Pagi yang indah ini…
saat mentari bersinar…
saat burung2 berkicau…
saat cuaca yang sangat cerah menyinari rumah kami…
rumah mungil tempat kami berteduh…
diterminal mimpi aku terbangun…
dalam sadar kulihat kekasih hatiku terlelap dalam tidurnya…
kubelai rambutnya yang lembut….
kubisikkan sebuah kata ditelinganya…
kukatakan aku sangat mencintainya…
Udara pagi menghentakan diri...
Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata...
Tersadar termenung dimanakah jiwa ini...
Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana...
Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini...
Saat cinta Nya merasuki jiwa...
Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad...
Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit...
Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta...
Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci...
Diiringi bisikan rindu bergemuruh...
Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta...
Semoga dipertemukan dalam tali kesucian...
Benang keredhaan...
Jiwa keikhlasan...
Dalam kehidupan kelak...
Bersama Nya.. .
Amin ya robbal alamin.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
14 komen:
Faris, saya nak daftar 12/12 ni, apa lagi yang nak saya sedia? Betulkah sesi pendaftaran tu sampai sehari suntuk?
salam,
puisi yg cukup indah... menyentuh perasaan...
moga hari ini dan hari seterusnya kita masih boleh bernafas dan menikmati kurniamu tuhan...
banyak lah kau punya cinta faris...bila lak kau pandai bermain dgn kata kata ni...ni mesti kau free ni...ada masa...tau tak per...betapa boringnya hidup kalau duk sorang sorang...hahahahaha, yang menarik komen yang muncul tu ...hahahahaha...aku terasa jauh pulak
Gud attempt..I'm speechless!
Salam Faris,
Sejak bila pulak Mat IT dah jadi Mat Jiwang!Ni mesti nak ikut jejak kembara kelana yang sentiasa kaya dengan kata2 yang bisa meruntun perasaan.. Apapun puisi tu memang sungguh indah..
(Saya teringat Arwah En Ali Yaacob (pakar motivasi) yang pernah mengajar Sains semasa di tingkatan 3 yang juga sangat aktif dalam kelab kebudayaan sekolah spt koir,drama dll..
Che Hassan,
Sesi pendaftaran memang sehari suntuk. Semuanya berstruktur dan kemas dikendalikan oleh UPSI. Dokumen lain yang perlu dibawa selain dari yang diminta ialah salinan sijil2 akademik, salinan sijil nikah, salinan surat beranak, salinan KP dan beberapa dokumen peribadi. Kalau bawa semua dokumen peribadi lagi baik kerana kalau dia minta just fotostat aje. Itu semua untuk fail peribadi. Kalau tak siap hari tu pun, boleh hantar kemudian. Gambar pasport pun jangan lupa. Saya difahamkan mulai group U, kena ambil 40 jam kredit.
TK.
Zaijb,
Thanks. Terasa akan kecintaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan kejayaan yang cemerlang terutama dalam exam semester 1.
KK,
Memang dah tak lama aje masa free aku ni kerana mulai 14 Dis, dh mula nak start kuliah sem 2.
Sebenarnya tak tahu apa yang nak dipostkan dalam entri ini, maka timbullah idea itu bagi meningatkan diri tentang kekuasaan Allah. Terutama rasa syukur kerana aku cemerlang dalam exam sem 1. Kau dah balik atau masih di KL? Macam mana laptop anak kau tu, ada problem lagi ke?
Shikin,
Just read it if you can't speech it. I know you like it. He he he...
Ton,
Lama menyepi. Amacam, dah free ke masa sekarang. Atau dah mula merancang untuk sesi 2010?
Mat IT sesekali nak juga jadi Mat Jiwang. Masa di kolej dulu, ahli Panitia BM. Pernah buat persembahan di kediaman MB Perak ketika itu. Opsyen pun BM, tapi ajar MT aje di sekolah dulu. Bakat dah hilang, nak cuba asah2 kembali kalau menjadi. Berat kepada tak jadi aje. Saja suka2, nanti buat puisi IT pulak. He he he....
KK punya jejak tak boleh lawan. Dia memang berbakat tinggi dalam penulisan.
Pendek kata, otak kiri dan kanan kena asah selalu supaya seimbang terutama bila belajar ni.
faris,
tahniah krn berjaya cemerlang utk semester pertama ko tu, keep it up!
aku mmg dah tahu lama dah yg ko tu mmg mat jiwang, hehehe....
Terima kasih Faris atas info. Wah lebih banyak kredit ke atau kurang?
YBS,
Ye ke Cop aku ni Jiwang??? Kalau gitu ko tak kenal aku dengan mendalam lagi Cop. Aku belum dalam kelompok jiwang lagi dan tak ada bakat pun. He he he...
Che Hassan,
Selamat mendaftar hari Sabtu ni. Jumlah kredit tu sebenarnya makin banyak sebab saya hanya kena ambil 36 jam kredit aje. 40 jam kredit tu adalah syarat baru MQA. Walau bagaimanapun tak usah bimbang kerana difahamkan subjek tak bertambah cuma beberapa subjek akan jadi 4 jam kredit yang bermakna ada kuliah berterusan selama 4 jam. Jika subjek 3 jam kredit, setiap kuliah 3 jam aje.
Post a Comment