Assalamualaikum..
Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK.
Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-
1. Wanita Al-Ananah:
* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)
2. Wanita Al-Mananah:
* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"
* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.
3. Wanita Al-Hunanah:
* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”
* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4. Wanita Al-Hudaqah:
* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga)
5. Wanita Al-Buraqah:
* Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
* Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
* Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek
6. Wanita Al-Salaqah:
* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
Glosari:
1. Lagha : sia-sia
Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
8 komen:
selagi tak kawin dgnnya mcm mana nak tau wanita tu jenis apa haaa? ananah ke,mananah ke..hunanah ke...tapi yg pasti kalu yg bernanah tu mesti dijauhkan...takut ada hiv atau penyakit2 lain...hheeeee.
Mcm ni kena tanya Yusof Sipan, Sabri dan Bol.
usop, sabri, bol memang pakar bab tu ye faris..pakar rujuk.
Betul tu JM. Orang lain apa kata pulak????
ha a hanya jauh hari yang kenal maknikam
hooi JM... jauhari le bkn jauh hari dan manikam bkn maknikam.
ko baru lepas menikam ke? hheeeeee.
JM dan Tokek Gekko,
Sama dan serupa atau tak sama dan tak serupa. He he he ...
farissss...
same but not alike...heeee.
Post a Comment