Nampaknya musim durian di Muar menjadi-jadi. Kesempatan balik atas urusan pertunangan anak saudara memanggil aku ke dusun durian atas pelawaan biras yang mempunyai dusunnya sendiri. Jika dilihat atas pokok tu, memang puas untuk dimakan.
Tak cukup dengan makan di dusun, siap packing dalam tupperware lagi untuk dibawa balik. Walaupun aku berpantang bagi mengelakkan pelbagai penyakit, akhirnya tewas juga. Malamnya kena double makan pil kolesterol.
Ada lagi tak rakan2 yang nak ajak makan durian??? Kena beringat-ingat kesan terhadap penyakit dan jangan sampai lupa diri. Selamat menikmati buah-buahan tempatan.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
faris, tak pe kot sekali skala..hehe
sekali sekala yang jadi dua kali dua kala JM. ha ha ha ..... pantang jumpa.....
kalu ikut petua org tua2, makan banyak mana pon tak pe.minum air dlm pangsa durian dan basuh tangan air dlm pangsa tu.insyaallah selamatttttt.
kalu telan dgn biji2nya mmg tak selamat. hehheeeeee.....durian..durian...
Itulah amalan kita warisan dari orang tua-tua TG. Tak lama lagi kita pula keluarkan warisan tu sebab kita pun dah tua.....
Boleh juga telah dgn biji tapi biji yang pesek.
Post a Comment