Semester ini merupakan semester yang agak kalut dan kelam kabut bagi diri aku. Perubahan tempat bertugas sedikit sebanyak mengganggu iklim pembelajaran. Pendek kata tangan tak tercapai dengan kepelbagaian. Apa yang aku harapkan ialah dapat menamatkannya dengan jaya. Jika semester ini berjaya ditamatkan, itu bermakna hanya tinggal satu semester sahaja lagi yang akan bermula Disember ini hingga April 2011. Itupun jika tidak ada sambungan semester talian hayat kerana sedikit sebanyak bergantung kepada masalah teknikal melibatkan perkhidmatan.
Biasalah... apabila nak berakhir semester, pasti sibuk dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diberi. Baik tugasan yang diberi awal ataupun akhir, di saat akhir juga disapkan. Ha ha ha ... Aku turut berjuang dengan anak2 yang menuntut di IPTA juga yang sedang sibuk dengan final exam mereka. Berikanlah aku kekuatan dan semangat kental.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
teruskan cikgu faris..nampaknye saya ini adalah sem terakhir. Insyaalla bln 3 ni naik pentas la saya konvo lg sekali.. tapi rasa macam tak puas lagi belajar.. kejap sgt rasanya wat master ni..
Baguslah CG Rosnah kalau boleh smpi target naik pentas bulan 3 nanti. Kalau tak puas, tak ada masalah, boleh sambung untuk PhD pulak. Saya baru meeting untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh PhD dan Master. Unjuran peruntukan tempat bagi tahun 2011 dijangka sebanyak 100 tempat bagi PhD (50 tempat diberi kepada IPGM). Boleh cuba mohon cuti belajar.
Post a Comment