Masalah profesionalisme adalah isu yang sering dikaitkan dengan guru-guru
permulaan. Isu-isu ini dilihat sebagai penghalang kepada hasrat untuk melahirkan
seorang guru yang berkesan dan berkualiti yang akhirnya dapat membentuk murid yang
cemerlang.
Abu Bakar Nordin (1994) telah menyenaraikan lapan bidang kelemahan guru
permulaan, seperti berikut:
- kurang mahir menguruskan aktiviti ko-kurikulum,
- kurang kemahiran menjalankan aktiviti sukan,
- tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah,
- kurang yakin mengawal disiplin bilik darjah,
- kurang pengalaman tentang masalah-masalah yang wujud di sekolah,
- kurang teori dan amalan latihan,
- tidak cukup kemahiran menggunakan pusat sumber, dan
- kurang kemahiran sosial.
2 komen:
faris,
ala biase ler tu, mula2 mmg ler tak pandai atau lom bape pandai, lama2 nt jadi tok guru ler pulak, hehe....
yg penting ade keinginan nak belajar, insyaAllah akan pandai!
Cop,
Betul tu Cop, sebab itu kita kena memainkan peranan kita sebagai pemimpin agar kelak suatu hari nanti mereka akan menjadi pemimpin dan pengganti kita yang berkaliber.
Post a Comment