Wednesday, February 10, 2010

Google perkenal "Buzz" tandingi Facebook, Twitter

SAN FRANCISCO: Google kini memperkenalkan perkhidmatan emal percuma "Buzz", menjadi satu lagi rangkaian sosial yang bakal menandingi platform terkemuka Facebook dan Twitter.

Pengurus Produk Google Buzz, Todd Jackson menyifatkan penawaran platform baru itu sebagai "pembaharuan secara total dalam Gmail”.

Produk "Buzz" dilancarkan semalam di ibu pejabat Google di Mountain View, California.

Buzz bermula semalam dengan semua pengguna laman web emal Google - Gmail dihubungkan secara online dengan rakan mereka termasuk perkongsian maklumat terkini, video, gambar dan produk tambahan lain.

Langkah Google itu berikutan berdepan persaingan dengan rangkaian sosial lain seperti Facebook dan Twitter, yang membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman, aktiviti dan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara serta isu semasa. - AFP

Adakah dunia perlumbaan ini akan terus meningkatkan pembudayaan ICT di Malaysia? Atau adakah ia akan terus melekakan masyarakat sehingga 'soft skills' akan terabai dan hasrat kerajaan akan tidak tercapai?

17 komen:

buzz, buzz, buzzzzzzzzz....apa ni, face book n twitter lom cekap lg dah ada persaingannya pulak....!!!!

binzain,
jgn lmbt2 ikuti arus perkembangan dan peredaran. nnti terus tertinggal. zaman bergerak laju, kalau kita tak mengikutinya akan terus tertinggal zaman.

aku setia pada yang lama. kerahsiaan maklumat tak boleh guna kemodenan kerana tak selamat. tak cya tya osama laden. maklumat disampaikan cara lama. janganlah kagum sangat dengan benda baru kerana dlm baik ada muslihatnya.

aku baru dengar berita sinar.fm masa balik dari mesyuarat td ttg buzz tu....hehehe

MPMN,
Ada kala yang baru baik dan ada kala yang lama pun baik. Kebijaksanaan kitalah yang perlu memilih yang terbaik. Kat mana aku boleh jumpa Osama Laden ni MPMN??????

Cop,
Baguslah kalau kau dah dengar berita terbaru. Dalam kereta kau dengar radio ye, tak ada mesyuarat dalam kereta Cop?

faris,
aku kalau cukup kuorum, kat mane2 pun aku akan bermesyuarat....hehe

binzain nak ke Mekah. Jadi kau boleh kirim salam pd osama laden melalui binzain.

teknologi ni mmg baik. aku setuju. cuma ia boleh dimanipulasi oleh pihak yg berkepentingan. apatah lagi maklumat sulit negara. siapa yg buat sistem ni? tentulah penciptanya lebih faham produknya.

contoh ada laporan duit dlm simpana di bank hilang, cukup dgn panggilan melalui telefon dan dptkan nombor ic shj. penyangak ict mcm2 ada. hati2 jelah.

faris, aku dah tau dah buzz tu...dah download pun.kelmarin aku buka email aku dan ada buzzz ni.mcm2 ada, email jadi real tau.

insyaallah kalu diizinkan aku akan ke sana pada musim cuti penggal ini.skrg ni tengah mencari dan deal dgn pakej umrah.

mana aku nak cari osama ni...mpmn...??syarikat nya adala iaitu binladen.syarikat besar tau.

Cop,
Kau jgn jadi ahli mesyuarat tingkap dahlah.

MPMN,
Semua teknologi ICT ni mmg dtg dari US. Apabila kita menggunakan HP pun, satelit dh kesan kita berada di mana hatta dlm tandas sekalipun. Sekali lagi kita nampak kebijaksanaan P.Ramlee dlm Laksamana Do Re Mi yg boleh teropong Hussein Abu Hassan. Itulah yang kita alami dalam dunia teknologi sekarang.

Binzain,
Betul kata kau tu. Yang aku selalu nampak ialah syarikat lori Ben Laden di jalan2raya.
Mmg menjadi kebiasaan setiap org yg dh ke Mekah, akan merinduinya dan ingin pergi lagi. Itu pandangan orang yang telah ke sana termasuk kau. Aku belum merasainya, insya-Allah mungkin akan tiba giliran aku nanti.

buzzz...seakan zzzzzz je..kohort ppgb akan datang dimasukkan skill buzz ni ganti moodle hehehe

Jon,
Ingat lagi kau kepada si Moodle tu yang lemah lembut dan menawan. He he he... Kalau tak boleh juga buat Buzz tu, memang patut zzzz...zzzz.... aje.

alahai faris...mane boleh lupe si lemah lembut moodle kita tu. asik dok tengok dialah ramai yang lupe nak letak kat mana localhost, pe pe host lagi...

aku tabik kat hg ni jon. hg ingat lagi moodle n localhost. aku tak ingat sehabuk pung. yg aku tau hospower je. hg ni patutnya buat master sbb otak hg tu boleh pakai.

jan..setakat ingat je.. fahamnya habuk macam ko jg. sb tak faham lah aku tak buat master tu.sekarang ni sedang buat master of family management. uruskan sumber manusia yang ada kat rumah hahaha.free jan!