumang berbekalkan kudrat dan semangat yang masih ada aku telah berjaya juga menamatkan pengajian. Kemampuan di usia yang agak lewat bukan menjadi penghalang kepada diriku kerana aku bersandarkan kepada semangat juang mereka yang lebih berusia daripada aku.

Kesemuanya 11 kertas dengan 36 jam kredit telah berjaya aku lalui. Dari 11 kertas, aku berjaya memperoleh A bagi 9 kertas dan A- bagi 2 kertas dengan 3 semester mendapat GPA 4. Secara keseluruhannya aku hanya berjaya mencapai setakat 3.93 CGPA dan setakat itulah kemampuan yang dapat aku capai. Apa yang menggembirakan aku apabila status pada slip keputusan akhir menyatakan bahawa ANDA TELAH BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN. Itulah ayat keramat yang memberikan aku kepuasan yang tidak dapat digambarkan kerana aku boleh berjaya seperti orang lain.

Semangat aku sekali lagi dibakar dan diuji supaya meneruskan lagi apa yang aku usahakan. Aku sendiri sedang mencongak dari segi kemampuan kewangan dengan anak-anak yang memerlukan perbelanjaan yang lebih, kesihatan badan yang semakin terbatas, kekuatan fizikal yang semakin menurun dan kekuatan minda yang tidak seberapa. Namun begitu semangat aku sentiasa membara dan hasrat untuk meneruskan ke satu peringkat akhir menjadi perkiraan aku. Mampukah aku??????????

Monday, January 30, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

ADAKAH INI SIKAP DAN MENTALITI YANG ADA PADA RAKYAT MALAYSIA? SUBSIDI YANG DIBERI SERING TIDAK DIHARGAI.

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Wednesday, September 21, 2011

Data Entry


Soal selidik yang dihantar dah pun sampai di tangan. Pergelutan hebat sedang dilakukan demi memastikan data entry dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mengejar masa. Setakat ini dah hampir 230 responden punya dah di key-in dengan setiap responden melibatkan 77 item. Dah musim sampai kemamar biji mata kerana terpaksa tidur hampir pukul 1.00 pagi. Ada sesiapa nak tolong???????