Setelah selesai meraikan guru-guru dari wilayah selatan Thailand yang dibawa oleh Institut Perguruan Islam, aku terus melaksanakan temujanji hospital aku pada hari ini. Alhamdulillah kerana bacaan tekanan darah aku 135/81 dan ini bermakna agak stabil walaupun dalam kesibukan dan tekanan. Kesibukan dalam menyelesaikan segala tugas dan tekanan dalam menghadapi tugasan dan kuliah yang akan bermula semula esok hingga Sabtu setelah minggu lepas bercuti H1N1. Tugasan aku masih belum siap, apa nak kata??? Nasib baik bila dah cuti, tarikh presentation pun tertunggak juga. Aku agak ralat kerana tidak dapat bersama dengan guru-guru aku yang akan melaksanakan kursus simen pero dan perkhemahan ibadah. Syukur juga aku tak perlu ke Kuantan pada hujung minggu ini kerana anak sulong aku akan balik hari esok kerana UIAM ditutup kerana H1N1 selama seminggu. Aku minta anak aku balik dengan bas sahaja dan ini merupakan kali pertama dia balik menaiki bas. Aku doakan semoga ia selamat sampai dan perlu aku rasa dia belajar sesuatu dalam kehidupannya dalam menempuh alam dewasa.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
1 komen:
haah faris, budak2 sekarang ni kekadang main merintah jer mak bapak dia suruh hantar ler suruh dtg amek ler....bila lg nak belajar berdikari kan???
bagus lah kalau ko sentiasa sibuk, aku pasti ada orang yg suka ko berkeadaan sedemikian....hehehe
Post a Comment