Aku terpaksa mengambil cuti bagi menguruskan ayahku kerana keadaan kesihatannya yang tidak sihat akibat diabetes. Setelah berjumpa doktor pakar di KSH, keputusan diambil dengan persetujuan aku selaku anak sulong untuk memotong jari anak kaki kirinya dan membuang sedikit daging di kaki kanannya. Sebab itu aku tidak berkesempatan untuk mengunjungi blog dan membuat updating mahupun memberi respon. Kesemua adik2ku turut bersama kecuali emakku yang tidak sihat dan terpaksa ditinggalkan di rumah. Dalam usianya 73 tahun, keadaan jantungnya pun tak normal dan doktor menjelaskan mungkin ada risiko stroke ataupun lumpuh. Jika tak dibedahpun, kuman telahpun meresap ke dalam darah.
Dari kiri; isteriku, adikku no 2, aku dan adik aku no 3. Kami sedang menunggu di luar dewan bedah.
Seterusnya aku terpaksa pulang juga malam tadi dan tiba di rumah pagi ini jam 2.30 pagi kerana menghadiri sukan tahunan sekolah. Aku terpaksa menghadirkan diri kerana ia merupakan acara rasmi sekolah dan tambahan pula pada tahun lepas aku tak dapat bersama dalam sukan tahunan sekolah ini.
Keadaan ayahku pada hari ini seperti gambar yang dikirim pada hari ini oleh adik iparku melalui facebook.
Menurut doktor, jari tengah kaki tangannya pula ada sedikit komplikasi setelah pembedahan. Keputusan doktor masih dinanti.
Aku doakan semoga ayahku cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang komplikasi lain.
Trip ke Da Nang, Vietnam
6 months ago
15 komen:
Faris,
Saya doakan ayahanda faris cepat sembuh.Tabahkan hati
Anas,
TK atas sokongan moral dan doa yang diberikan. TQ.
Saya juga doakan ayah Faris pulih segera
Aida,
Terima kasih di atas doa yang diberikan.
mudah2an segera sembuhnya faris....
Cop,
TK byk2 diatas doa kau tu.
faris, semoga ayah kau makin sihat...bersabarlah.. tinggi ke gula dia. dan makan apa apa herba?.
Jon,
kadar gulanya tidak tinggi tetapi dah lama menghidap. keadaannya semakin teruk bila dia makan Gano.
Faris, jumaat lepas u takda di upsi la? Semoga ayahnda bertambah baik.
Che Hassan,
Mmg tak ada. Jumaat mmg tak ada kelas. Kelas hari sabtu, saya minta excuse.
bismillahirahmanirahim....semoga ayahanda kau sihat faris...
ada satu pokok namanya "Stavia",ko boleh gunakan daunnya yg manis untuk gantikan sebagai gula.dlm internet banyak diceritakan ttg pokok ini.aku berkesempatan menanamkannya sepokok dirumah..
di sg petani ada perubatan tradisional yg boleh menyembuhkan penyakit ini.
binzain,
tk atas maklumat tu. pokok stavia, selain di rumah kau dimana lagi boleh dapat? tapi.... bukan pokok ketum kan. he he he...
di sg petani tu, perubatan tradisional gunakan apa ye? kalau betul berkesan, nnti bila ke sana, boleh singgah.
Salam Faris,
Aku, ani dan anak-anak mendoakan Tuan Haji Johan akan segera sembuh. Tuan Haji Johan seorang yang baik dan peramah orangnya. Kalau berjumpa aku masa dia segar-segar dulu selalu dia menceritakan tentang engko sebagai anak sulong kebanggaannya.
Semoga Allah menyembuhkan Tuan Haji seperti sediakala.
Dan buat engkau bersabarlah kerana pasti sibuk ke hulu ke hilir namun berhati-hati memandu. Mengantuk tido Faris.
Li,
TK di atas doa yang diberikan dan semoga Allah s.w.t makbulkannya. Ayah aku tu klu bercerita mmg terus dan seronok dia aje. Tentang kepenatan dan keletihan tu memang benar2 terasa. Sabtu malam minggu tempoh hari tu pun kerana dah mengantuk sangat, aku tidur kejap di Petronas Muadzam Shah. Lepas tu baru sambung memandu dan sampai ke Kajang jam 2.30 pagi.
Hujung minggu ni pun akan ke Kuantan lagi.
TK byk2 Li.
Salam Faris....saya doakan semoga ayah Faris segera sembuh...
Post a Comment