Salam Rakan2,
Pastinya ramai di antara kita yang akan ternanti-nanti bajet 2011 dan juga PRU13. Saban tahun ia sinonim dengan pemberian atau anugerah kerajaan kepada kakitangan awam. Adakah ianya akan menjadi suatu realiti kepada kakitangan awam? Atau semata-mata omongan kosong bagi mendapatkan sokongan kakitangan awam?
Walau apapun tafsiran dan tanggapan, dari sumber-sumber yang tak rasmi bahawa melalui bajet 2011 golongan guru atau semua kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji baru iaitu sistem gaji sebaris yang melibatkan hampir 80 tangga gaji. Yang membezakan adalah starting point mengikut kelayakan akademik. Apa yang saya nampak di sini, kakitangan awam tidak akan menghadapi masalah berada di tangga gaji maksimum sebelum bersara. Manakala bagi mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran, difahamkan akan mendapat kenaikan satu gred atau beberapa tangga jika sistem gaji sebaris. Bagi yang mempunyai ijazah sarjana, difahamkan akan memperoleh elaun di atas usaha peningkatan ilmu.
Itu adalah di antara desas desus berita. Sekiranya tidak menjadi kenyataan, anggaplah ia sebagai salah satu usaha yang telah dilaksanakan bagi menaiktaraf perkhidmatan awam.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
kita teruskan kerja kita faris aku nak nanti kau panggil aku dr yusof dan aku panggil kau dr faris..hahahaha berangan...
KK,
Bagus cita2 dan semangat kau tu. Jika berita ini benar, ia menjadi satu pemangkin untuk meneruskan pelajaran. Aku kena jalan dululah KK selepas konvo tahun depan. Ha ha.... angan2 tu kena jadikan kenyataan. Be positif
Adalah Usop dan Faris..kat Kuantan Datuk KPPM ada sebut dgn lembut dan memberi satu senyuman lagi. Adalah tu
...kita tunggu sahaja. Sabar ye sabar Kak Kiah pun tak sabar bukan nak sangat hadiah2 tu..tapi sekurang2nya mereka tunaikan janji..taklah kumpulan harapan negara dan bangsa ini di lekehkan..Ini Maruah ye??? pening kita baca luahan kumpulan kita...seram..takut mereka terkilan dan mengambil t/kan yg merugikan negara. Ini apa Kak Kiah bacalah..
kak kiah ooooiiiii.....saya lagi seram bila dengar kabar2 ini.... bole caya tak ? hehheeee....eeeeeee seramnye....
Post a Comment