Friday, November 21, 2008

Minggu Yang Sibuk Berterusan

Minggu pertama cuti sekolah telah berakhir namun aku masih lagi tidak dapat untuk bercuti. Minggu depan datang lagi satu program yang terpaksa dihadiri iaitu Konvensyen Nasional PIPP pada 24-27 November 2008 di IAB Genting Highlands. Nampaknya minggu kedua cuti pun masih tidak dapat lari dari kesibukan. Walau apapun agak seronok juga kerana dapat mengembalikan nostalgia di IAB semasa mengikuti NPQH.
Kepada rakan2 yang turut sama dapat undangan menghadiri konvensyen ini, kita jumpa di sana nanti.
Terima kasih.

4 komen:

kau ingat tak sapa yang membelai rambut kau sambil baring atas ribanya. orangnya ialah AKU. dekat mana? dewan IAB. Bila kau tengok dewan tu kau ingatlah minggu orientasi NPQH 9 semasa menjalani PERASA

Terima kasih lah Sop kerana mengingatkan aku kembali kepada tempat pertemuan kita kali pertama sambil saling mengenali di antara satu sama lain.
Kau tak dijemput ke konvensyen ni? Wakil Pahang siapa? Terutama dari Rompin.

wah, sangat sibuklah kau faris, tiap2 minggu ada program... jaga diri dan kesihatan! banyak lagi perkara yang perlu difikir dan diselesaikan...hehehe

Cop,
Harapan aku minggu depan ada masa free dan terluang. Memang penat dan perlukan masa untuk berehat sikit.
Hari2 layan parent yang nak tandatangan dan pengesahan untuk ke MRSM, KRK dan SMKA. Susah juga bila dah ramai yang dapat cemerlang dalam UPSR ni.
Alhamdulillah kerana setakat ini kesihatan aku dalam keadaan baik dan diharap akan sentiasa tip top.