Monday, June 29, 2009

Mesyuarat Pengurusan Akademik 30 Jun 2009

Hari ini aku terpaksa mengarahkan Penolong Kanan aku menyiapkan segala maklumat akademik UPSR bagi keputusan pertengahan tahun. Esok semua Pengetua dan Guru Besar dipanggil untuk Mesyuarat Pengurusan Akademik di PPD dan membentangkan segala keputusan sekolah masing2 (UPSR, PMR & SPM). Setakat ini semua maklumat tersebut telah siap dan terima kasih kepada PK aku yang bertungkus lumus menyiapkannya. Antara yang perlu dibentangkan adalah pencapaian semasa menerusi Head Count 3. Jika dibandingkan dengan pencapaian sebenar UPSR 2008, agak masih jauh untuk dicapai. Diharap ianya akan meningkat dan terus meningkat menjelang peperiksaan percubaan.

2 komen:

tempat aku dinamakan mesyuarat audit kurikulum tu faris. dah buat pd minggu lepas tp aku tak dpt hadir krn mc... utk upsr kami mesti hadir utk 3 kali mesyuarat audit kurikulum tu....

Cop,
Kalau gitu samalah maksud dan kandungan mesyuaratnya. Dalam mesyuarat ini diadakan majlis anugerah kecemerlangan UPSR 2008. Sekolah aku dianugerahkan lonjakan saujana kerana peningkatan melebihi 11.95% dan anugerah peningkatan 3 tahun berturut2 UPSR. Itu semua adalah berkat hasil usaha dan kerja guru2 aku. Tahniah kepada mereka juga.