Kadangkala kita hanya boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Harapan agar tiada program lain yang mendatang tidak dapat dielak. Pihak Institut Perguruan Islam pula nak datang ke sekolah pada 6 Ogos dengan membawa seramai 20 orang pelawat dari Thailand bagi melihat dan meninjau pelaksanaan program j-Qaf. Nak ditolak agak serba salah kerana yang memohon adalah rakan2 juga. Dalam mengurus organisasi ini terpaksalah saling tolong menolong dan bantu membantu. Walaupun dimaklumkan saat2 akhir aku tetap terima dengan harapan apa yang aku permudahkan urusan orang lain semoga segala urusan aku juga akan dipermudahkan juga bila tiba masanya.
Tup tup... datang lagi satu surat dari UKM yang meminta GB dan 3 orang wakil guru untuk sesi Syarahan Alumni yang mengutarakan Tan Sri Dato' Alimuddin Md Dom (KPPM) sebagai pemidato utama. Aku terpaksa pergi juga bersama guru2 tetapi aku memutuskan utk bawa seorang guru aje kerana UKM seboleh2nya mahu guru lepasan UKM sebagai Alumni. Jika kuliah aku berjalan seperti biasa dan UPSI tidak tutup, aku terpaksa hadir sekejap aje pada hari Jumaat (7 Ogos) tu.
Apa yang pasti rakan aku si Yusof Sipan mesti jeles dengan kesibukan aku kerana tak dapat melayan dia chatting. Kah kah kah.... Hidup mesti sentiasa gembira dan aku harap akan terus gembira walaupun hakikatnya aku sedang tension (assignment tak siap lagi!!!!!)
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
7 komen:
faris baik kau sediakan scan utk tetamu kau dr thai tu, takut2 dia org bawa wabak selsema babi. naya sek kau nanti. skrg ni serba mungkin.
di daerah aku ni, di sebuah sek men telah ada yg positif h1n1 setelah balik dari kem di ukm. hati2 kwn. nsht aku kau pki topeng je. minta usop dptkan dari zaijb
Pirzan,
Pelawat dari Thailand ni semua orang Islam. Nak tengok pun program j-Qaf. Atas nama keimanan, mungkin dia orang tak bawa wabak tu. Yang penting tawakkal aje kepada Allah. Kalau nak kena, dalam kelambu pun kena.
Berdoa ajelah banyak2.
faris,
ko tak balas pun komen pirzan yg suruh kau pakai topeng dan minta aku dptkan drp zaijab....hihihi
apalah pirzan ni kan, kalau ko nak topeng tu nape suruh aku pulak yg mintakkan drp zai.... blur la si pirzan ni....hahaha!!!
wei faris (terlupa nak komen td....)
dlm kelambu mmg selalu sama ada mengena atau terkena la !!!!!
jangan bagi cikgu jqaf kau layan... suruh cikgu jqaf kau ke kantin buat air...kan boleh caya orang siam ni faris..hahahahaha
Sof,
Dah selesai pun program lawatan Thailand tu. Tercengang2 juga dia orang tu dengar aku goreng. Nasib baik tak hangit aje.
Sebenarnya dia orang tu nak belajar sesuatu dari negara kita. Kedatangan dia orang pun ditanggung sepenuhnya oleh KPM untuk kursus selama 2 minggu. Dapatlah aku berkongsi dengan dia orang.
Esok orang Bangladesh pula datang. Tiap2 hari orang luar negara datang minggu ni. Tapi....... orang Bangladesh tu datang dengan van untuk mesin rumput aje. He he he..... Jgn marah Sof.
faris,
aku langsung tak marah tp nak tergelak ade la sbb selain drp mat2 Bangla tu aku pelik jugak knape takde si mata sepet sedara ko dr Cina tu dtg, dia dah lupa ke kat ko??? hahaha
Post a Comment