Tuesday, December 1, 2009

Part Time Lecturer

Research Training Programme dah nak habis esok. Kelam kabut juga kerana masa terluang terpaksa digunakan untuk menyediakan slaid presentation untuk bagi lecture pertama dalam cuti sekolah ini pada hari Khamis (3 Dis) dan dijangka tamat pada 17 Dis. Ada empat topik yang perlu disiapkan manakala aspek penilaian pula masih tak siap soalannya. Tak rasa peluang berehat sewaktu cuti sekolah ni.
Kali ini tajuk yang diberikan adalah tentang pembinaan negara yang merupakan aspek pemupukan patriotisme, jati diri, sejarah, penjajahan, perpaduan, integrasi dan segala yang berkaitan pembinaan diri.
Apa yang penting adalah apa yang dapat aku sumbangkan ke arah pembentukan guru-guru baru yang akan memasuki sistem.

5 komen:

bentuk bakal guru tu elok2 ye....!

YBS,
Insya-Allah. Bakal2 guru tu akan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki dan dihasratkan oleh pihak KPM dan bukannya mengikut acuan Tok Guru. He he he..... Jangan jadi ajaran sesat dahlah.

This comment has been removed by the author.

tahniah. mengajar satu proses penyuburan ilmu.. kelas belum mula lagi ke?

Cikgu Rosnah,
Kelas saya akan bermula pada 19 Dis setelah pembayaran yuran pada 14 Dis serta seterusnya daftar kursus secara online sebaik sahaja yuran dibankkan. So, sempat habis tugas beri lecture baru start kuliah semula bagi semester seterusnya.