Monday, November 17, 2008

Minggu Yang Sibuk

Minggu ini walaupun cuti sekolah telah bermula tetapi ia merupakan minggu yang sibuk bagi diriku. Aku telah merancang mengadakan mesyuarat2 perancangan bagi persiapan tahun 2009 dan telahpun bermula pada hari ini. Jangkaan aku, aku dapat bersama2 dengan guru aku untuk membuat persiapan namun apakan daya kerana di saat-saat akhir aku terpaksa menghadiri pelbagai aktiviti.
18 November akan bermula pra audit dan diikuti dengan jamuan akhir tahun di Restoran Melayu, KL. 19 November pula semua GB daerah Hulu Langat akan berkampung di SK Seksyen 9 bagi sesi perjumpaan dengan Pengarah yang baru. Seterusnya pada sebelah petang terpaksa pula mendaftarkan diri untuk Kursus Audit di Hotel Grand Continental, KL sehingga 21 November 2008. Hari Jumaat merupakan pertindihan kerana serentak dengan itu terpaksa pula menghadiri Mesyuarat ABM Perjawatan Guru bagi tahun 2009.
Bagaimana dengan rakan2 yang lain? Pastinya sedang sibuk bercuti ketika ini.

Terima kasih.

2 komen:

kau mana pernah tak sibuk Faris??? Time tak bape sibuk, kau pulak buat hal, menyibuk2kan diri sendiri dengan pelbagai 'aktiviti'... hehehe. Anyway walaubagaimana sibuk pun jaga diri dan kesihatan!!!

faris
sibuk sibuk jugak, kalau lambat kau tak dapat balik rompin atau lenga sebab banjir dah nak mula, di rompin cuaca mendung setiap hari, kalau panas, berebut jemur baju, jeti kat rompin dan jadi jeti kargo, aku hari hari tengok dia orang kerja...sebab aku tak ada kerja.
bagus jugak settle cepat buat menghadapi tahun depan, dah prepair. senangkan. kalau balik rompi, hello kita pekena roti canai kedai usop