Jika dahulu sewaktu menerima sepucuk surat dari pihak LHDN maka secara tidak langsung ia mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan selaku warganegara dan penjawat awam. Cara dahulu menyebabkan kita ingat.
Tapi sekarang berbeza dengan pelaksanaan e-filling. Ada kala kita terlupa untuk melengkapkannya kerana tiada peringatan seperti dahulu sewaktu menerima borang secara bersurat. Semua borang secara online.
Adakah kita sudah melengkapkannya? Adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita? Adakah semua dokumen telah lengkap sewaktu nak mengisi borang secara online? Ingatlah masa hanya tinggal seminggu saja lagi. Jadi, jangan sampai terlupa sehingga menyebabkan kita didenda atas kesilapan diri sendiri.
SEKADAR PERINGATAN BERSAMA
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
5 komen:
dah isi dah bulan mac dulu sebaik dapt penyata tahunan.ikut sistemtu di kecualikan cukai tahun 2009.
Zalila,
Baguslah dikecualikan cukai. Saya puas tolak2, masih juga kena. Itupun dah ditambah anak belajar U, yuran pengajian master dan beli komputer. Yang syoknya, PCB dah terlebih bayar, nanti dapatlah cek pulangan balik.
aku isi dah, mcm ko jugak faris, puas tolak sana tolak sini, kena jugak! hehe
Cop,
Kalau dah tolak sana dan sini masih juga kena, aku syorkan tambah lagi satu cawangan. Bila tolak nanti, tentu tak kena. Kalau masih kena juga, gunakan kuota terakhir tu. Kah kah kah .....
time kasih faris....kau memang handsome
Post a Comment