Wednesday, February 17, 2010

Lagi Menu Tradisional

Salam,
Sewaktu perjalanan pulang dari Penang, saya sempat singgah di Kuala Kangsar bagi menikmati Laksa Kuala Kangsar yang selama ini saya dengar popularitinya. Apabila ditanya2, dikatakan Laksa Pak Ngah adalah yang terawal di sini dan paling sedap. Alamak!!! Pak Ngah lagi. Agaknya Pak Ngah ni memang ada bakat memasak kerana baru semalam menikmati Mee Udang Sungai Dua milik Pak Ngah juga. Apa yang penting, layan aje kerana menu2 tradisional ini tidak begitu diminati dan digemari golongan muda dan remaja masa kini. Aku harapkan anak bongsu aku akan menyukainya dengan memperkenalkan kepadanya menu2 ini.


Laksa Pak Ngah


Disediakan secara bergerak kerana permohonan memperoleh gerai tidak diluluskan oleh Majlis Daerah


Inilah Laksa Kuala Kangsar


Saya meneruskan perjalanan lagi dan kali ini singgah pula di Ipoh. Tidak lupa kami sekeluarga singgah di kedai Mee Rebus Ramli yang popular di Ipoh.


Mee Rebus Ramli di depan Jubilee Park, Ipoh. Tempat aku selalu lepak sewaktu di kolej di Ipoh zaman bujang dulu.

Nampaknya tema aku bercuti kali ini ialah menikmati segala bentuk menu berunsurkan mee aje. Bermula dengan Mee Kuah di rumah Rofidah, Mee Udang di Penang, Laksa di Kuala Kangsar dan ditutup dengan Mee Rebus di Ipoh. Cuma sekali aje aku menikmati nasi iaitu Nasi Kandar dan Nasi Beriani di Restoran Hameediyah di Jalan Campbell, Penang.

Alamak!!! Berat badan dah semakin meningkat. Lepas ni kena control sikit. Selamat menjamu selera sambil bercuti.

8 komen:

Kau ni dah bukak tema baru ke...jalan2 cari makan. Kuala Kangsar ni tempat 1st posting aku tahun 84 dulu. Laksa Pak Ngah memang popular cuma aku aje yang tak makan laksa. Jadi taklah aku dapat berkongsi sedap ke tak pasal laksa ni. Tapi apa yang best kat Kuala dulu ialah Cendol dia. Sampai sekarang aku kalau ke kuala seboleh2 nak pekena walaupun lokasinya dah berubah.

Min,
Rugilah kalau kau tak makan laksa. Cendol aje aku tak pekena, lain kali bila pergi boleh rasa.
Tema aku untuk cuti2 kali ni, dah jadi macam tema kau juga Min. Asyik2 makan aje. He he he... Dah siap ke assignment kau tu?? Kata musim cuti TBC ni nak siapkan.

wah cuti CNY ni ko betul2 jalan habis...cuti2 msia kataka.jalan2 cari makan ke atau makan2 cari jalan.hehehe.

dialor star ada juga laksa yg sedap...laksa teluk kecai,ko tanya khalil tentu dia tau mana nak cari.ybs pun dah pernah makan laksa tu.

binzain..laksa tu ada dimasukkan daun ketum ke... (teringat daun ketum yg hang bawa masa di upsi..pak ya pecah mulut , paneh)

Laksa vs laksam, mana lebih sedap?

wei faris, makan jer keje ko masa cuti ni yer.... dah makin kembang ke perot ko? hehe....

laksam sedap....dulu pakai gunting nak memotongnya...

jon, aku tak bawa daun ketum...yg bawa pak ya lazim.aku cuma buat inovasi saja....teh daun ketum,nasi daun ketum ..itu saja.cuba mu tanya mereka yg rasa resepi aku ni ,apa komen mereka.. hehehehe.