Bulan Ramadhan akan muncul lagi pada tahun ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beribadah kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam dengan harapan sama-sama kita beroleh rahmatNya.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud  :
1. Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup  segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
2. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan  keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
3. Sesiapa yang mendirikannya  (puasa) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya segala  dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
4. Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang  sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada  Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan  kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya  melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan  perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu  perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun  syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan  meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka  engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian  engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,  manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
5. Setiap amalan  anak Adam (melainkan puasa) baginya  maka ia untukKu dan Aku akan  membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada  pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan  isterinya) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia  dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi  Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut  orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau  kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia  bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu  berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Anugerah Tokoh Guru Daerah Sepang 2024
6 months ago
 











4 komen:
syaitan saja yg dibelenggu. tapi ingat yg ada dlm diri kita saudara kembar syaitan masih lagi bebas kalu kita tidak mengawalnya.Iaitu NAFSU juga perlu dilatih dan dikawal dlm bln ramadhan ini supaya dlm bulan2 lain ia menuruti kita bkn disebaliknya.
Betul tu TG. Manusia sering kali tewas kepada tuntutan nafsu. Nafsulah musuh utama kita. Selamat berpuasa TG.
nafsu makan meningkat dlm bln ramadhan. lihat saja baru 1 ramadhan ,gerai kuih muih dan makanan ujud begitu banyak.kalu bkn bulan ramadhan gerai2 / pasar ramadhan ini tak ujud pun.
manusia berpusu2 nak ikut selera makan mereka.mengapa jadi begini? kita patut latih isteri ,anak2 kita supaya makan mcm hari2 biasa sahaja.
nafsu...nafsu....
Bagus juga bila kita berpenyakit. Sebab nak makan kena fikirkan kesan kepada kesihatan. Untung juga orang berpenyakit kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dll.
Post a Comment